Faiq,Muiz dan Atan berjabat tangan dengan Ikram dan Raeez.Hari ini,mereka akan pulang ke Sepanyol dengan menaiki private jet milik Faiq.
Apa?Ingat Raeez ja kaya?Aku pun kayalah..
"Thank you bro,sudi tolong kitorang.Menyusahkan korang ja" Faiq tepuk bahu Raeez dan Ikram.
"Takda apa lah.Kita kan kawan.Tak menyusahkan pun." Ikram membalas.
"Okaylah,kami gerak dulu.Thanks again yaa" Faiq peluk dua sahabatnya itu tatkala bayangan Hayfa dan Hani keluar dari tandas.
"Bye Ikram,Raeez" Hayfa dan Hani melambai.Dua lelaki itu hanya tersenyum kecil.
"Kau bila nak balik Malaysia?" soal Ikram setelah bayangan sahabatnya hilang dari pandangan.
"Lusa kot.Aku dengan anak buah aku ada benda nak settle sikit kat sini.Kau bila balik?" Raeez seluk tangan kanan dalam poket.Tangan kiri pula naik meraup rambutnya yang terjuntai di dahi.
"Aku balik sana esok.Dah,jom" Dua lelaki itu berjalan keluar menuju ke kereta.
~~~~~~
"Rehat dulu.Nak tidur pun boleh.Nanti sampai sana,aku kejut" kata Faiq lalu duduk di sebuah kerusi.Kaki disilang lalu membelek telefonnya.
Aplikasi Whatsapp dibuka lalu membaca mesej yang dihantar oleh Raeez dan Ikram.
Raeez
01********-Puan Ima
01********-Mia(kakak Hayfa)Faiq tersenyum melihat nombor telefon yang dihantar itu.Cekap sungguh Raeez buat kerja.Maklumlah,mafia juga perlu bijak dalam mencari maklumat musuh.Jadi tidak hairanlah kalau Raeez mampu mendapatkan maklumat Puan Ima dan Mia.
Ikram
Encik Lutfi-Meninggal dunia semasa menyelamatkan Hayfa dari penculik.Ditikam dibahagian perut.Puan Ima-Isteri Encik Lutfi,seorang pemilik sebuah butik pengantin.
Faiq mengeluh membaca maklumat yang dihantar oleh Ikram itu.Dia berpaling ke belakang.
Kelihatan Hayfa dan Hani sudah tidur.Muiz?Semestinya berkepit dengan Atan.Dah macam belangkas.
Faiq menaip sesuatu lalu mesej di hantar kepada Ikram dan Raeez.Usai itu,nombor seseorang ditekan lalu melekapkan telefon pada telinga.
'Tutt...tutt'
"Hello?Assalamualaikum" Suara ditalian menyahut.Faiq senyum sinis.
"Hello,waalaikumsalam,ni Puan Ima?" soal Faiq.Jari diketuk pada kerusi.
"Ya saya Puan Ima.Pemilik butik pengantin.Maaf,ni siapa ya?Nak booking baju pengantin ke?" soal Puan Ima mesra.Kena lah mesra,nanti pelanggan pun tertarik.Ye dak?
Faiq ketawa."Puan tak perlu tahu siapa saya.Lambat laun,Puan akan tahu.Saya telefon puan sebab nak mintak kebenaran dari Puan."
Puan Ima ditalian mengerut kening."Kebenaran apa?"
"Kebenaran untuk saya jaga anak puan,yang bernama Hayfa Rihana."
Puan Ima terkesima.Tangan naik menekup mulut.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...