Dengan sekali lafaz,Hayfa sah menjadi isteri kepada Tengku Faiq Khalis.Mereka kini berada di pejabat agama.
Selepas semuanya selesai,mereka terus bergerak pulang ke rumah.
Hayfa berjalan menuju ke dapur dengan gaun pengantin yang menyapu lantai.Tekaknya kering dari tadi dek kerana terlalu nervous.
"Hey" Tegur satu suara garau dari arah belakang.
Hayfa yang sedang meneguk air itu terus menoleh.Kelihatan Faiq sedang duduk di kaunter dapur.Mata lelaki itu setia menikam tepat ke arahnya.
Suasana tiba tiba begitu janggal sebelum Hayfa bersuara.
"Errr..bos nak air?" tanya Hayfa perlahan.
Faiq kerutkan dahi."Bos?Siapa bos?Aku tak kenal"
Hayfa hela nafas panjang.Gelasnya tadi dicuci.
"Jangan panggil aku bos." kata Faiq lalu menongkat dagu.
"Habistu nak panggil apa?" Hayfa menggaru kepala.
"Apa apa je lah,janji bukan bos."
"Okay,nak air?" Hayfa menghulurkan segelas air kosong.Hulurannya bersambut.
"Err..saya naik atas dulu" Hayfa berlalu mahu meninggalkan dapur.
"Nope,aku ada benda nak bagi dekat kau" Lengan Hayfa ditarik ke arahnya.Beg plastik kecik di atas lantai di ambil lalu diletakkan di atas kaunter dapur.
"Apa ni?" Tanya Hayfa yang sedang berdiri di tengah tengah Faiq.
Faiq yang sedang duduk di atas kerusi itu hanya diam sambil tangan lincah mengeluarkan isi plastik itu.
"Aku beli telefon untuk kau.Ambik lah" Faiq menghulurkan telefon yang baru dikeluarkan dari kotak itu.
"Eh,taknak lah.Mesti mahal telefon ni" Hayfa menolak.Membuntang matanya melihat Iphone 13 pro max yang berwarna rosegold itu.
Cantik,tetapi semestinya mahal.
"Dah,jangan nak banyak songeh.Kau kahwin dengan lelaki kaya sekarang ni.Tak luak pun duit aku beli telefon untuk kau" Kata Faiq sedikit tegas.
"Err..saya tak reti lah" Hayfa garu telinganya.
Faiq senyum nipis.Dagu dilabuh pada bahu Hayfa yang sedang membelakanginya.
"Takpa,aku ajar" bisik Faiq perlahan.Hayfa pula terdiam seperti tunggul batu.Nafas Faiq kuat menampar halwa telinganya.
Tak lama kemudian...
"Kalau berpacaran,memang banyak,pantang larang..Menjaga susila,ibu bapa adik abang..~"
"Apabila berdua,carilah tempat yang teraaang~~Agar tidak pula mencuba,aksi terlarang."
Suara Atan menyanyi di ruang tamu kedengaran.Terbantut seketika aktiviti Hayfa dan Faiq di dapur.
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum melangkah ke ruang tamu.
Faiq bercekak pinggang melihat Atan yang sedang bergayut di tangga.Adiknya Muiz sedang berguling di atas lantai sambil memegang mikrofon.
"Boleh pandang pandang~jangan pegang pegang~"
"Duduk regang regang~bertambah sayang"
Muiz mula membuka suaranya.
"Biar malu malu~~biar segan segan,kerna malu itu perisai orang beriman~~"
Mata Faiq menangkap bayang dua orang lelaki yang sedang berdiri di pintu rumah.Faiq pandang sekilas Hayfa di belakang.
"Pergi naik atas,tukar baju" pesannya.
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...