Bab 9

2.5K 129 3
                                    

'Bam!'

"Nah,kerja untuk kau" Faiq meletakkan beberapa fail di atas meja.Tersentak Muiz dan Hayfa dibuatnya.

"Untuk aku?" soal Muiz seraya mengurut pinggangnya yang sakit.Mana taknya,dari tadi dia menongkat dagu sahaja di meja kerja Hayfa.

"Haah,untuk kau.Dan fail biru ni pulak kerja untuk Hayfa"Faiq mengangkat satu fail berwarna biru lalu dihulur kepada Hayfa.

Muiz hentak kaki." Alaa..tak aci lah bro.Asal pulak kerja untuk aku banyak tapi kerja Hayfa sikit?"

Faiq pegang bahu Muiz."Sebab kau tak buat kerja dekat tempat kau.Melepak ja tahu.Dah,pergi buat kerja kalau taknak balik lambat hari ni"

"Ughhh..fine.Bye Hayfa" Muiz melambai ke arah Hayfa.Dia beralih pula memandang Faiq.Muiz hanya menjelirkan lidah lalu pergi dari situ.Faiq membalas dengan menjegil mata.

"Aku tak suka bila pekerja aku buang masa waktu kerja.Nanti kalau Muiz datang ajak lepak ke,jangan layan.Faham?" pesan Faiq menikam tajam mata Hayfa.

"Erk!Faham bos" Hayfa menunduk sedikit lalu menyambung kerjanya.Pemergian Faiq dihantar dengan hujung mata.

"Ceh,dia yang paksa aku kerja sini lepas tu nak pantang larang sana sini pulak.Haih...saborr jelah" Hayfa mengomel sendirian sambil menggeleng kepala.Pasrah je lah macam ni.

"Excuse me Hayfa,bos is waiting for you in his room." sapa Lily a.k.a P.A kepada Faiq.

'Aik?Baru tadi ja jumpa,sekarang nak jumpa lagi?'desis hati Hayfa.

"Ouh okay.Thanks Lily." Hayfa bangun dari kerusinya.Bilik yang terpapar nama Tengku Faiq Khalis dituju.

'Tok tok tok' Pintu diketuk.

"Come in!"

"Ada apa bos?Baru ja tadi kita jumpa"

Faiq memusingkan kerusinya.Lidah menolak dalam pipi sambil memandang Hayfa dengan curiga.

"Lepas aku jumpa kau tadi,kau mengutuk aku eh?" soal Faiq tanpa berkias.

Hayfa terpempan.Kepala digeleng laju.Fuyoo..telinga lintah rupanya Tengku Faiq ni.

"M-mana ada saya kutuk bos.Takkan lah saya nak kutuk bos sendiri.Saya budak baik tau!" dalih Hayfa dengan mimik mukanya.

"Ye lah tu.Ni aku panggil kau sebab nak tukar fail kerja.Aku tersilap bagi fail lain tadi" kata Faiq sambil menghulur fail yang juga berwarna biru.

Hayfa menyambut huluran Faiq.

"Kejap eh,saya nak pergi ambik fail tadi" Hayfa berlari laju keluar menuju ke mejanya.

Faiq menggeleng dengan telatah Hayfa.Macam budak budak berlari dalam pejabat.

"Nah!" Hayfa muncul dengan sebuah fail ditangan.Tercungap cungap Hayfa dibuatnya.

"Penat?Siapa suruh kau berlari.." Faiq berkata sinis sambil menyimpan fail tadi ke dalam laci.

"Eh hello bos..saya berlari sebab saya taknak bos tunggu saya lama sangat.Appreciate lah sikit effort saya ni."Haufa menjeling Faiq.

" Ha,jeling jeling.Potong gaji nant-"

"Okay okay,tak jeling dah" Hayfa cepat memintas.Tahulah dia Faiq nak mengugut lagi.

'Bam!'

Faiq pejam mata menahan geram.Ini tak lain tak bukan Tengku Muiz lah ni yang hempas pintu macam nak runtuh.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now