Bab 47

1.9K 100 25
                                    

Hayfa meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan suaminya.Atan dan Muiz membontoti dari belakang.

"Awak!" Air mata yang sedari tadi bertakung mula turun ke pipi tatkala melihat keadaan Faiq yang berbalut di kepala.

Faiq masih belum sedar.Kepalanya dipukul agak kuat dan kehilangan banyak darah.Mungkin mengambil masa beberapa hari untuk Faiq pulih,itu apa yang dimaklumkan oleh doktor tadi.

"Aku dah call nombor tu tadi" Kata Muiz sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket.

"Dia cakap apa?" Atan menyoal.

"Dia cakap ada seorang lelaki ni pukul dia,depan rumah Hani.Dia yang bawak Faiq ke hospital,nasib baik lelaki tu tak heret Faiq bawak lari ke tempat lain."

"Maksud kau nombor tak dikenali tu orang awam yang ada dekat situ?" Soalan itu dibalas anggukan oleh Muiz.

"Ada orang nampak Faiq dipukul,jadi dia terus sergah lelaki bertopeng tu" Muiz tarik kerusi bersebelahan katil abangnya.

"Kau dah inform dekat Ikram dengan Raeez ke?" Atan menarik Hayfa yang masih menangis duduk di atas sofa.

"Belum,nanti lah aku bagitau.Now tunggu dulu Faiq sedar" Muiz tenung wajah Faiq yang sedikit pucat.Direnung pula ke arah Hayfa yang masih tersedu sedan menangis.

Haihh..kasihan betul pasangan suami isteri ni.Baru nak mengecapi kebahagiaan rumah tangga,dah jadi macam ni pulak.

Muiz keluarkan telefon bimbit,niat nak bagitahu kepada Ikram dan Raeez tentang abangnya.Tapi mata tiba tiba terpandang satu nama.

Hani...hurmm ke manalah gadis itu pergi.Sudah lama Hani tidak masuk pejabat.Kalau keluarga sakit sekalipun,mustahil tak sempat bagitahu pada pihak atasan syarikat.Takkan lah tiada sedikit masa pun untuk memegang telefon?

"Woii,aku cakap dengan kau ni setan.Dengar ke tidak?" Teralih kepala Muiz memandang ke arah Atan.

"Apa?Kau ada cakap sesuatu ke?Aku tak dengar lah" Mata teralih memandang Atan.

"Heh kau ni,fikir apa?Ralit semacam ja" Telefon Muiz dirampas laju.Skrin direnung sekilas sebelum tersenyum senget.

"Rindu dia eh?Call je lah,mana tahu dapat" Atan sengih.Dia tahu Muiz menyimpan perasaan terhadap Hani.Walaupun sering bergaduh di pejabat,tapi dia tahu apa yang lelaki itu rasa.

"Kau merepek apa gila.Bak sini fon aku" Muiz jeling lalu kembali bermain dengan telefonnya.

"Muiz rindu siapa?" Celah Hayfa yang sedari tadi hanya memasang telinga.Tangisan sudah reda.Merah mata dan hidungnya.

"Dia rindu Hani.Kan dah lama dia tak masuk office.Rindu lah tu nak gaduh sama sama" Atan lepaskan tawa sambil memegang perut.Entah apa yang lawak pun tak tahu.

"Bro,dah sayang tu,bagitau lah.Karang melepas kau yang merana pulak.Ingat pesan Faiq haritu,dia taknak kau hadap benda sama macam dia dulu"

Muiz menongkat dagu.Telinga hanya dipasang mendengar hujahan Atan.Tapi kepala sudah melencong jauh.

"Kau ni membebel banyak.Tengok dulu diri kau tu.Sampai bila nak membujang?Kau bukannya tak ada rupa,elok ja aku tengok" Pipi Atan dipegang kuat lalu dibelek belek.

Kacak.Jujur dia katakan Atan memang kacak.Paras rupa yang menarik,cuma perangai je lah yang tak berapa menarik.

Tapi sayang,belum berpunya.

