Hari ini,Hayfa Rihana sah bergelar isteri kepada Harraz Hamsyari.Kahwin ekspress giteww.
"Mitt,aku dengan Hayfa nak duduk sini lagi sehari boleh?Sorry lah,menyusahkan kau pulak" Harraz duduk di sebelah Hayfa.Bahu Hayfa dipeluk dari sisi.
"Eh,kenapa pulak kau nak menyusahkan aku.Aku dengan Yo okay je lah korang duduk sini.Takda lah sunyi sangat nanti.Kan Yo?" Mitt genggam tangan isterinya.Yo pulak angguk mengiakan kata kata suaminya.
"Betul tu.Sejak korang berdua duduk sini,rumah ni dah meriah sikit.Saya nak memasak pun ada Hayfa yang teman berbual." kata Yo.
"By the way,lepas ni kau nak pergi mana?" soal Mitt.
"Adalah...rahsia" Harraz ukir senyum yang sukar ditafsir.
"Eleh...mentang mentang lah baru kahwin,nak rahsia rahsia pulak dengan aku" perli Mitt lalu ketawa.
"Dah,pergilah rehat dalam bilik.Mesti korang penat kan?Nanti saya panggil turun makan" Kata Yo lalu tersenyum.
"Err...takpa ke?Segan lah kalau kami rehat ja.Tuan rumah pulak sibuk buat kerja" Hayfa berkata kekok.Dia sebenarnya tidak selesa dengan tangan Harraz yang asyik mengusap bahunya.
"Takpa..lagipun korang kan pengantin baru.Hahaha...jom Mitt!" Yo mengheret suaminya masuk ke dapur.Malas mahu menganggu pasangan baru berkahwin itu.
"Jom sayang" Harraz bangun sambil memegang tangan Hayfa.
What?Sayang?Halahh...awkward nya..
"Err..." Hayfa teragak agak untuk bangun mengikuti langkah insan yang baru bergelar suaminya.
Tch..suami?Adakah ini mimpi?
Harraz tiba tiba berhenti mengejut menyebabkan hidung Hayfa berlaga dengan belakang Harraz.
"Aduh!"
"Are you okay?Kenapa nampak macam pendiam je ni?" soal Harraz berpaling menghadap isterinya.
Isteri?Hahahahha...isteri yang tak lama lagi akan dijual.
Kejam?Tch,why not kalau jadi kejam demi kekayaan?Tak semua orang boleh jadi kaya dalam sekelip mata.Inilah peluangnya.
"Hello....." Hayfa memetik jarinya di hadapan wajah Harraz.Dah kenapa tiba tiba mengelamun.
"Ah ya.." Harraz tersedar dari lamunannya.
"Jom lah,cakap nak rehat" Ajak Hayfa lalu berjalan masuk ke bilik.
"Sayang..tunggu lah" Harraz berlari anak mengejar langkah laju Hayfa.
🌸🌸🌸
Kini masa sudah berginjak ke waktu petang.Para pekerja semuanya sudah pulang namun Faiq,Atan,Ikram dan Raeez masih lagi berkumpul di dalam bilik Faiq.Semestinya mereka sedang merancang plan ketika di Thailand nanti.
"Faham kan apa yang aku cakap tadi?" soal Faiq serius.Mereka yang lain mengangguk tanda faham.
'Bam!'
Pintu dihempas kuat oleh seseorang.Mereka semua drastik memandang ke arah pintu.
"Oopss,kuat sangat eh aku tutup?" Kelihatan Muiz tersengih tidak bersalah di muka pintu.
"Muiz!!" Atan senyum lebar lalu menerpa ke arah Muiz.
Tubuh Muiz dipeluk kasar dan tak semena mena,tubuh Muiz hilang keseimbangan lalu mereka berdua jatuh di lantai.
"Adoii..ish kau ni.Tepi!Dahla berat macam bapak gajah.Patah pinggang aku nanti siapa nak ganti?" hambur Muiz seraya menolak Atan ke tepi dari terus duduk di atas badannya.
"Halah...rilek arr brader.Aku rindu kau ja" Atan menumbuk bahu Muiz.
"Banyak lah kau rindu.Nyah kau dari sini setan!Shuh shuh" Muiz menghalau Atan.
Muiz bangun lalu matanya tertumpu ke arah abangnya,Faiq.Muiz hanya tersenyum kecil lalu menunduk sedikit.
