"Dah sampai" Ikram menarik brek tangan ke atas.Tali pinggang keledar ditanggalkan.
"Jom,masuk" Hani pimpin Hayfa masuk ke dalam mansion Raeez.
"Errr..Raeez.Dapur kat mana?" soal Hani setelah mendudukkan Hayfa di sofa.
"Dapur kat sana.Nak buat apa pergi dapur?" Raeez menuding ke arah dapurnya.
"Nak buatkan air.Mesti korang semua penat kan." Hani bangun
Mereka yang lain mengangguk sahaja.Kecuali Muiz.
"Eh,aku ikut!"Muiz juga turut bangun.
" Auch!"Muiz tiba tiba mengerang.Kakinya yang sakit dipegang.
"Kenapa?" Faiq menyoal cemas.Kaki adiknya dibelek.
"Luka kaki kau tak sembuh sepenuhnya lagi ni.Tulah,banyak sangat berjalan.Kan dah sakit balik." bebel Faiq.
"Meh,aku ubatkan" Kata Faiq.
"Eh nanti nanti.Aku nak pergi dapur dulu.Lepastu,baru kau ubatkan" halang Muiz.
"Hmm..yelah.Hani,boleh tak tolong Muiz?" Faiq pandang Hani.
"Err..boleh je"Hani pegang lengan Muiz membantu lelaki itu berjalan ke dapur.
" Ish,kau ni degil sangat nak ikut aku kenapa?"Marah Hani setelah mereka sampai di dapur.Dia menolong Muiz duduk di atas kerusi tinggi.
"Ala..aku nak tolong kau je.Takkan tu pun tak boleh?" Muiz juih bibir dengan wajah suramnya.
"Kalau kau takda luka apa apa,aku tak kisah kau nak tolong.Masalahnya kaki kau belum okay.Tengok,kan dah sakit"Hani belek kaki Muiz dengan wajah risaunya.
" Dah,tak payah tolong aku buat air bagai.Duduk situ diam diam,kau tolong tengok je"sambung Hani lagi.
Muiz tenung Hani.Dia terus mengaju soalan.
" Kau risaukan aku ke?"soalnya membuatkan Hani mendongak.
"Ye lah,dah kaki kau sakit,takkanlah tak risau.Kalau makin teruk macam mana?" jawab Hani selamba.
"Kau sayang aku?" soal Muiz lagi namun agak perlahan.Hani pandang Muiz.
"Kau cakap apa?Tak dengar lah" soal Hani.Telinganya ditepuk sedikit.
"Takda apa lah.." Muiz geleng sambil tersenyum kecil.
Hani kecilkan matanya.Rasanya dia dengar Muiz tanya sesuatu tadi.Tapi kurang jelas.
"Okay..apa apa jelah" Hani berpusing lalu mula membancuh air.Biarlah Muiz tu.
Muiz memerhati sahaja tindak tanduk Hani yang membancuh air.
🌸🌸🌸
"Kau kenapa diam je Hayfa?Jarang pulak aku dengar kau bercakap sejak kau kena culik" tegur Faiq lalu bersandar pada sofa.Wajah gadis itu dipandang.Nampak sugul,muram dan sedih.Entah apa yang sedang gadis itu fikirkan.
"Hayfa" Panggil Faiq.
Diam.Tiada sahutan.
"Hayfa...." Faiq menguatkan sedikit suaranya.Namun Hayfa masih tidak menjawab.Sebaliknya hanya termenung.
Faiq tarik nafas lalu dihembus.
"Hayfa Rihana!" suara Faiq naik seoktaf.Terhinjut sedikit bahu Hayfa gara gara terkejut.
Ikram,Atan dan Raeez juga turut terkejut dengan jerkahan Faiq.Namun mereka hanya diam.
Hayfa pandang wajah ketat Faiq.Lelaki itu memandang tajam ke arahnya.
"Wh-what?" soal Hayfa sedikit takut.
Faiq memang mempunyai auranya tersendiri.Faiq caring namun dalam masa yang sama,dia tegas dan serius.
Berbeza dengan sikap Muiz.Adiknya itu lebih kebudak budakkan dan kurang serius.
Nak cakap bodoh,takda lah sangat bodohnya tu.Cuma bengap sikit lah.Takpa lah,janji dia bahagia.
Bodoh dengan bengap sama ja kan?Ah..lantaklah kau nyah!
"Aku tanya kau,kenapa kau tak jawab?" soal Faiq mendatar.Badannya ditegakkan dari sofa.
Hayfa terdiam.Dia tidak tahu mahu menjawab apa.Akhirnya dia menunduk lalu bangun.
"Saya nak berehat" Dia berjalan laju menuju ke tingkat atas.Langkahnya agak terhuyung hayang disebabkan tubuhnya yang masih belum sihat sepenuhnya.
"Hayfa,aku tak habis cakap lagi" Cantas Faiq.Dia mahu bangun,namun Ikram menghalang.Lelaki itu menggeleng perlahan.
"Biar lah dia rehat" Akhirnya Faiq terpaksa akur.
Dia terserempak dengan Hani dan Muiz di tengah ruang.Hani mula menyoal.
"Kau nak pergi mana?" Dulang teh masih setia di tangan.
"Nak rehat" Balas Hayfa ringkas.Wajahnya pucat dan kepalanya terasa sakit.
"Sini lah aku tolong kau.Muiz,kau boleh kan bawak dulang ni pergi ruang tamu?Kaki kau dah okay sikit kan?"
Muiz angguk."Dah kurang dah sakit tu.Takpa,bagi aku bawak dulang tu."
Dulang teh bertukar tangan.Hani memimpin Hayfa naik ke atas.Mujurlah ada lif,senang sikit nak bergerak.
Muiz bawa dulang itu dengan penuh berhati hati.Ruang tamu didekati.
"Amboi,Raeez upah maid baru ke?AHAHAHAH" Atan sempat memerli Muiz yang baru meletakkan dulang di atas meja.
"Kau jangan macam macam eh setan" Muiz memberi amaran lalu duduk di sebelah abangnya.
Amaran Muiz sedikit pun tidak menggugat Atan.Lengan Raeez disiku.
"Woih,kemain cun maid baru kau ni.Kutip mana bro?Kelab malam ke?" Atan pandang Muiz atas bawah.Bibir digigit nakal.Sengaja mahu mengusik rakannya itu.
"Takda lah,aku kutip kat tong sampah" Raeez menjawab selamba.
Makin galak Atan ketawa.Muiz pincing mata.
"Eyy,dasar setan!Suka hati kau je cakap aku ni bibik dalam rumah ni.Kau pun satu Raeez,ketua mafia konon.Huh,ketua segala setan!" Hambur Muiz dengan muka geramnya.
Raeez malas melayan.Karang makin menjadi jadi.Telefon dikeluarkan dari poket lalu keluar menuju ke kolam mansion nya.
Atan pula tidak berhenti ketawa."Apa nama sesuai untuk kau eh kalau kau jadi perempuan?"
"Haa...Muizzah!AHAHAHAH" Atan berguling guling di atas karpet berbulu itu sambil memegang perutnya.
Muiz baling sebiji bantal kusyen.Tepat mengena wajah Atan.
"Ish,bising lah korang berdua ni"Ikram yang dari tadi diam mula bersuara.
" Ayooo...abam polis dah marah.Haa haa..tak tahu.Siapa buat polis marah"Atan menggoyangkan telunjuknya ke arah Muiz.
"Eh,pehal salah aku pulak.Kau pun terlibat sekali.Dah la,malas layan kau" Muiz baring di atas peha Faiq.Dia mula memejam mata.
"Kau tidur lah,meh aku ubatkan kaki kau" Faiq angkat kepala Muiz dari peha nya.First aid diambil lalu mula merawat kaki Muiz.
"Hmm...jahitan kau terbuka ni.Sebab kau banyak bergerak.Ni mesti tidur tak ingat luka kat kaki kan?" Bebel Faiq sambil merawat kaki adiknya.
Apa?Ingat dia tak pandai merawat orang?Mestilah pandai,kalau tak dia takkan offer diri nak rawat arwah Husna kat hospital dulu.
Haih...sebut pasal Husna,rindu pula dekat dia.
Dulu Husna penting dalam hidupnya.Setelah pemergian gadis itu,tempat Husna diganti pula dengan Hayfa.
Sayang?Cinta?Itu dia tidak pasti.Yang dia pasti,dia tidak mahu kehilangan Hayfa.Cukup dia kehilang arwah Husna dahulu.
----------------------
Hambar,k tu ja nak cakap (._.)
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...