25

371 30 0
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak Jessica mengetahui punca utama yang membuatkan Yuri mahu menikahinya. Awalnya ia ingin menjauhkan diri namun demi anaknya ia cuba untuk melupakannya. Hormon kehamilannya juga mempengaruhi keputusannya. Ada ketika ia kesal,marah, manja dan sedih pada Yuri. Terkadang anaknya juga tidak memberikan kerjasama. Semakin ia cuba menjauhkan diri dari Yuri, nafsu makannya menurun dengan mendadak. Malah ia mengalami morning sickness teruk, ia hanya boleh makan jika Yuri berada dekat dengannya. Seperti pagi tadi, ia terus muntah tidak henti kerana hari ini Yuri pergi lebih awal menghadiri mesyuarat penting.

"Aegy-ahh, mommy harus makan agar kau bisa sihat tapi kenapa hari ini kau berulah sekali?" Ujarnya kepada kandungannya. Tubuhnya lelah dan lemah kerana sering muntah tiap kali ia makan. Ia berbaring dan berniat untuk tidur agar tubuhnya kembali segar nanti.

"Sica...sica-ahh..." Jessica membuka matanya saat ia merasakan tubuhnya di tepuk lembut. Saat matanya terbuka ia melihat sang suami tersenyum manis padanya.

"Seobang, kau sudah pulang? Jam berapa sekarang?" Tanyanya sambil ia menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

"Nde aku sudah pulang dan jam sekarang 3 petang." Jawab Yuri sambil membetulkan rambut kusut Jessica dengan sayang.

"Awal sekali kau pulang hari ini. Waeyo?" Tanyanya lalu menahan tangan Yuri dari terus mengusap rambutnya. Bukan tidak suka tetapi jantungnya berdegup dengan sangat kencang apatah lagi jarak mereka sangat dekat ketika ini.

"Wae? Aku pulang kerana aku khuatir tentangmu. Kang Imo menelefonku mengatakan kau tidak bisa makan hari ini kerana terus muntah." Jawab Yuri. Kang Imo merupakan pembantu rumah yang ditugaskan oleh Kwon Eomma untuk membantu menantunya melakukan kerja rumah. Tetapi Jessica meminta Kang Imo hanya untuk mengemas lalu ia sudah boleh pulang.

"Ermm, anakmu berulah kerana daddynya pergi terlalu awal. Ia marah kerana daddy tidak menemaninya makan." Ujar Jessica sambil mengusap perut buncitnya. Seketika ia seakan lupa dengan apa yang telah terjadi.

"Aigoo, aegy-ahh kenapa kau nakal sekali eoh? Kasihan mommy pasti penat asyik muntah saja. Jadi mari kita makan bersama. Daddy masak sesuatu buat kalian." Ujar Yuri di hadapan perut Jessica.

"Kau memasak? Jinjja?" Ujar Jessica tidak percaya kerana ini pertama kali Yuri memasak untuk mereka.

"Wae? Kau tidak percaya aku bisa memasak. Akanku pastikan masakanku membuatmu semakin merinduiku." Goda Yuri sambil mengenyit mata.

"Kajja kita makan." Ajaknya sambil membantu Jessica bangun. Mereka turun ke ruang makan bersama dan saat memasuki ruang makan, bau enak membuatkan perut Jessica terasa lapar.

"Kau masak apa Seobang-ahh." Tanya Jessica setelah ia duduk di meja makan.

"Aku membuat kimchi jigae. Tiba-tiba aku terasa ingin makannya." Ujar Yuri sambil menyajikan makanan kepada Jessica.

"Woahh...baunya membuat perutku lapar." Ujarnya mulai mencicip sup.

"Mahsitssoyo." Tambahnya lagi lalu makan dengan penuh semangat. Sehari ini makanan yang ia makan sering ia muntahkan kembali jadi ini membuatkan ia makan sedikit gelojoh.

"Perlahan-lahan makannya, masih banyak lagi." Ujar Yuri tersenyum melihat keletah istrinya. Hatinya gembira melihat Jessica makan masakannya dengan sangat berselera. Ia merasa segala penat lelahnya hilang melihat wajah cantik sang istri ketika ini.

********************

Begini lah hubungan pasangan Yulsic kerana mereka berdua saling tidak mahu mengungkap perasaan. Bagi Yuri segala perhatian yang ia berikan pada Jessica itu menunjukkan bahawa ia mulai mencintai yeoja yang telah bergelar istrinya itu. Tetapi bagi Jessica pula perbuatan tidak mencukupi, ia mahu mendengar ungkapan cinta. Tambahan pula setelah ia mendengar perbualan sang suami dan mertuanya tempoh hari.

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang