Bab 46

2.1K 103 8
                                    

Hari hari berlalu dengan pantas.Kehidupan Faiq dan Hayfa sebagai suami isteri semakin erat.Mereka lebih banyak meluangkan masa bersama sama di rumah.Main kejar kejar,masak bersama,berkebun dan sebagainya.Tak lupa juga kepada Muiz dan Atan yang semestinya menyelit sekali di antara suami isteri itu.

Di saat orang lain mengecapi kebahagiaan,ada yang sedang menderita.Hani dan ibu bapanya masih lagi di dalam genggaman seorang Harraz Hamsyari.Sejak kebelakangan ini Harraz menjadi lebih kasar dan kejam,Dipukul,ditendang,dihina,ditampar.Semuanya dilempiaskan pada mereka.Makan minum tak teratur,mandi pun sekali sekala.Kalau dulu Hani tinggal bersendirian di rumah,kini dia terpaksa tinggal bersama Harraz dalam rumah besar tapi suram itu.

"Bodoh!Berapa lama lagi aku nak tunggu diorang berpisah?Rancangan apa sebenarnya yang kau buat Hani?" Rambut gadis itu ditarik kuat hingga terdongak ke atas.Emosinya tidak terkawal.

Hani dengan mulut ditutup dengan kain hanya mampu menangis.Demi Hayfa,dia perlu berkorban semuanya.Nak berterus terang tak boleh,pergerakannya dikawal.Mujur Harraz jenis tak ambil kisah tentang rancangannya.Apa yang Harraz mahu,Hayfa dan Faiq berpisah.

Harraz menarik kasar kain yang menutupi mulut Hani.Dia duduk bercangkung sambil menatap tajam ke arah Hani.Dagu gadis itu dicengkam.

"Kalau rancangan tu berjaya,aku akan bebaskan korang semua.Sikit pun aku tak kacau.Tapi kalau tak berjaya..." Cengkaman tadi dikuatkan.Hani hanya diam,penat seharian dia menangis gara gara layanan kasar lelaki itu.

"Aku takkan jual kau,malah aku akan bunuh korang semua dengan tangan aku sendiri." Harraz bangun menanggalkan tali yang diikat di pergelangan tangan Hani.

"Aku lepaskan korang dari bilik ni.Pergi lah ke dapur ke tandas ke,tapi ingat.Korang takkan mampu keluar dari rumah ni.Even melalui pintu masuk." Usai itu,Harraz keluar dari bilik.Hani tahu,pintu masuk sudah dipasang kata laluan.Jika kata laluan salah,pintu takkan dapat dibuka.

Setelah bayangan Harraz hilang,Hani mengengsot ke arah ibu dan bapanya.Wajah keduanya yang sedang tidur ditatap sayu.Sedih rasa melihat keadaan mereka sebegini.Kalau boleh,biarlah dia seorang sahaja yang menjadi mangsa Harraz.

Ibu bapanya turut dipasang bom.Bezanya dia di tangan,ibu bapanya di leher.Bila bila sahaja Harraz boleh letupkannya.

                       🌸🌸🌸

Jari diketuk di atas meja.Sesekali tangan mencapai mug berisi air kopi panas.Otaknya serabut memikirkan banyak perkara.

"Bila lah kau dengan Hayfa nak berpisah?Aku dah lama tunggu" Dia menggumam sendirian.Orang yang hendak membeli Hayfa itu sudah banyak kali bertanya.Dia hanya mampu memberi alasan Hayfa sedang berada di luar negara.

Sudah ditunjuk wajah Hani kepadanya,namun lelaki kaya itu tetap inginkan Hayfa.Gadis itu ada auranya tersendiri.Buatkan ramai lelaki lelaki tertarik melihatnya.

Akibat bosan melampau,Harraz membuka laptopnya.Dipandang sahaja segala benda yang terpapar pada skrin tanpa minat.Tiada apa pun yang boleh menghilangkan rasa bosannya.

Tergerak hati ingin memantau kawasan rumah Hani.Dia sudah memasang cctv di situ.Mata menangkap kelibat seseorang berdiri di depan pintu pagar rumah Hani.

"Siapa tu?" Harraz mula fokus.Lelaki itu sedang bercekak pinggang sambil melilau di depan pagar.Saat lelaki itu berpaling ke arah cctv,mata Harraz terbuka luas.

"Apa yang dia buat-" Harraz terhenti sebelum menarik senyuman lebar.Hatinya menjerit suka.

"Datang cari pekerja yang dah lama hilang ya?Kau tunggu" Laptop ditutup lalu segera bangun keluar dari rumah.Ada sesuatu yang perlu dia lakukan.

~~~~~~~~~~~

Faiq melekapkan telefon pada telinga bila Muiz menelefonnya.Sebelah tangan masuk ke dalam kocek seluar.

"Yow bro" Suara Muiz laju menyapa halwa telinga.

"Waalaikumsalam" Jawab Faiq.Muiz terdiam seketika.

"Ahhh apa apa je lah.Kau kat mana sekarang?Rumah Hani?" Soalan diaju.

"Haah,kenapa"

"Dia ada tak kat rumah?Kalau ada aku nak pergi sana"

"Kau rindu dia eh?" Faiq senyum senget sambil menyoal.Sejak isu Hani dibangkitkan,Muiz nampak lain.

"Seluar kau terkoyak ke kalau aku rindu dia sekalipun?Sibuuk je orang tua ni" Kutuk Muiz tanpa rasa bersalah.Lantaklah nak rindu siapa pun.

"Halah kau..rindu cakap.Aku tolong bagitau dia." Faiq mengusik lagi sambil bersandar pada kereta.

"Weh janganlah" Suara Muiz meleret.Malu dia nanti kalau Faiq bagitau Hani.

"Eh Hani,sini jap" Faiq berpura pura memanggil Hani walaupun hakikatnya tiada sesiapa pun di situ.

"Tak payah la gila!Aku bagitau sendiri nanti" Muiz gelabah.Abangnya memang betul betul mencabar iman di dada.

Faiq gelak kuat. "Chill lah..takda siapa pun kat sini.Rumah dia pun macam kosong je.Entah ada ke tidak dia kat dalam"

Muiz lega. "Nasib..eh takkan takda orang?"

"Takda lah kot.Dari tadi aku kat luar,tak muncul pun." Faiq melilau lagi.Sunyi dan kosong.Ke mana Hani pergi?

"Aku nak bagitau kau ni Muiz.Kau kalau suka dia,luah perasaan kau cepat cepat.Jangan jadi macam aku dulu.Tak sempat apa pun lagi,arwah dah tinggalkan aku" Nasihat diberi pada Muiz.Dia tak mahu adiknya menerima nasib yang sama.

Bertahun arwah Husna meninggal dunia,masih ada rasa sayang padanya.Cuma kini dia sudah punya Hayfa,isterinya yang sah.

"Kau nasihat aku,perasaan kau dekat Hayfa dah luah ke belum?" Sinis Muiz.Bukan dia tak kenal abangnya.Pandai nasihat,diri sendiri pun tak buat.

"Nanti balik aku luah la.Takyah sibuk rumah tangga aku.Fikir rumah tangga kau yang tak serupa rumah tu dulu"

"Ish,benci aku dengan kau ni"

"I hate you too" Terus Faiq tamatkan panggilan.Malas mahu melayan.

'Tap tap'

Bunyi seseorang berjalan menarik perhatian Faiq.Kepala dikalih ke kiri,tiada apa pun.

Belum sempat berpaling ke kanan,belakang kepalanya dipukul kuat.

'Buk!'

"Arghh" Erangan sakit terkeluar dari mulut.Siapa yang memukulnya?

"We meet again,mi enemigo (musuhku)" Lelaki bertopeng muncul di depannya sebelum memukul lagi sekali lagi menggunakan kayu.

Terus pandangan Faiq gelap.

Gadis Pujaan BossWhere stories live. Discover now