13

454 47 0
                                    

Jessica masih membelai wajah tampan Yuri sehingga ia tidak menyedari bahawa namja itu telah sedar. Sebenarnya Yuri tersedar kerana ia merasakan ada sesuatu di wajahnya. Saat membuka mata, ia mendapati ada tangan lembut yang sedang mengelus pipinya. Ia membuka matanya lebih luas lalu mata mereka menatap antara satu sama lain. Mata Jessica terus membulat terkejut saat ia menyedari bahawa Yuri telah sedar. Terus ia menarik tangannya dari wajah Yuri lalu duduk membelakanginya.

Ia meletakkan tapak tangan kanannya yang mengelus wajah Yuri ke dadanya yang berdegup kencang. Manakala tangan kirinya mengelus perut datarnya. Ia takut Yuri memarahinya kerana telah melukai namja itu, tapi masih berani mengelus wajahnya saat namja itu tidak sedar. Yuri bangun lalu duduk disebelah Jessica yang duduk di pinggir katil.

"Wae? Apa perutmu sakit?" Tanya Yuri saat ia melihat Jessica memegang perut. Jessica menundukkan wajahnya, ia masih berdiam kerana takut.

"Mianhae...jinjja mianhae...hiks.." Balas Jessica mula menangis. Hormannya kini benar-benar membuatnya mudah sedih. Yuri semakin panik mendengar ucapan dan tangisan Jessica.

"Wae..wae kau minta maaf padaku. Aku yang salah jadi aku yang harus meminta maaf." Ujar Yuri memujuk Jessica.

"Anni, mianhae telah menyebabkan dahimu terluka." Balas Jessica menghapus air matanya lalu ia mengusap luka di dahi Yuri.

"Aahhh...aku memang layak dapatkan ini. Ini hanya sedikit dibanding apa yang telah aku lakukan padamu." Jawabnya lalu turut mengusap dahinya yang telah tertampal plaster. Jessica sedikit lega mendengar ucapan Yuri.

"Sica-ahh, mianhae. Jinjja mianhae kerana telah menghancurkan masa depanmu." Ucapnya lagi lalu mengenggam tangan Jessica erat.

"Gwenchana Yul. Semuanya telah terjadi. Tiada apa yang dapat mengubahnya lagi." Balas Jessica tersenyum tipis.

"Biar aku jelaskan kenapa aku mabuk sehingga kau menjadi mangsa." Ujar Yuri lalu menceritakan segala tentang dirinya dan sang kekasih, Victoria.

"Jangan kau ulangi lagi Yul. Cukup hanya aku yang menjadi mangsamu. Mabuk tidak akan menyelesaikan masalah, jadikan ini sebagai pengajaran untukmu." Ujar Jessica setelah Yuri mengakhiri ceritanya.

"Pulang Yul. Aku sudah memaafkanmu. Aku tidak akan menuntutmu." Tambahnya lagi.

"Tentang bayi ini aku akan membesarkannya dan aku janji ia tidak akan mengganggumu. Aku akan pergi dari sini" Ujarnya lagi lalu mengusap perutnya.

"Andwae... jangan pergi Sica. Aku benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi." Ucap Yuri lalu melutut di hadapan Jessica. Mata Jessica membulat melihat kelakuan Yuri.

"Aap..apa yang kau lakukan Yul?" Tanya Jessica gugup.

"Ayuh menikah denganku Sica-ahh. Aku akan bertanggungjawab. Bayi itu juga adalah anakku, jadi mari kita membesarkannya bersama." Ujarnya tegas sambil memegang tangan Jessica.

"Berikan aku masa untuk memikirkannya. Menikah bukan perkara kecil Yul." Balas Jessica.

"Baiklah 2 hari lagi aku akan ke sini untuk mendengar jawapan darimu." Kata Yuri lalu suasana sepi kerana keduanya berasa canggung.

"Apa kau sudah makan?" Tanya Yuri memecah kesunyian.

"Belum, aku tiada selera untuk makan kerana mual." Balas Jessica.

"Jakamman... " Ujar Yuri lalu keluar dari bilik tersebut. Jessica memandang bingung dengan kelakuan Yuri.

"Kajja, makan bersama aku. Lalu setelah itu minum susunya." Suara Yuri kembali kedengaran setelah hampir 30 minit namja itu menghilang. Ia kembali sambil membawa makanan dan segelas susu.

"Anni, baunya saja sudah membuat kutipan mual apalagi jika minum." Ujar Jessica menahan mulutnya kerana berasa mual melihat susu tersebut.

"Baiklah jika begitu makan bubur ini ya, aku buatkan khusus untukmu." Ujar Yuri sambil mempamerkan senyuman manisnya. Jessica yang tidak mahu mengecewakan Yuri akhirnya mengangguk akur. Ia cuba menahan rasa mualnya saat ini.

"Gwenchana Yul, biar aku makan sendiri." Ujar Jessica saat ia melihat Yuri ingin menyuapnya makan.

"Gomawo Yul, masakanmu sangat enak." Ujar Jessica tersenyum puas kerana ia sungguh kenyang. Anehnya ia makan dengan lahap sehingga habis semangkuk bubur yang dibuat oleh Yuri padahal aroma bubur tersebut sedikit memualkannya. Senyuman terukir di wajah tampan Yuri kerana ia berasa senang dengan ucapan Jessica.

"Aku pulang dulu. Jika ada apa-apa maklumkan padaku ya. Aku sudah menambah nombor telefonku di dalam senarai panggilanmu." Ujar Yuri lalu keluar dari bilik Jessica. Saat ia tiba di ruang tamu, Sooyoung dan Sunny memandang ke arahnya.

"Sudah selesai Yul?" Tanya Sunny.

"Apa otakmu mengalami gegaran sehingga kau berkelakuan begini?" Tanya Sooyoung datar.

"Aigoo, yeobo-ah. Apa kau mahu Yul benar-benar mengalaminya?" Tegur Sunny kesal pada suaminya.

"Aku janji Soo, aku akan bertanggungjawab." Terang Yuri.

"Tanggungjawab dengan nikah kontrak? Begitu Yul?" Balas Sooyoung sinis sengaja menguji sahabatnya. Padahal mereka berdua tahu apa yang terjadi kerana mereka memasang telinga di hadapan pintu bilik Jessica.

"Anni... Sungguh aku tidak bermaksud begitu Soo. Aku tidak akan melakukannya. Jinjja." Terang Yuri bersungguh-sungguh. Yuri menunduk lalu menghela nafas berat. Ia tahu pasti sulit untuk Sooyoung percaya setelah apa yang ia katakan.

"Gomawo Yul. Jinjja gomawo kerana tidak menjadi namja bajingan. Mianhae kerana telah berkasar padamu." Ujar Sooyoung lalu merangkul Yuri kedalam pelukannya. Yuri sesaat terkejut dengan tindakan sahabatnya lalu ia turut membalas pelukan tersebut.

"Jadi bagaimana dengan luka di dahimu Yul." Tanya Sunny merenggangkan pelukan dua sahabat itu.

"Aahh... Okey saja." Jawab Yuri.

"Aku harap lukanya tidak meninggalkan bekas jika tidak habis wajah tampanku." Tambahnya lagi. Pasangan SooSun hanya mampu memutarkan mata mendengar ucapan Yuri. Sebelum pulang ia juga memberitahu bahawa lagi 2 hari ia akan kemari lagi bersama keluarganya.



~~TBC~~
Seperti yang dijanjikan..terima kasih ya buat kalian yang mau membaca dan vote ceritaku..See u next week guys 😘
GS_05/02/21

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang