Bab 22

2K 95 3
                                    

"Eh,apa benda yang ramai sangat kat depan tu?" Muiz depankan tubuhnya untuk memerhati keadaan di hadapan.Tangan masih mengawal stereng kereta.

"Kenapa Muiz?" Soal Hani di belakang.

"Ini macam..." Muiz kecilkan matanya.Tak lama kemudian,matanya terbuntang luas.

"Hani,Hayfa,tunduk ke bawah!!"jerit Muiz.Dia juga turut tunduk ke bawah.Brek ditekan mengejut.

'Bang bang!'

'Prang!'

Cermin lampu kereta pecah gara gara ditembak.

" Argh,tak guna!"Muiz hentak stereng lalu berpatah balik.Tak kisah lah lawan arus ke apa ke,janji mereka selamat.

Muiz tekan earpiece di telinga.

"Bro,anak anak buah dia dah kepung dari depan.Cermin lampu habis kena tembak sampai pecah" kata Muiz.Pedal minyak ditekan.

Ah..dah macam KL Gangster pulak main kejar kejar atas jalan ni.

"Habistu,kau buat apa?" soal Faiq melalui earpiece.

"Patah balik la apa lagi.Sekarang pun diorang tengah kejar dari belakang"Muiz pandang ke belakang sekilas.Kelihatan anak anak buah Sio Sam Ong masih lincah mengejar.

Hani dan Hayfa pula sudah terduduk ke bawah.

" Muiz,teruskan memandu.Jangan panik,ingat,kau bawak tiga nyawa dalam kereta tu.Takpa,aku,Ikram dengan Atan datang tolong korang"pesan Faiq dengan nada tenang.Dia tahu Muiz panik.Bukannya dia tidak kenal adiknya itu.

"Fuhhh...okay" balas Muiz.

"Tiga nyawa.Yes Muiz,kau bawak tiga nyawa."Muiz bergumam sendirian.

" Muiz,kau okay?"Soal Hani prihatin.Kasihan dia melihat Muiz.Dahinya sudah berpeluh.

"Hah ye,aku okay.Thanks." Perkataan akhir diucap perlahan.Terharu pula dengan keprihatinan gadis itu.

"Muiz,aku...sebenarnya ada pistol.Tapi aku takut nak guna" kata Hani perlahan.Hayfa disebelah dipandang.Nampak tidak bermaya saja gadis itu.

"Kau ada pistol?Mana kau dapat?"

"Err..tak silap aku nama dia Raeez kot.Dia yang bagi" Hani keluarkan pistol dari belakangnya.

"Kalau macam tu,kau tembak lah puak puak yang tengah kejar kita tu.Kau duduk depan." Muiz tepuk tempat bersebelahannya.Tingkap dibuka bagi memudahkan kerja Hani untuk menembak.

"Hayfa,kau duduk sini diam diam tau" Pesan Hani lalu melangkah duduk ke depan.

'Prang!'

Cermin pandang sisi pecah ditembak anak anak buah Sio Sam Ong yang makin mendekat.

"Shoot now Hani.Target dekat tangki." Arah Muiz sambil memandu sedikit laju.

Hani tarik picu lalu keluarkan badannya melalui tingkap.Dia tetapkan target pada tangki minyak.Mata dipincingkan betul betul.

'Bang!Bang!'

Hani lepaskan dua das tembakan.

'Boom!!'

Sebuah kereta meletup mengena tembakan kedua Hani.

"Goodjob Hani." Muiz memuji bangga.

"Eh,sebiji kereta je ke yang aku kena tembak?" Soal Hani.

"Satu kereta dihadapan meletup,semua kereta dekat belakang stuck kat situ." ujar Muiz lalu memandu dengan laju.

"Hah,tu kereta Bos Faiq kan?" soal Hani teruja tatkala ternampak kereta Faiq di arah bertentangan.

"Ya..tapi kenapa laju sangat diorang bawak?" Faiq pincing matanya sekali lagi.

Haih..boleh rabun kalau macam ni.

"Bro,pehal bawak kereta laju sangat?" soal Muiz setelah mengaktifkan earpiece nya.

"Anak anak buah orang tua tu lah.Kejar kitorang dari belakang." Kedengaran Faiq mengeluh.

"Arghhhhhhhhhh!!!!Mak tolong!!!!!" Suara wanita jadian terdengar kuat melalui earpiece Faiq.

"Woi,suara siapa tu?Bapak arhh..bengang telinga aku" Marah Muiz.

"Si Atan ni lah.Memekak ja dari tadi.Aku campak pergi bulan nanti baru tahu!Diamlah!Menjerit serupa perempuan" Faiq memarahi Atan yang masih menjerit.

"Kita nak buat apa ni?Dekat belakang pun ada anak anak buah dia,dekat depan pun ada" Soal Muiz tatkala kereta Faiq berhenti di sebelahnya.

"Jangan risau.Raeez ada letak pistol dalam bonet kereta kau.Jadi,guna je lah" kata Faiq lalu keluar dari kereta.Mujur jalan ini sunyi,jadi mereka boleh berhenti di tengah jalan sesuka hati.

"What?!Seriuslah..Raeez ni suka sangat buat kerja tak bagitau orang.Geram pulak aku" Muiz keluar dari kereta lalu menuju ke bonet.

"Guna ja apa yang dia bagi.Tembak apa yang ada kat depan tu.Kejap lagi Raeez dengan anak buah dia datang tolong kita.Pasukan aku pun ada untuk tolong" kata Ikram lalu mengisi peluru pistolnya.

"Hani,jaga Hayfa dalam kereta.Jangan sesekali korang keluar dari kereta ni.Kunci pintu,faham?" Pesan Faiq kepada Hani.

"Faham bos" Hani angguk.

Faiq kerling sekilas ke arah Hayfa.Diam pula gadis itu sejak diculik.Wajahnya pun murung saja.

"Shoot!Diorang dah datang" Ikram memberi arahan setelah ternampak kelibat anak buah Sio Sam Ong.

'Bang!Bang!Bang!'

Berdas das tembakan dilepaskan oleh Ikram,Faiq,Muiz dan Atan.Begitu juga dengan pasukan Ikram.

Hayfa dan Hani di dalam kereta hanya mampu diam.Mereka berdua menyorok di belakang seat.

"Shit!Makin ramai pulak" Atan menggumam sambil mengisi pelurunya.

Sedang sibuk mereka menumpukan perhatian di hadapan,kereta yang diduki Hani dan Hayfa sudahpun dikepung oleh beberapa orang.

'Prang!'

Seorang lelaki berbadan tegap memecahkan cermin tingkap menggunakan sikunya.Pintu kereta dibuka lalu mengheret Hani dan Hayfa keluar.

"Let me go!" Hani meronta ronta melepaskan diri.

"Arghh!!" Lelaki itu mengerang apabila Hani bertindak menendang alat sulitnya.Hani bergegas berlari mendapatkan Hayfa yang sedang bergelut dengan seorang lelaki.

Erangan lelaki tadi mendapat perhatian dari Ikram.

"Faiq,Muiz!Pergi selamatkan Hayfa dengan Hani!!" jerit Ikram.

Faiq dan Muiz berpaling lalu mendapatkan Hani dan Hayfa.

"Argh!Aduh!"Hani terjatuh gara gara ditolak oleh lelaki yang sedang memegang Hayfa.

" Holly shit!!" Lelaki itu mencarut lalu menolak Hayfa ke tengah jalan.

"Hayfa!!!" Faiq,Muiz dan Hani menjerit.

"Awww!" Hayfa hampir terjatuh kerana tersadung.

'Pin Pin!'

Entah dari mana,sebuah kereta muncul di situ.

"Arghhh!"

'Bum!'

------------------
Done!Fuh,penat Izz nak menulis nih ._.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now