Faiq memarkirkan keretanya.Brek tangan ditarik ke atas lalu menanggalkan tali pinggang keledar.
Tak lama kemudian,telefonnya berdering.Terpapar nama Husna di skrin telefon.Butang hijau diseret.
"Hello Faiq,awak dah sampai?" Soal Husna di talian.
"Dah,baru ja sampai.Keluar lah cepat.Aku malas nak tunggu lama lama" jawab Faiq.
"Okay" Talian ditamatkan.
Setelah beberapa minit,kelibat Husna muncul dari kawasan rumahnya sambil memakai jaket tebal.Maklumlah,sekarang musim sejuk di Sepanyol ni.Jalan raya pun menjadi licin dan dipenuhi salji.
Faiq keluar dari kereta sambil menyarung jaketnya.Hari ni dia dan Husna berjanji untuk berborak panjang di cafe kegemaran mereka.Memandangkan tempat letak kereta di cafe itu sudah penuh,terpaksa lah dia meletakkan keretanya di rumah Husna dan berjalan kaki pergi ke cafe.
'Aku tekad nak luahkan perasaan dekat dia hari ni jugak.Fighting Tengku Faiq!!You can do this' monolog Faiq di dalam hati.
"Jomlah,kita jalan kaki pergi cafe." Ajak Husna lalu berjalan seiring dengan Faiq.
Sepanjang perjalanan,mereka berdua berborak mengisi kebosanan.Jaket sejuk mereka juga sudah dipenuhi tompok salji.
Mereka berhenti ketika ingin melintas jalan.Faiq leka memandang lampu isyarat di sebelah kirinya.
Husna melihat kawasan sekeliling.Tiba tiba sebuah kereta yang hilang kawalan meluncur laju ke arah mereka.Husna terkejut.
"Faiq tepi!!" Husna menolak tubuh Faiq dengan kuat.Tak semena mena Faiq jatuh tersembam ke atas salji.
'Bum!!'
Faiq menggosok dahinya yang sakit akibat terjatuh.Matanya juga agak kabur kerana dimasuki salji.
Dia melihat ke arah satu tubuh yang berlumuran darah di tengah jalan.Terbuntang matanya melihat susuk itu adalah Husna.
Faiq bangun berdiri.Namun tidak pula dia berlari mendapatkan Husna.Kakinya tetap tidak bergerak.
Jalan raya dipandang.Terdapat sedikit bekas geseran tayar kereta.Mungkin kereta yang melanggar Husna tadi itu hilang kawalan kerana jalan yang licin.
"Aku dah janji nak luah perasaan dekat dia hari ni.Tapi kenapa..kenapa jadi macam ni?" Soalnya sendirian dengan bibir yang terketar ketar.Air matanya bertakung di tubir mata.Tinggal masa untuk jatuh sahaja cecair jernih itu.
Orang ramai mula memenuhi tempat itu.Faiq masih lagi dengan dunianya sendiri.
'Buk!' Bahu Faiq dilanggar oleh orang ramai yang mula mengerumuni tempat kejadian.Saat itu,barulah Faiq tersedar.
"Edge!Por favor cede el paso!
(Tepi! Tolong beri laluan!)"Faiq menolak orang ramai dari menghalang laluannya.Kepala Husna yang penuh darah dipangku di atas riba.Nombor telefon rakan doktornya didail.
"Hola John. Necesito una ambulancia ahora.(Hello John.Saya perlukan ambulans sekarang)" Terus talian ditamatkan.
"Aku minta maaf Husna.Aku tak dapat lindung kau" Wajah Husna dipandang lama.
"Aku dah mula sayangkan kau Husna.Tolong jangan tinggalkan aku."
Tak lama kemudian,bunyi siren ambulan kedengaran nyaring.Tubuh Husna disorong masuk ke dalam ambulan.
🌸🌸🌸
Sampai sahaja di hospital,John bergegas mengarah jururawatnya menyediakan peralatan."Date prisa, no podemos perder el tiempo.Pacientes en estado crítico!(Cepat,kita tak boleh buang masa.Pesakit dalam keadaan kritikal!!)" John memberi arahan.
Jururawat yang bertugas menolak katil Husna masuk ke dalam wad kecemasan.Faiq juga mahu masuk ke dalam namun dihalang John.
"Tienes que esperar afuera(Kau kena tunggu di luar)" Kata John sambil memegang bahu Faiq.
"John, tú también sabes que tengo las habilidades para tratar a los enfermos, así que déjame ayudarte a tratarlo.(John,kau pun tahukan aku ada kemahiran merawat orang sakit.Jadi biar aku tolong kau rawat dia)."
John diam seketika sebelum mengangguk setuju.Walaupun Faiq bukan doktor,tapi lelaki itu mempunyai kemahiran dalam bidang kedoktoran.
"Gracias John(Terima kasih John)" Faiq ukir senyum.Dia meloloskan diri masuk ke dalam wad Husna.Segala kelengkapan doktor dipakai.
Faiq memandang tangannya yang terketar ketar.Tidak sangka bahawa dia sendiri akan merawat Husna.
"Faiq,estás listo?(Faiq,kau dah bersedia?)" Soal John.Lambat lambat Faiq mengangguk.
Nafas dihembus perlahan sebelum mula membantu John merawat Husna.
Hampir satu jam mereka di dalam wad kecemasan.Tiba tiba mesin bantuan pernafasan berbunyi meleret.
Faiq berhenti dari membuat kerjanya.Mesin itu dipandang.Lalu bahunya ditepuk oleh John.
"She's died.I'm sorry Faiq." Sayu John berkata.
Terlepas pisau kecil yang digunakan tadi dari genggaman Faiq.Dia terduduk di atas lantai sambil memandang gloves tangannya yang dipenuhi darah Husna.
John ingin mendapatkan rakannya namun Faiq pantas berlari keluar dari wad.Gloves dan facemask dicabut lalu dibuang ke atas lantai tanpa dicuci.
Faiq berhenti dari berlari.Kini dia berada di atap hospital.
"Argggggghhhhhh!!!!" Jerit Faiq sekuatnya bagi menghamburkan rasa sedih.
"Kenapa?Kenapa kau tinggalkan aku Husna???!!" Faiq melutut sambil menangis.
John yang senyap senyap mengikuti Faiq dari belakang hanya mampu memandang sayu.Dia tahu sahabatnya itu sedih.Mana taknya,sejak pertama kali Faiq menjejak kaki di Sepanyol,Husna lah perempuan Malaysia pertama yang menolongnya.Segala pertuturan bahasa Sepanyol semuanya Faiq belajar dari Husna.
Sejak itu,Faiq dan Husna menjadi sahabat akrab.Kadangkala ketika Faiq sedang bekerja,Husna pasti akan datang menemuinya untuk berborak.
Husna lah tempat dia mengadu masalah.Husna lah tempat dia meluangkan masa bersama.
Setelah lima tahun berkawan rapat,baru hari ni Faiq mula rasa sayang pada Husna.Tapi belum sempat mahu meluahkan,Husna pergi tinggalkan dirinya buat selama lamanya.
Agak lama melayan emosi,Faiq bangun untuk bertemu dengan Husna buat kali terakhir.Sempat dia ternampak John yang sedang memandangnya dengan pandangan sedih.
'Espero que puedas encontrar un reemplazo para Husna. Alguien que pueda hacerte feliz(Aku harap kau dapat jumpa pengganti Husna.Seseorang yang mampu gembirakan kau)' gumam John sendirian.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...