Yuri ketika ini masih berada di dalam ruangan kerjanya di Kwon Holding. Ia memandang ke arah luar jendela yang memaparkan pemandangan indah kota Seoul pada waktu malam. Sebenarnya ia masih memikirkan perkara yang berlaku padanya akhir-akhir ini. Senyuman terukir dibibirnya ketika ia mengingat kembali kejadian di hospital 3 hari lepas. Hatinya menghangat saat bayangan Jessica yang tersenyum manis dan tertawa bermain difikirannya. Ia hanya mampu melihat dan mendengar segala perbualan mereka dari jauh kerana Jessica tidak mahu bertemu dengannya. Ia menurut kerana tidak mahu kesihatan Jessica terjejas, itu tidak baik untuk bayi mereka. Tunggu!! Bayi mereka? Yuri menggelengkan kepalanya seketika. Sungguh ia sendiri bingung dengan perasaannya. Aneh, ia tidak pernah merasakan seperti ini. Tiba-tiba saat ia mengelamun, kata-kata sang Appa terlintas difikirannya.
Flashback
"Jelaskan pada Appa, apa yang telah kau lakukan Kwon Yuri?" Soal Kwon appa tiba-tiba lalu melemparkan sebuah sampul coklat. Wajah sang appa terlihat marah. Yuri yang sedikit terkejut dengan kedatangan sang appa mengerutkan dahi lalu membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya ia melihat isi sampul tersebut yang mengandungi gambar ia menarik Jessica masuk ke suatu bilik. Tidak hanya itu, turut ada gambar Jessica yang keluar dari bilik sambil menangis.
"Appa, aku akan jelaskan." Ucap Yuri sedikit panik, ia khuwatir appanya mengamuk.
"Kau hanya punya 15 minit untuk menjelaskannya bermula sekarang." Balas sang appa tegas. Sengaja ia berbuat begitu kerana ingin melihat kematangan sang anak. Padalah ia telah tahu semuanya. Bahkan identiti Jessica juga ia ketahui dan itu makin menguatkan keinginannya untuk menjadikan yeoja itu sebagai menantunya. Syukur juga sang istri juga menyokong hasratnya.
Kwon Appa menghela nafas panjang apabila Yuri menceritakan segalanya.
"Appa mahu kau bertanggungjawab Yul. Jangan jadi seperti namja tidak berguna. Appa dan eomma tidak pernah mengajarmu menjadi seperti itu." Tegas Kwon Appa.
"Appa juga tidak mahu cucu appa dipersoalkan tentang statusnya dan tidak mempunyai keluarga yang sempurna." Tambahnya lagi.
"Tapi appa, Yul cuba untuk berbicara dengannya namun ia yang tidak mahu berjumpa denganku. Sepertinya ia tidak mahu aku bertanggungjawab." Balas Yuri kerana ia tidak terima Appanya ujar ia tidak berguna.
"Ia terluka Yul. Wajar ia tidak mahu berjumpa denganmu." Bantah Kwon Appa.
"Appa tidak peduli apa pun caranya yang ingin kau guna asalkan Jessica tetap menjadi satu-satunya menantu keluarga Kwon. Jika tidak..." Ujarnya tergantung.
"Jika tidak Appa akan melucut namanu sebagai waris keluarga Kwon." Ujar Kwon Appa tegas.
"Appa!!! Sampai hati appa melakukan itu padaku." Marah Yuri.
"Fikirankan Yul, Appa tidak main-main. Appa beri kau masa hingga hujung bulan ini saja." Ujarnya datar berlalu pergi. Yuri mengusap wajahnya kasar.
Flashback end
***************
"Apa aku keterlaluan berkata begitu chagi?" Soal Kwon Appa. Ketika ini ia sedang minum petang bersama Kwon Eomma di halaman belakang rumah mereka. Ia menceritakan kepada Kwon Eomma tentang apa yang ia katakan kepada anak tunggal kesayangan mereka.
"Tidak yeobo. Apa yang kau katakan itu benar. Jika kau tidak mengancamnya pasti Yul masih berdiam. Lihat saja sampai saat ini ia tidak pulang menjelaskan apa yang telah terjadi kepada kita. Mujur kau mengetahui perkara ini, jika tidak pasti kita tidak akan tahu tentang kewujudan cucu kita." Balas Kwon Eomma menghela nafas kesal terhadap sikap anaknya.
"Terkadang aku sedih yeobo, hubungan kita dengannya renggang gara-gara tidak merestui hubungannya dengan Victoria. Hatiku sakit bila mengingatkan ia jauh lebih memilih yeoja asing lebih dariku." Tambah Kwon Eomma sebak. Jelas terlihat ia terasa hati dengan sikap sang anak. Kwon Appa mengusap bahu istrinya agar ia tenang kerana ia tahu istrinya sedikit terluka dengan sikap buruk Yuri.
"Jessica itu anak yang baik. Aku telah menyiasat latar belakangnya tambahan pula ia anak asuh Choi Siwon sahabatku. Jadi aku yakin ini adalah pilihan yang terbaik untuk Yuri." Terang Kwon Appa.
"Iya, aku juga berharap ini adalah yang terbaik. Aku juga berharap agar hubungan kita kembali seperti sedia kala. Aku amat merindui Yuriku yang nakal dan manja." Ujar Kwon Eomma pula.
Tanpa mereka sedari sebenarnya Yuri mendengar percakapan mereka. Hatinya sebak mendengar luahan hati sang eomma. Ia merasa berdosa kerana telah menyakiti hati ibunya hanya kerana kekasihnya. Kekasih yang curang dibelakangnya, padahal hal itu sering diberitahu oleh orang tuanya, namun ia jauh lebih mempercayai Victoria ketika itu. Hari ini ia pulang untuk mempersoalkan kata-kata sang appa tempoh hari. Ia mendekatkan diri ke arah Kwon Appa dan Eomma.
"Mianhae eomma, appa..Hikss..hikkk.. Mianhae..." Ujarnya lalu bersimpuh dihadapan eommanya.
"Waeya? Aigoo... Yuri wae?" Tanya Kwon Eomma panik kerana tiba-tiba saja Yuri muncul sambil menangis begitu juga Kwon Appa.
"Mianhae kerana selama ini telah melukakan hati kalian. Jinjja mianhae, Yul janji akan mengikuti segala kemahuan appa dan eomma." Ujarnya penuh kekesalan. Kwon Appa dan Eomma tersenyum melihat tingkah anak mereka yang satu ini. Mereka amat merindui anak mereka yang lucu, manja, penyayang dan nakal.
"Katakan saja eomma, appa. Yul janji akan lakukan apa pun buat kalian." Tambahnya lagi.
"Benar kamu akan mengabulkan segala permintaan kami?" Tanya Kwon Eomma lalu mendapat anggukkan dari Yuri.
"Pergilah pujuk Jessica lalu ajaknya untuk menikah. Berikan anak kalian status yang jelas. Ingat Yul, appa tidak main-main dengan ucapan appa kemarin." Ujar Kwon Appa.
"Benar kata appa. Bawa menantu dan cucu eomma. Itu saja permintaan kami." Tambah Kwon Eomma pula. Yuri tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
~~TBC~~
Aku janji up 1 lagi chapter jika tembus 10 vote. Jika tidak kita jumpa minggu hadapan ya guys 😘.GS_01/02/21
KAMU SEDANG MEMBACA
WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)
Fanfiction"Maafkan aku...maafkan aku...Aku janji tidak akan menyakitimu lagi. Kembali lah kepadaku." ~ Yuri/Yul "Aku pergi...pergi jauh darimu dan aku mengembalikan segalanya namun tidak dengan bayiku kerana kau tidak menginginkannya." ~ Jessica Start : 24/01...