Seoul Hospital....
Kini mereka berlima sedang berdiri dihadadapan pintu bilik rawatan yang didiami Jessica sejak 2 hari lalu. Mereka masih ragu- ragu untuk masuk kerana bimbang emosi Jessica memburuk lagi.
"Biar aku dan Taeyeon masuk dulu. Aku akan cuba berbicara dengannya." Ucap Tiffany memecah kesunyian diantara mereka. Mereka berdua masuk lalu menutup pintu bilik tersebut.
"Jessi..." Panggil Tiffany lembut saat ia melihat sahabat kesayangannya itu. Jessica yang sedang mengelamun tidak menyedari kehadiran Tiffany dan Taeyeon ke dalam biliknya. Ia memandang ke luar jendela biliknya, tatapan matanya kosong namun terlihat jelas kesedihan diwajah cantiknya.
"How are you Jessi?" Tanya Tiffany meletakkan tangannya di atas bahu Jessica. Jessica yang menyedari kehadiran Tiffany menatapnya lalu matanya mulai berair. Tanpa kata terus Tiffany membawa tubuh lemah Jessica ke dalam pelukannya.
"Tiff...hiks..hikkss... Apa yang harus aku lakukan. Aku buntu Tiff." Ujar Jessica mulai terisak di dalam pelukan Tiffany.
"Uljima, aku sentiasa bersamamu. Bukan hanya aku malah suamiku Taeyeon dan yang lain juga bersamamu." Ujarnya sambil memperkenalkan Taeyeon kepada Jessica.
"Aku tidak mahu anak ini Tiff. Ia hadir tanpa kerelaanku, aku tidak mahu." Ujar Jessica yang membuatkan Tiffany terkejut. Setahunya Jessica menyukai anak-anak kecil, ini bermaksud ia begitu tertekan dengan masalah ini.
"Andwae Jessi. Jangan berkata seperti itu. Apa kau sanggup membunuh darah dagingmu sendiri?" Soal Tiffany lembut, ia cuba menasihat Jessica.
"Walaupun ayahnya tidak kau kenali namun ia masih mempunyai darah sama denganmu malah ia tumbuh dalam tubuhmu Jessi. Dengarkan aku Jessi, diluar sana masih ramai wanita yang ingin memiliki anak tapi tidak diizinkan Tuhan. Tapi kau diberi kepercayaan itu tanpa meminta, kau seharusnya bersyukur dan menjaganya." Kata Tiffany lagi. Jessica hanya diam dan cuba mencerna kata-kata Tiffany.
"Kau mahu sekiranya kau membuangnya lalu suatu saatnya kau menikah, kau harus menunggu lama untuk memilikinya lagi. Atau mungkin juga kau tidak akan pernah memilikinya kerana kesalahan yang kau lakukan. Jangan khawatir kau masih punya aku yang selalu menyokongmu." Tambahnya lagi. Taeyeon hanya diam dan memerhatikan tingkah laku istrinya yang mengagumkan. Ia tidak menyangka Tiffanynya sematang ini, ia berasa bangga. Ini membuatkan ia semakin jatuh cinta lagi dan lagi dengan Tiffany.
"Benar Sica-ahh. Lihat aku, aku sudah menikah dengan Soo hampir 2 tahun tapi kami masih belum memiliki anak. Tapi kau bertuah Sica kerana memperolehinya hanya cara ia hadir yang salah. Tapi kita boleh memperbaikinya." Sunny yang baru masuk bersama Sooyoung juga menambah.
"Benar apa yang Tiffany dan Sunny katakan. Fikirkan sebaiknya, anak itu tidak bersalah Sica. Aku juga ada bersamamu." Ujar Taeyeon mempamerkan senyuman hangat untuk Jessica.
***********************
Sudah 3 hari Jessica dibenarkan pulang dari hospital, namun hingga kini Yuri masih belum menemuinya. Tiffany dan Taeyeon telah menceritakan apa yang telah mereka lakukan kepada Yuri ketika ia di hospital. Hari ini 2 pasangan suami istri yang kini menjadi sahabatnya datang melawatnya di rumah SooSun.
"Annyeong everybody." Ucap Hyoyeon ketika ia masuk ke bilik Jessica.
"Hello beauty, Hyoyeon oppa is here." Ujarnya lagi masih berbahasa englishnya. Kemarin ia dan Seohyun tidak dapat melawat Jessica di hospital kerana ada hal penting.
"Aigoo Hyo-ahh, Jessica boleh dan faham dengan bahasa Korea. Aiishh..aku ingin muntah mendengar bahasa englishmu." Ujar Sooyoung cuba menceriakan suasana. Mereka tertawa melihat reaksi kesal Hyoyeon malah Jessica juga tersenyum tipis.
"Yahh...kalian berdua ini seperti anak kecil saja. Ingat usia kalian jadi tidak sesuai bertingkah seperti anak-anak kecil." Ujar Taeyeon. Namun Hyoyeon tersenyum mengejek.
"Ya aku sedar usiaku malah orang juga tahu lihat saja ketinggian serta wajah matangku tidak sepertimu Tae. Biarpun usiamu boleh dikatakan tua namun ketinggian dan wajahmu masih sama seperti kau berusia 17 tahun." Ejek Hyo merendahkan Taeyeon.
"Benar katamu Hyo, ini aku suka. Haahahah.." Ujar Sooyoung tidak dapat menahan tawa. Mereka semua tertawa lepas dan kali ini senyuman manis serta gelengan kecil terpamer diwajah cantik Jessica. Taeyeon melihat itu lalu berkata..
"Yeppeuda...kau harus sentiasa tersenyum Sica-ahh. Kau cantik saat tersenyum." Ucapan itu membuatkan Jessica tersenyum malu. Ia malu kerana Taeyeon merupakan suami sahabat baiknya dan ia khawatir Tiffany cemburu.
"Namun tetap saja Fanyku jauh lebih cantik dan manis." Tambahnya lagi.
"Yahhh..kau bermanis mulut dengan sahabatku lalu saat menyedari keberadaanku, kau bersikap manis pula padaku huh?" Katanya sambil mencubit telinga Taeyeon. Ia sama sekali tidak cemburu kerana ia tahu suaminya hanya ingin menghiburkan Jessica.
"Auhh...auuhh mianhae chagiya. Aku hanya bergurau sayang. I swear..aahh." Jerit Taeyeon menahan sakit.
"Hahahahahahah." Mereka semua ketawa besar melihat tingkah laku pasangan TaeNy itu malah Jessica juga turut ketawa. Mereka bergurau senda sehingga tidak menyedari hari telah petang. Kini Jessica sudah dapat menerima hakikat tentang keadaannya hanya saja ia masih sedikit trauma untuk bertemu Yuri. Malah ia menghalau Yuri yang ingin bertemu dengannya ketika para sahabat yang lain datang melawatnya kemarin.
Ia sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa memberinya semangat dan sokongan. Jika tiada mereka pasti ia masih terperuk dengan kejadian itu. Entah mengapa hatinya terasa kosong dan tiba-tiba ia teringat akan namja yang telah menyebabkan ia seperti ini. Ia tidak senang duduk kerana wajah Yuri bermain difikirannya.
"Aegy wae? Apa kau ingin melihat daddy? Sabar ya mommy belum sedia untuk bertemu daddy." Ucapnya sambil mengelus perut datarnya.
~~TBC~~
Jumpa sabtu atau ahad depan pula ya guys...terimakasih vote dan komennya 😘
GS_30/01/21
KAMU SEDANG MEMBACA
WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)
Fanfiction"Maafkan aku...maafkan aku...Aku janji tidak akan menyakitimu lagi. Kembali lah kepadaku." ~ Yuri/Yul "Aku pergi...pergi jauh darimu dan aku mengembalikan segalanya namun tidak dengan bayiku kerana kau tidak menginginkannya." ~ Jessica Start : 24/01...