Bab 7

2.8K 139 2
                                    

Hayfa merenung dirinya yang siap memakai pakaian formal berwarna hitam.Rambut diikat gaya ponny tail.

"Haih..nasib kau la Hayfa.Baru sebulan kerja kat kafe dah kena tukar tempat lain" Dia mengomel sendirian sambil membetulkan bajunya.

Pintu bilik dibuka lalu turun ke luar rumah.

'Pin!'

Kedengaran hon kereta diluar pagar rumahnya.Hayfa bergegas membuka pintu pagar.

"Eh?Faiq?" Berkerut dahi Hayfa melihat susuk tubuh Faiq yang sedang memandangnya dari dalam kereta.

Faiq menurunkan cermin keretanya.Wajah Hayfa dipandang.

"Masuk cepat.Hari ni biar aku hantar kau pergi pejabat." kata Faiq sambil membetulkan rambutnya.

"Macam mana awak boleh tau rumah saya?" soal Hayfa sambil menundukkan sedikit badannya memandang Faiq.

"Aku tanya bos kau lah apa lagi.Kau ingat aku ada masa ke nak stalk kau?Masuk!" arah Faiq bernada tegas.

Hayfa terpaksa akur dengan suruhan Faiq.Dalam hati,sudah berbakul bakul sumpah seranah diajukan kepada lelaki itu.

"Awak jangan la marah marah.Hari ni kan firstday saya kerja.Jadi agak canggung kalau mood awak tak elok di awal pagi ni." kata Hayfa seraya memakai tali pinggang keledar.

Faiq yang mendengar mencebik.Ada ja mulut tu nak menjawab.Eyy..debik kang!

"Hari ni aku hantar kau sebab aku nak tunjuk jalan pergi pejabat.Esok esok kau pergi je la sendiri.Faham?" kata Faiq.

"Faham BOS"perkataan bos ditekan sedikit oleh Hayfa.

Suasana di dalam kereta kembali sepi.Faiq fokus memandu manakala Hayfa hanya merenung ke luar tingkap.

Tak lama kemudian,mereka pun sampai di sebuah bangunan tinggi.Hayfa ternganga melihat bangunan serba mewah itu.

" Tunggu apa lagi?Turun lah.Nak aku bukakkan pintu untuk kau?Heh,lambett lagi"bebel Faiq seraya mematikan enjin kereta.

Hayfa menggulingkan matanya.Entah apa lah nasib pekerja di sini dapat bos seperti Faiq.Harap sahaja kacak,tapi perangai hampehh!

Hayfa menutup pintu kereta.Rambut dan baju dikemaskan.

"Jom" Ajak Faiq.Hayfa membuntuti langkah dari belakang.Kaki dihayun sahaja ke mana Faiq pergi.

"Oh ya" Faiq berhenti mengejut lalu berpusing ke belakang.Mujur tidak berlanggar dengan Hayfa.

"Kenapa?" Soal Hayfa.

"Aku tak bagitau lagi kan kau kerja sebagai apa?"Hayfa menggeleng.

" Kau kena jaga kewangan syarikat ni.Kalau tak faham apa apa,kau boleh tanya dekat aku ataupun P.A aku.Faham?"terang Faiq.

"Faham" sahut Hayfa.

Mereka menyambung kembali langkah mereka tadi.Butang lif ditekan menuju ke tingkat lima.

"Buenos dias Boss(Selamat pagi boss)" sapa salah seorang pekerja di situ sambil menunduk sedikit.Faiq hanya mengangguk kecil.Langkah diteruskan menuju ke biliknya.

Faiq memulas tombol pintu biliknya.Dia mempelawa Hayfa untuk masuk.

"So,Hayfa" Faiq bersuara selepas melabuhkan punggung di kerusinya.Kaki disilang gaya bossy.

"Untuk hari ni,aku nak kau buat kerja dalam bilik aku dulu.Kejap lagi aku akan terangkan apa yang patut.Then aku akan bagi kerja untuk tengok tahap pemahaman kau.Get it?" terang Faiq.

Hayfa mengangguk sambil tangan lincah mencatat semula apa yang Faiq katakan tadi.

"One more thing,sepanjang kau bekerja dekat sini,akan ada tiga orang yang sedia tolong kau.First,orang tu adalah aku.Second,P.A aku yang nama Lily.And third..."

