27

346 27 0
                                    

"Hari ini juga kau tidak masuk Yul? Tapi kita ada meeting penting bersama klien dari US." Ujar Taeyeon melalui telefon pintarnya.

"............."

"Nde. Aku akan mewakilimu. Tapi sekiranya mereka masih mahu kau sendiri yang hadir, aku harap kau mengerti." Balasnya lagi.

"............."

"Arraso. Kau jangan lupa makan Yul. Jika kau sakit bagaimana kau mahu mencarinya." Pesannya penuh prihatin. Panggilannya tamat bersama helaan nafas beratnya.

"Yul tidak masuk lagi hari ini Boo?" Tanya Tiffany memandang sang suami. Gelengan kesal dari Taeyeon ia dapatkan sebagai jawapannya.

"Eoh. Katanya ia masih mahu mencari Jessica lagi. Apa kita beritahu saja kepadanya? Aku kasihan melihat Yuri seperti itu." Ujar Taeyeon mendudukkan dirinya di kerusi kebesarannya. Sudah 2 minggu Jessica menghilang dari hidup Yuri. Malah selama itu juga ia terus mencari Jessica tanpa henti sehingga ia mengabaikan kerja dan kesihatannya. Hidup namja itu benar-benar kusut dan tidak teratur.

"Andwae Boo, Jessica masih tidak mahu menemuinya." Jelas Tiffany.

"Tapi sampai bila Fany-ahh. Kau lihat sendiri kondisi Yuri bukan? Bekerja tidak, makan juga tidak teratur. Apa kau tidak kasihan dengannya?" Kesal Taeyeon. Tiffany hanya menunduk kerana ia tahu saat ini Taeyeon mulai marah. Ia juga buntu apa yang harus ia lakukan kerana ini adalah permintaan Jessica sendiri.

Flashback

Tinn...Tinn...

"Jessi???" Jerit Tiffany dari dalam kereta, ia terkejut kerana menemui Jessica sedang berjalan sambil membawa sebuah beg.

"Hikkss...hiksss..Fany-ahh.." Tangis yeoja itu sambil memeluknya. Terus ia membawa Jessica masuk kereta menuju rumahnya.

"What happened to you? Where you want to go and why you are crying?" Tanya Tiffany setelah ia lihat Jessica kembali tenang. Jessica menceritakan apa yang telah berlaku serta ia juga menceritakan tentang segala ugutan yang ia terima. Tiffany turut menangis bersama Jessica, ia juga memeluk Jessica agar yeoja itu kembali tenang.

"Aku tidak mahu menemuinya lagi Tiff. Hatiku benar-benar terluka dengan apa yang terjadi. Cukup setakat ini saja aku bertahan. Lagi pula ia tidak menginginkanku dan bayi ini." Ujar Jessica.

"Tapi Jessi, aku percaya Yuri tidak seperti itu. Dan aku pasti ia juga menyayangi dan mencintai kau dan anaknya. Yuri itu bukan tipe namja yang mudah menyatakan cinta Jessi. Ia memerlukan masa untuk mengungkapnya, percayalah." Terang Tiffany kerana ia amat mengetahui perangai sang sepupu.

"Andwae. Aku tidak mahu terluka lagi. Biar aku pergi dan sampaikan salam perpisahanku pada yang lain." Ujar Jessica lalu bangkit dari duduknya.

"Mwoo?? Kau mahu ke mana Jessi dengan keadaanmu yang sedang sarat ini? Andwae!! Aku tidak benarkan." Halang Tiffany panik.

"Aku akan kembali ke Iksan. Ke kampung halaman orangtuaku. Kau bisa ke sana jika mahu, alamatnya minta pada Sunny atau Sooyoung." Ujarnya tersenyum. Namun matanya mempamerkan kesedihan.

"Andwae. Aku tidak benarkan. Apa Sunny dan Sooyoung tahu hal ini?" Tanya Tiffany. Jessica hanya menunduk, ia kemari kerana ia tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama pasangan SooSun lagi.

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang