Bab 52

2.5K 97 19
                                    

"Abang mintak maaf atas semua yang terjadi sebelum ni. Abang langsung takda niat nak berpisah dengan sayang. You know i love you right?" Suara Faiq bergetar kerana menangis. Dia kini sedang bersemuka dengan bekas isterinya.

Hayfa hanya angguk faham sambil tersenyum kecil. Pipi Faiq yang basah dikesat dengan tangannya. Kasihan.. Faiq menangis seperti bayi kecil. Hidung dan matanya merah.

"Dah jangan nangis. Saya tahu abang buat semua tu tanpa sengaja. Cuma mula mula saya terkejut sikit tiba tiba je abang berubah. Takpa saya faham"

"Abang nak bagitahu, abang memang takda hubungan langsung dengan Kak Mia. Yang dia mesej abang haritu cakap pasal plan apa semua, sayang dah salah faham" Hayfa berkerut sikit. Namun tiada apa pun yang keluar dari mulutnya. Hanya menunggu kata kata Faiq sehingga habis.

"Sebenarnya abang plan nak satukan Kak Mia dengan Ikram. Dia kan bertugas dekat Malaysia, jadi abang mintak tolong dia tengok tengokkan Kak Mia dengan Ibu. Tak sangka pulak Kak Mia boleh tahu plan ni, mungkin sebab dia perasan Ikram kerap datang rumah" Terang Faiq satu persatu.

Hayfa angguk kepala. Benarlah,dia sudah salah faham dengan ayat Kak Mia tu. Haihhlaa Hayfa.

"Sorry sebab tuduh abang melulu"

"It's okay..." Pipi Hayfa ditarik sedikit.

"Hurmm..." Faiq mengeluh.

"Kenapa?"

"I need hugs right now but..i can't" Muram wajah Faiq.

Hayfa hanya senyum. "Oh,tadi abang kata nak pergi ikut Ikram kan?Pergilah nanti lewat pulak"

"Okay,abang pergi dulu. Duduk rumah elok elok,takda orang nak tolong jaga sayang" Pesan Faiq ringkas. Dia risau mahu meninggalkan Hayfa keseorangan di rumah.

Muiz dan Atan perlu hadir mesyuarat penting di pejabat. Dia dan Ikram pula perlu ke hospital, mahu memeriksa siapa pekerja yang memberinya kopi. Kalau nak diikutkan,sudah dibawa Hayfa ikut sekali. Tapi wanita itu kelihatan penat dan tak bertenaga.

"Okay,bye. Saya nak rehat" Hayfa berlalu masuk ke dalam bilik. Sejak kebelakangan ini dia banyak berehat di dalam bilik. Badannya cepat sungguh rasa penat dan sakit.

                             🌸🌸🌸

Dr John,Ikram dan Faiq berjalan masuk ke dalam bilik yang memaparkan segala kamera tersembunyi di dalam hospital.

"Find the location of Faiq ward room. Check everyone who enters this room. " Arah Dr John kepada pengawal di situ.

Hampir setengah jam mereka di situ. Dan petugas yang memberi kopi itu ada berjumpa dengan seseorang yang bertopi di luar hospital sebelum masuk ke dalam wad Faiq.

"Kau tak rasa ke tu Harraz? Sebijik macam dia" Ikram menyoal Faiq.

"Tapi kita tak boleh terus fikir tu Harraz,kita belum nampak muka dia dengan jelas"

"Haihh payah la kau ni Faiq. Jahat,jahat sangat. Dah baik,baik sangat" Ikram mengomel lalu memerhati skrin komputer di depan.

"Try checking the cctv at the entrance. Maybe we can see his face clearly "

"Okay sir"

'Tap!'

Keyboard ditekan,dan terpapar wajah Harraz yang sedang berjalan sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Matanya melihat kiri kanan lalu memakai topi di kepala.

"It's him!"

"Aku tak sedap hati lah" Faiq pandang Ikram.

"Kenapa?"

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now