'Bam!'

"Hello everything!I'm back~~"kata seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu.

Hayfa berpaling kebelakang.Kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum lebar di muka pintu.

" Siapa ni bos?"Soal Hayfa seraya memandang wajah Faiq yang mulai tegang.

"Tengku Muiz Khalis.The third person who will help you here." Mendatar sahaja suara Faiq.

Faiq menikam tajam wajah Muiz.Muiz hanya membuat riak tidak bersalah.

"Berapa kali aku nak pesan.Kalau nak masuk,make sure ketuk dulu.Jangan main redah je" kata Faiq sebelum mengeluh perlahan.

Muiz ketawa."Alah bro..kita kan adik beradik.Kasi can la dekat aku.Lagipun bilik ni macam bilik aku jugak kan?"

"A-adik beradik?" soal Hayfa.Patutlah wajah Muiz ada iras Faiq.Adik beradik rupanya.

"Yes,he is my brother.Dia Tengku Faiq Khalis dan saya Tengku Muiz Khalis."jawab Muiz dengan riang.

" Ouh,okay"Hayfa tersenyum kekok.Agak pelik sebenarnya dengan dua beradik ni.Yang abang jenis beku,yang adik pulak jenis happy go lucky.

"Bro,ni ke pekerja baru kita yang aku kena tolong tu?" soal Muiz sambil bersandar pada pintu.Wajah Hayfa dipandang sekilas.

"Yes but for today,biar dia belajar dengan aku dulu.Kalau dengan kau,entah apa apa yang kau ajar dia nanti" Faiq menjeling adiknya.Muiz pula hanya tersengih.

"So maknanya esok baru dia belajar dengan aku lah?"

Faiq mengangkat bahunya."Tengoklah kalau dia still banyak yang tak faham maybe esok dengan aku lagi.Tapi kalau dia dah okay sikit,baru belajar dengan kau"

"Oh okay bro.Aku cau dulu" Baru sahaja Muiz ingin membuka pintu,suara Faiq menghentikan pergerakannya.

"Eh kejap,bila kau ambil flight datang sini?Kerja kau dekat Malaysia dah settle?" soal Faiq.

"Dah settle lama dah sebenarnya.Aku memang ingat nak datang sini terus lepas kerja aku siap.Tapi bila difikirkan ada lagi seminggu lagi flight aku,so aku pergi cuti cuti Malaysia" Muiz tersengih di hujung ayatnya.

"Kau pergi cuti dekat mana?" soal Faiq lagi.Adiknya ini bukan boleh sangat.Mesti ada jugak tempat dia nak melencong.

"Langkawi" jawapan ringkas si adik cukup membuatkan telinga Faiq berasap.

"Then,duit yang aku bagi tu dah habis?"

"Ha ah,aku guna buat check in hotel dengan beli coklat.Eh dahlah,aku keluar dulu.Bye.." Muiz berlalu keluar.Dapat dia rasakan aura abangnya tadi.Sempat dia melemparkan sebiji coklat Daim ke atas sofa bilik Faiq.

Faiq menghembus nafas seketika.Penat mahu memikirkan si adik,dia  bangun dari kerusi mencari kertas kerja untuk Hayfa.

Hayfa yang dari tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum kelat.Dia suka melihat hubungan mesra Faiq dan Muiz tadi.Tak ubah seperti dia dan kakaknya Mia ketika kecil.Rapat macam belangkas dan suka bergurau senda.

Hatinya terasa hiba memikirkan perkara itu.Entah apa lah agaknya ibu dan kakak sedang buat sekarang ini.

Hayfa mengesat air matanya yang hampir mengalir.Suara dari Faiq menyentakkan dirinya.

"Kau menangis ke?" soal Faiq.

"Takda lah.Saya menguap tadi.Itu sebab air mata saya bertakung.Hehe" Hayfa ukir senyum palsu.

Faiq kembali menyambung kerjanya.Bukan dia tak nampak air mata Hayfa tadi.Saja ja dia buat bodoh.Nak tengok sejauh mana Hayfa mengelak.

----------------------
Done for today guys.Btw,Izz nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca story Izz yang tajuk Isteriku Pinocchio tu.Haih..makin bertambah ya readers.Hope cerita ni pun reader bertambah jugak la










Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now