Mereka semua terbuntang melihat tubuh Hayfa yang sudah melambung ke tepi.
Peristiwa Husna dilanggar masa lalu kembali berlegar legar di ruangan minda Faiq.Faiq memegang kuat kepalanya.Rambut dicengkam kasar.
"Hayfa!!!!" Jerit Faiq lalu berlari mendapatkan Hayfa.Kepala dipangku di atas riba.
"Hayfa,bangun please..." Faiq tepuk pipi Hayfa berkali kali.Darah dari kepala Hayfa yang melekat di bajunya dihiraukan.
"Hayfa tolong..bukak mata kau Hayfa" Ujar Faiq yang sudah bertakung air matanya.
'Tolong..janganlah aku hilang Hayfa selepas aku hilang Husna' Hati Faiq bermonolog.
"Hayfa please...bukak mata kau Hayfa!!!" Suara Faiq naik seoktaf.Namun tiada tanda tanda untuk Hayfa mencelikkan mata.
'Bang bang bang!!'
Tembakan dilepaskan oleh seseorang dari arah kanan.
Faiq cepat cepat cempung tubuh Hayfa masuk ke dalam kereta.
"Raeez dengan anak buah dia dah sampai!" Sahut Atan.Dia juga turut melepaskan tembakan ke arah anak buah Sio Sam Ong.
'Bang bang bang!'
Berdas das tembakan dilepaskan.Anak anak buah Sio Sam Ong satu persatu tumbang ke atas jalan.
Mana tidaknya,Atan,Muiz,Ikram dan pasukannya menembak dari arah depan.Manakala Raeez dan anak buahnya menembak dari arah belakang.
"Argh!" Muiz menyeringai tatkala betisnya terkena peluru.
"Faiq!Bawak Muiz masuk kereta!" Arah Ikram sedikit menjerit.Telinganya bingit asyik mendengar tembakan dari tadi.
Faiq memimpin Muiz masuk ke dalam kereta.
"Oh shit!Step back now!" Salah seorang daripada mereka memberi arahan setelah ahli mereka semakin berkurangan kerana mati ditembak.
Mereka semua berundur lalu masuk ke dalam kereta masing masing.Kereta diundur lalu bergerak laju membelah jalan.
"Aik?Dah nak balik dah?The war is not over lah.." Atan kebingungan sendiri.
"No,diorang tak boleh balik selagi diorang tak mati!!" Faiq kepal penumbuknya.Pistol berisi peluru diambil lalu menuju ke arah Raeez.
"Kau nak pergi mana bro?" soal Raeez.
"Aku nak bunuh diorang.Hayfa kena langgar sebab diorang.Adik aku kena tembak pun sebab diorang.Aku takkan berdiam diri!Raeez,kau kena tolong aku."Urat hijau mulai timbul di tepi dahi Faiq.Nampak benar lelaki itu sedang marah.
" Okay,aku tolong kau.Anak anak buah aku pun ikut sekali.Senjata ada dalam kereta.Masuk sekarang"Raeez memberi arahan.
Faiq angguk lalu masuk ke dalam kereta.Raeez memandu laju sementara Faiq menyediakan semua senjata.
"Jom,masuk kereta sekarang.Kita kena bawak Hayfa dengan Muiz pergi hospital cepat!" Ikram bergegas masuk ke tempat pemandu.Begitu juga dengan Atan dan Hani.
"Urghhh,cepat sikit.Kaki aku sakit lah" Muiz pegang kakinya yang ditembak itu.
"Huwaa...sakitnya...ni yang nak nanges nih" Muiz mula membuat drama air matanya.
'Puk!'
"Adoiii!!!!" Muiz terjerit kuat tatkala Hani menepuk bahagian kakinya yang ditembak.
"Apa masalah kau ni ha?Sakit tahu tak?!" marah Muiz.
"Tahulah sakit.Tapi tak payah lah nak drama sangat.Meluat aku menengoknya.Nak banding kau dengan Hayfa,Hayfa lagi teruk tau" Hani menunjuk ke arah kepala Hayfa yang berdarah.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...