"Whoaa...Ikram dengan Encik Mafia pun ada?Apa khabar korang?Sihat?" Muiz bersalaman dengan Ikram dan Raeez.
"Sihat macam ni la.." jawab Ikram.
"Bila korang sampai sini?" soal Muiz.
"Semalam.Faiq call suruh datang." Ikram menjuih bibir ke arah Faiq.
"Ohhh"
"Eh,Ikram,Raeez.Jom turun gi kafe jap." Atan tiba tiba bersuara lalu mengheret Ikram dan Raeez keluar dari bilik.
"Take your time!" Sempat lagi Atan menjerit sebelum pintu bilik ditutup.
Keadaan sunyi seketika di antara Faiq dan Muiz.Masing masing terdiam bagaikan gam gajah melekat di mulut.
"Mana kau pergi selama ni?" Soal Faiq mendatar.Tangan naik memeluk tubuh.
"Bro..first aku nak mintak maaf sebab aku dah berkasar dengan kau haritu.Aku terlalu ikut emosi sangat masa tu." Muiz mendekat sedikit dengan abangnya.
"Pasal mana aku pergi selama ni,tu kau jangan risau.Aku just stay kat hotel ja.Dan dalam tempoh aku takda tu,aku usaha cari Hayfa.Mana dia pergi,location dia,semua aku dah cari tapi masih tak jumpa.Aku mintak maaf,aku tahu aku seorang adik yang tak berguna" ujar Muiz sambil menunduk.Cuba untuk menahan sebak.
Ya,dia sedih kerana tidak dapat menjadi yang terbaik untuk abangnya.Hidupnya hanya menyusahkan orang.
"Siapa cakap kau adik tak guna?" suara Faiq kedengaran kuat sedikit.
Drastik Muiz memandang abangnya dengan pandangan pelik.
Faiq pegang kedua bahu Muiz."Jangan sesekali kau cakap yang kau adik tak guna."
"Kau tahu tak...."suara Faiq kedengaran sedikit bergetar.Tubir matanya mula bertakung dan memerah.
" Sejak kau tak balik rumah hari tu,aku rasa sunyi.Kalau tak,bila aku balik ja dari office,mesti aku nampak kau tengah tidur depan tv.Tapi sejak kita bergaduh,hidup aku jadi kosong,tak bermakna"Faiq terhenti seketika.
"Kau,Tengku Muiz Khalis.Satu satunya adik yang aku ada.Satu satunya harta yang arwah Tengku Khalis Baharudin dan arwah Ungku Nadine amanahkan untuk aku jaga dan lindung." Air mata Tengku Faiq jatuh setitik.
Muiz pula sudah melelehkan hingus dari hidung.Tidak lupa juga air mata yang turun dengan laju.
Hilang macho nya di situ.
"Jujur aku cakap,aku tak suka bila kita berdua gaduh.Sebab lepas bergaduh,aku akan rasa yang aku gagal dalam menjadi seorang abang untuk kau.So please..janji dengan aku,kau takkan lari lagi dari rumah.Hurm?" Faiq tekup wajah basah adiknya.
Muiz angguk laju."Ya,aku janji tapi tak pasti boleh ditepati"
Tubuh Faiq dipeluk oleh Muiz.Dihamburnya tangisan pada bahu Faiq.
Biarlah baju Faiq basah ke,terlekat hingus ke..janji ada tempat untuk dia menangis.
Dan tanpa mereka sedar,ada beberapa pasang telinga disebalik pintu itu.Siapa lagi kalau bukan Atan,Ikram dan Raeez.Segalanya mereka sudah dengar.
"Oh ya..hikkkssssss!!!" Muiz sedut hingusnya ke dalam.
"Pasal Hani.Dia ada call aku semalam.Dan dia dah ceritakan semuanya dekat aku"kata Muiz.
" Yelah,nanti kita bincang pasal tu"
---------------------------
Btw,lepas cerita ni tamat,Izz akan buat novel baru tau.Tajuk dah ada,coverbook pun dah ada.Cuma tinggal karakter dan jalan cerita sahaja.But,Izz tak janji tau boleh buat ke tak.Hehehhehehehe
YOU ARE READING
Gadis Pujaan Boss
RomanceDia seorang gadis yang bernama Hayfa Rihana.Hidupnya bertukar suram sejak kematian ayahnya.Kehidupan sehariannya dipenuhi dengan kata kata benci dari kakak kandungnya sendiri.Ibunya juga selalu sibuk dengan dunia perniagaan. "Kau lah punca papa mati...