"Halah..aku single takpa.Jangan kau single sudah.Aku teringin nak tengok anak kau nanti hohoo.Boleh jadi geng aku" Atan tersenyum lebar.Kening diangkat berkali kali sambil memandang Muiz.

"Anak?Anak aku?Heh..kalau teringin sangat,pergi buat sendiri.Pehal suruh aku" Dijeling Atan dengan tajam.

"Lagipun kalau aku ada anak nanti,aku taknak dia geng dengan kau.Karang berkawan dengan kau sekali dengan anak aku jadi setan" Muiz ketawa selepas itu.Seronok betul mengutuk Atan.

"Menyakitkan hati betul kalau bercakap dengan kau ni" Atan jeling.Malas mahu melayan.

Hayfa pula hanya mampu menggeleng perlahan.Sudah terbiasa dengan Muiz dan Atan yang sebegitu.Sekurang kurangnya dia ada penghibur hati ketika dia sedih.

Mata tertancap pula ke arah Faiq.Sedih melihatnya.Dia tetap akan tunggu Faiq sedar walaupun memakan masa untuk beberapa hari.

                       🌸🌸🌸

'Bam!'

"Arghh!Rosak plan aku!" Segala barang di atas meja ditolak hingga jatuh.Tangan meramas rambut sendiri dengan kuat.

Tertekan Harraz jadinya.Rancangannya hampir berjaya tadi.Namun Faiq diselamatkan oleh orang awam pula.Mujur dia sempat melarikan diri.

"Tunggu kau Faiq.Aku tak kira berapa banyak kali rancangan aku gagal.Aku tetap akan jatuhkan kau!" Ketawa sinis keluar dari mulut Harraz.

Hani yang menekap telinga pada pintu itu mengeluh perlahan.Entah apa pula yang Harraz lakukan kali ini.Harap harap tiada perkara buruk berlaku.Dia risaukan keluarga Faiq.

Kerana tamak,Harraz sanggup runtuhkan rumah tangga orang lain.

"Hani!!!"

Terkejut Hani mendengar jeritan itu.Badannya ditegakkan lalu ke belakang beberapa tapak.

"Ya!Nak apa?" Sahut Hani.

"Masuk sini"

Hani buka pintu bilik itu.Kaki melangkah masuk ke dalam dengan wajah yang ketat.

"Kau nak apa?"

"Aku nak tanya,plan kau tu dah berjaya ke belum.Lama betul ambil masa."

Hani angkat bahu dengan muka selamba. "Manalah aku tahu plan aku dah berjaya atau tak.Jejak kaki kat luar rumah pun tak boleh,memang lah aku taktahu apa apa"

Harraz raup wajah.Ini yang susah ni.Bagi keluar rumah,risau Hani larikan diri dan bocorkan segalanya.Kalau tak bagi keluar,tak tahu perkembangan pula.

"Hishh..serabut lah aku"

Hani senyum senget.Biar,biar serabut sampai meletup kepala otak.Mampus terus lagi bagus.

"Terpulang dekat kau lah Harraz.Kau nak kurung aku,silakan.Tapi sampai kiamat pun kau takkan tahu plan aku berjaya atau tidak." Provok Hani.

"Nantilah aku fikir"

"Aku nak keluar kejap boleh?Ambik angin kat luar dari terperap takda oksigen dalam ni"

"Kau nak lari?" Tajam mata Harraz.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?Aku nak ambik oksigen je pun halamak nak kecoh sangat kenapa"

"Fine,keluar ikut pintu tepi sana.Nah kunci.Kau lari,siap kau." Harraz baling satu kunci.Hani menyambut lalu keluar.

Sebelum keluar,sempat dia singgah ke bilik yang dia dikurung sebelum ini untuk mengambil sesuatu.

Sesuatu yang mungkin dapat memberitahu hal sebenar kepada Faiq,Hayfa,Muiz dan lain lain lagi.

-----------------
Chill wahai anak muda sekalian.Baru  1 bulan 19 hari Izz tak update kan?Kalau lupa jalan cerita tu,easy,pergi baca balik🌚

Nah nah bunga🌹🌹

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now