Bab 50

2.1K 109 44
                                    

Hayfa menunggu suaminya di atas katil pesakit itu. Faiq sedang membersihkan diri di dalam bilik air. Alhamdulillah petang ini Faiq sudah boleh pulang ke rumah.

Muiz dan Atan kerja hari ini memandangkan banyak perkara tertangguh sepanjang ketiadaan Faiq. Segala urusan diserahkan kepada mereka berdua. Ikram pula keluar berjumpa kawan. Petang nanti dia lah yang memandu kereta untuk bawa Faiq pulang.

Harap Hayfa yang memandu? Silap silap terpaksalah masuk ke hospital sekali lagi.

Telefon Faiq berdenting menandakan mesej masuk. Mulanya Hayfa tidak kisah tapi bila ternampak nama di skrin, dia rasa pelik.

One message from Mia Qaisara.

Mia Qaisara?Itu nama kakaknya.Hmm agak agak kenapa ya Mia hantar mesej pada Faiq?

Tak tunggu lama,jari Hayfa menekan mesej itu.Fokus Hayfa di skrin telefon.

Mia Qaisara
Akak tahu apa plan Faiq sebenarnya.Tak sangka adik ipar sendiri sayang dekat akak,ambil berat pasal akak.Jujur akak terharu dengan apa yang Faiq buat tu.Terima kasih.

Skrin telefon ditutup.Hayfa termangu sendiri.Apa maksudnya?Adik ipar sendiri sayang dekat akak? Faiq ada hubungan dengan Mia ke?

Terlalu banyak persoalan di dalam kepalanya sekarang. Lama dia termenung sebelum pintu bilik air dibuka. Terjengul kepala Faiq di situ.

"Sayang,give me another towel. Nak lap rambut"

Hayfa bangun mencari tuala Faiq dalam almari. Diserah sehelai tuala itu pada tangan suaminya yang sedang menghulur ke luar.

"Aipp nak pergi mana tu?" Tangan Hayfa ditarik.

"Saya..saya balik awal harini boleh? Nak kemas apa yang patut kat rumah. Kejap lagi kan abang nak balik,nanti abang tak selesa pulak rumah bersepah" Hayfa senyum. Namun kelihatan pahit.

"Kalau sayang balik awal,siapa nak teman abang balik petang ni?" Pipi Hayfa dielus lembut.

"Ikram kan ada,dia teman abang. Okay?"

Faiq angguk akur. "Hmm yelah"

"Sayang" Ditarik sekali lagi tangan Hayfa.

"Ya abang..apa lagi" Hayfa diam bila jari Faiq bermain main dengan rambutnya.

"Abang..sayangkan isteri abang. Hayfa abang punya,milik abang seorang. Only mine,sayang"

Hayfa pelik,tapi dilayankan sahaja.

"J-jadi?"

"Jadi abang tak suka orang pandang milik abang. Rambut sayang ni cantik,abang tak suka orang lain tengok"

"Pakai tudung ya sayang? Slow slow insyaallah nanti terbiasa" Redup Faiq merenung isterinya.

Hayfa terkedu. Memang,dia sudah lama berazam mahu berhijab. Tapi keadaan tak mengizinkan. Dan sekarang mungkin masa yang sesuai.

"Insyaallah saya cuba. Saya balik dulu tau" Hayfa senyum seulas mencium tangan suaminya sebelum keluar dari bilik wad.

Faiq hanya senyum lalu mengelap rambutnya yang basah. 15 minit di dalam bilik air,Faiq keluar dengan lengkap berpakaian.

"Aduuu lupa nak charge fon" Faiq garu kepala melihat bateri telefon yang sudah sikit. Semalam lupa pula nak cas. Macam mana nak tahu yang isterinya sudah sampai ke rumah atau tidak.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now