"Awak...kita kat mana ni?" Soal Hayfa yang sudah menggenggam lengan baju Harraz.
"Shhh...jangan bising.Kita kena keluar dari bangunan ni dulu" Ujar Harraz sedikit berbisik.
"What?Maksudnya selama dua hari ni kita kena kurung dalam bangunan?" soal Hayfa terkejut.
Hari ni masuk hari kedua dia dan Harraz diculik.Dan siapa penculik itu,mereka pun tak tahu sebab tak pernah tunjuk muka.Tetapi,kata Harraz,ini semua kerja Faiq.Hayfa tak percaya,tapi ada betulnya juga.Faiq seolah olah mahu memerangkap dirinya.Kalau tak,kenapa beria ria suruh dia kerja dekat syarikat Faiq?
Kan?
Harraz diam.Kaki terjengket jengket melangkah tanpa menghasilkan bunyi.
Dalam diam,dia tersenyum sinis.Mudah benar gadis itu percayakan dirinya.
"Diorang tengah tidur lah" bisik Hayfa sambil menjengul memandang beberapa orang lelaki yang sudah tidur terbongkang.
"Nice.Ni peluang untuk kita lari dari sini.Hayfa,naik belakang saya" Harraz bercangkung di hadapan Hayfa.
"Huh?Tapi saya berat lah" kata Hayfa perlahan.
"Naik jer..senang sikit nak bergerak" kata Harraz.Hayfa akur lalu naik dibelakang Harraz.
Mereka berdua keluar dari bangunan usang itu.Leher Harraz dipeluk erat oleh Hayfa.Bimbang pula kalau terjatuh.
Harraz berjalan sambil menggendong Hayfa dibelakang.
"Betul ke semua ni kerja Faiq?" soal Hayfa tiba tiba.
"Iye..kan saya dah cerita kat awak.Faiq tu dengki dengan saya.Jadi,sesiapa yang rapat dengan saya,automatik akan jadi sasaran dia jugak." kata Harraz mereka cerita.
"Rapat?Kita rapat ke?"
"Kita tak rapat.Tapi mungkin dia pernah nampak kita berbual sama sama" jawab Harraz.
"Awak pernah dengar tak cerita pasal perempuan accident yang nama Husna?" soal Harraz sambil kaki yang masih berjalan.
"Ha..pernah.Yang rapat dengan Faiq tu kan?"
"Hurmm..dia accident sebab Faiq sendiri.Ya,Husna rapat dengan dia.Dulu,Faiq,Husna dengan saya kawan rapat.Lepastu,hubungan kami renggang bila Faiq dah mula dengki dengan saya.Mungkin dia tak suka bila Husna luang masa dengan saya"
"Maksud awak?Yang langgar Husna tu atas arahan Faiq?" soal Hayfa.
"Yup"Jawapan ringkas dari Harraz cukup membuatkan Hayfa terkejut.
" Kejamnya.."Hayfa mengomel sendirian.Manakala Harraz pula sembunyi senyum.
'Kau dah masuk perangkap Hayfa.Tunggu sikit je lagi plan aku nak berjaya'
🌸🌸🌸
Sepanyol~~Muiz bermundar mandir di dalam bilik pejabat milik abangnya.Dengar khabar,harini Faiq dan Atan akan balik dari Jepun.
Dia tahu abangnya marah.Darah terasa kering tatkala teringat amarah abangnya dua hari lepas.Ya,salah dia.Salah dia kerana tidak menjaga Hayfa dengan baik.
'Klak!'
Pintu bilik dibuka dari luar lalu ditutup.Muiz beralih memandang susuk tubuh yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Bro" Sapa lelaki itu.Muiz ukir senyum kelat.
"Yow bro,macam mana kat Jepun?Okay?" tanya Muiz.Bahu dilaga sesama sendiri.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...