1

1.1K 64 0
                                    

Dentuman bunyi musik di dalam kelab malam di hotel terkenal tidak menjadi penghalang untuk 4 namja dari bersorak kegembiraan.

"Wwoohh.. Cheers!!! Selamat buat Taeyeon."

Ucap mereka berempat lalu meneguk wine yang ada di dalam tangan mereka. Namja-namja ini ialah Kim Taeyeon, Kim Hyoyeon, Kwon Yuri dan Choi Sooyoung.

"Aku tidak menyangka akhirnya kau menikah juga dengan sepupu kesayanganku Tae" ucap Yuri sambil menepuk bahu Taeyeon.

"Ya..Padahal setahuku Tiffany menyukai si namja asing Nickhun yang perasan hensem itu" ujar Hyoyeon sambil tertawa.

"Ayuh laa, kita ke sini untuk berhibur tidak bercerita tentangku" balas Taeyeon sedikit malu untuk bercerita.

"Yaa sudah, mari kita bersuka ria bagi meraikan sahabat kita ini dan kalian bebas menggunakan bilik di hotel ini jika mahu" ucap Sooyoung penuh makna.

Sedang mereka asyik bersuka ria tiba-tiba Yuri ternampak sosok yang begitu dikenalinya. Bola matanya terbuka luas hampir terkeluar melihat pasangan itu saling bercumbu. Ya, itu sosok kekasihnya Victoria yang sedang dibuai asmara bersama seorang namja. Bukan hanya Yuri malah sahabatnya yang lain juga melihat. Matanya merah menahan amarah yang sedang membara dan ia berjalan kearah pasangan tersebut. Tanpa banyak bicara terus si namja yang sedang bermesra dengan kekasihnya itu dihadiahi penumbuk padu. Si yeoja menjerit nyaring mengakibatkan suasana kacau. Pertengkaran berlaku diantara Yuri dan si namja. Akhirnya mereka ditenangkan oleh pihak keselamatan kelab serta sahabat mereka.

Kini mereka bertiga sedang menenangkan Yuri dari terus bertingkah buruk. Ia meneguk wine terus dari botol tanpa menggunakan gelas sehingga habis. Soo, Tae dan Hyo tidak melarang kerana mereka tahu Yuri mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap alkohol jadi ia tidak mudah mabuk.

"Kalian pulang lah. Tidak perlu bimbang aku akan pulang selepas ini habis" ucap Yuri mengangkat botol wine ke-4.

"Kau pasti Yul? Bagaimana kau mahu pulang kau sudah banyak minum. Aku hantar saja ya." Ucap Sooyoung kerana Taeyeon dan Hyoyeon telah pulang 30 minit yang lalu.

"Pulang lah Soo, Sunny pasti sedang menunggumu. Aku tidak apa-apa. Pergi sana." Halau Yuri. Antara mereka berempat hanya Yuri yang masih belum berkahwin. Ia masih menunggu jawapan dari sang kekasih namun hari ini ia mendapatkan jawapannya.

"Nae... Nah ambil kunci ni. Kau menginap saja di suite room milikku di tingkat 3. Keretamu esok pagi aku hantar ke sini semula. Arraso?" Ucap Sooyoung sambil kunci di letakkan ke dalam poket seluar Yuri.

"Nae arraso!!!" Balas Yuri sedikit terlihat mabuk. Ini yang membuatkan Sooyoung memberikan kunci suite room miliknya di hotel ini lalu membawa kereta Yuri kerana ia bimbang Yuri memandu ketika mabuk.



~~TBC~~

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang