Bab 53 (Last chapter)

4.2K 113 29
                                    

Muiz mengundur diri dari hospital. Bosan benar dia di situ,baik ambik angin di luar sahaja.

"Faiq,pinjam kereta" Itu sahaja ayatnya sebelum terus keluar dari laman hospital.

Muiz tiba tiba terfikir akan letupan rumah Harraz tempoh hari. Seperti tidak percaya,siapa yang letupkan rumahnya? Atau Harraz sendiri yang letupkan?

Muiz membelok ke kiri,jalan hendak ke rumah Harraz,sengaja mahu lihat tempat kejadian.

Sesampai sahaja di sana,ada jiran jiran yang berkerumun di situ. Muiz menjengah kepala. Rumah Harraz meletup secara keseluruhan. Namun mujur tidak mengganggu perumahan yang lain.

Muiz ingin menjejak masuk,namun ada pasangan suami isteri yang menghalangnya.

"Don't go inside! There are three bodies there." Kata si suami.

Muiz terhenti lalu mengangguk sahaja.

"Ada tiga mayat? Siapa lagi yang tinggal dengan Harraz?" Bisiknya sendiri. Tertanya tanya siapa yang sanggup tinggal dengan manusia syaitan itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke hospital semula.

Di dalam kereta,Muiz tak tenang memandu. Sibuk memikirkan mayat di dalam rumah Harraz.

'Zzzztt'

Telefonnya yang bergetar dicapai dengan sebelah tangan. Nama Raeez terpapar pada skrin.

"Yow"

"Kau kat mana sekarang? Aku nak guna kereta balik rumah Faiq ambik barang Hayfa"

"Kereta kau mana?"

"Anak buah aku guna. Cepat sikit"

"Oke-"

'Tutt' Talian terus ditamatkan oleh Raeez.

"Bapak arhh mamat ni. Camtu je dia letak" Bebel Muiz seorang diri.

1 jam kemudian.

"Dah ambik ke belum barang barang dia?" Tanya Muiz yang elok melentok pada sofa. Suasana ruang tamu itu masih berselerak sejak Hayfa diculik tempoh hari. Sibuk sangat di hospital sampai takda masa untuk kemas rumah.

"Dah,jom" Ajak Raeez sambil membawa beberapa beg.

"Eh kejap,fon aku tengah cas kat atas" Muiz bangun lalu berlari mendaki tangga. Bilik tidurnya dituju.

Lebih kurang sahaja biliknya dan ruang tamu. Berselerak walaupun Harraz tak pecah masuk pun biliknya. Maklumlah bilik orang muda..biasa lah tu kalau selerak sikit.

"Mana powerbank ni?" Setiap laci ditarik mencari powerbanknya.

"Ha sini pun kau-eh" Satu surat jatuh di kakinya. Muiz tenung lama.

Surat apa ni? Melihat tulisan di hadapan,baru dia teringat ini surat yang dia dapat di hadapan rumah haritu. Ya allah...macam mana boleh terlupa nak baca?

For: Bos Faiq, Hayfa, Muiz, Atan, Ikram dan Raeez.

Ya..surat ini. Dia masih ingat, surat ini yang dia nampak ketika dia menunggu Faiq pulang dari hospital.

Tapi..tiada nama pengirim. Pasti seseorang yang mereka semua kenal memandangkan surat ini dalam bahasa melayu.

Isi surat dibaca satu persatu. Dan,jantungnya mahu gugur. Ya Allah, ini surat dari Hani!

Semakin lama dia membaca isi surat itu,air matanya menitis laju.

🌸🌸🌸

"Muiz,faster-" Raeez terhenti seketika.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now