"Bagaimana Tae? Tolong aku cari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Aku tidak sanggup melihat dongsaengku tertekan seperti ini Tae." Ujar Sooyoung kepada Taeyeon. Mereka berada di cafe favourite mereka yang juga merupakan salah satu milik Taeyeon. Bukan hanya berdua saja malah kini ada Tiffany, Sunny, Hyoyeon dan Seohyun bersama mencari jalan keluar bagi masalah antara Yuri dan Jessica.
"Aigoo...Bukan hanya kau saja yang buntu Soo, aku juga tidak tahu bagaimana lagi." Balas Taeyeon menghela nafas.
"Bagaimana dengan keadaan Jessi sekarang?" Tiffany mengalih bicara.
"Sedikit baik tapi tetap saja ia menangis meratapi nasib malangnya. Ia hampir menjadi pembunuh jika tidak kami halang." Ujar Sunny.
Flashback
Sooyoung dan Sunny kini menunggu di hadapan bilik rawatan di Hospital Seoul. Jessica jatuh pengsan ketika Sunnya meninggalkannya untuk berehat. Bunyi pecahan kaca yang menyedarkan Sooyoung dan Sunny terhadap keadaan Jessica lalu dengan pantas mereka membawanya ke hospital. Kini keduanya sedang menunggu doktor yang merawat Jessica keluar dari bilik rawatan.
"Bagaimana keadaan dongsaeng saya doktor?" Tanya Sooyoung sebaik saja doktor keluar. Doktor menjelaskan keadaan Jessica kepada mereka dan berlalu pergi. Sooyoung terduduk, manakala Sunny cuba memenangkan suaminya dari rasa terkejut. Ia juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh doktor. Ia juga khawatir dengan reaksi Jessica jika ia tahu tentang perkara ini nanti. Hampir 30 minit menenangkan diri, akhirnya mereka masuk untuk menemui Jessica. Ia sedar dari pengsan 10 minit selepas pasangan SooSun masuk.
"Sunny-ahh..waeya? Wae aku disini? Aku baik-baik sajakan?" Tanya Jessica.
"Nae...kau baik-baik hanya saja kau pengsan tadi. Kami khawatir jadi terus bawa kau ke sini." Balas Sunny tersenyum tipis. Sooyoung hanya berdiam diri, ia memikirkan cara untuk memberitahu Jessica tentang keadaannya. -Semoga kau dapat menerimanya- batin Sooyoung berkata.
"Sica-ahh, kau tahu kenapa kau pengsan?" Tanya Sooyoung berhati-hati. Jessica mengerutkan dahinya.
"Wae? Apa kata doktor Soo? Apa aku mengalami penyakit berbahaya?" Tanya Jessica pula.
"Kau..kau..hamil Sica.." Ucap Sooyoung perlahan. Suasana di bilik rawatan tersebut menjadi hening. Airmata mulai terlihat di mata sendu Jessica.
"Andwae!!! Andwae!!! Kau berbohong. Katakan kau bohong Soo!!!" Jerit Jessica menangis lalu ia memukul perutnya berkali-kali.
"Haljima Sica-ahh. Kau bisa melukainya." Tegah Sunny menghalang tangan Jessica dari terus memukul perutnya. Sooyoung juga membantu, ia dan istrinya memeluk Jessica lalu menangis bersama.
"Aku tak mahu. Aku akan menggugurkannya!! Aku tidak mahu!!!" Teriak Jessica, ia memukul perutnya dengan keras berharap ia kehilangan bayi itu. Sooyoung menghalang, manakala Sunny memanggil doktor dan perawat. Mereka menyuntik ubat penenang kepada Jessica. Akhirnya ia terlelap.
Flashback end
"Apa Yul sudah tahu tentang hal ini?" Tanya Tiffany kepada pasangan SooSun. Sunny menghela nafas berat manakala Sooyoung pula menggeleng.
"Aku pernah bicara dengannya jika hal in berlaku. Ia akan bertanggungjawab." Kata Sooyoung.
"Bagus lah ini bermakna Yul oppa tidak lari dari kesalahannya." Ujar Seohyun lega.
"Tapi ia hanya akan bertanggungjawab sehingga anak itu lahir. Kemudiannya ia mahu mereka berpisah dan hak si anak milik si ayah." Terang Sunny. Mereka yang mendengar terkejut terutama Tiffany.
"Jinjja Yul berkata begitu Soo?" Tiffany meminta kepastian. Ia tidak menyangka sepupunya itu akan berkata seperti itu. Sooyung mengangguk membenarkan pertanyaan Tiffany.
"Kajja, aku akan membuat perhitungan dengan si Kwon pado itu. Boo, take me to his office N.O.W!!!" Perintah Tiffany kepada suaminya Taeyeon. Semua yang mendengar ucapan Tiffany menunjukkan reaksi panik. Mereka bimbang Hellfany muncul kerana jika itu berlaku makanya mereka semua dalam masalah. Tiada siapa yang mampu melawan jika Tiffany berubah menjadi Hellfany bahkan Taeyeon juga tidak mampu.
"Jangan khawatir, aku tidak akan membunuhnya dan mempunyai idea yang bagus. Jika kalian mahu tahu, palli bawaku padanya." Ujarnya lagi saat melihat wajah panik sahabat serta suaminya.
Di Kwon Holding.
"Masuk dan katakan padanya tentang keadaan Jessica. Aku dan yang lain akan mendengar dari balik pintu. Tepat masanya akanku mulakan rancangannya." Arah Tiffany kepada Sooyoung. Sebelum masuk, Soo menarik dan menghembus nafas panjang.
"Yul kita harus berbicara sekarang. Ada hal yang sangat penting harusku sampaikan."
"Apa lagi Soo. Hari ini aku sedikit sibuk kerana client dari China akan membuat lawatan ke sini 2 hari lagi." Ujar Yuri tidak menatap sahabatnya. Mata dan tangannya masih fokus mengetik komputer.
"Jessica hamil Yul." Ujar Sooyoung lalu dapat dilihat Yuri terkaku terus ia berhenti mengetik.
"Be...benarrkah aa..apaa yang kau katakan?" Tanya Yuri sedikit gagap. Kini ia menatap tajam kearah Sooyoung. Ia lantas bangun dan memegang bahu Sooyoung. Ini bermakna ia harus menunaikan janji yang telah ia ucapankan.
"Andwae..andwae..kau bohong. Yaa, mana mungkin semudah itu. Andwae aku tidak mahu!!!" Jerit Yuri. Matanya memerah seperti sedang menahan marah manakala Sooyoung pula berdesah kesal. Ia tahu pasti hal ini akan terjadi. Benarlah selama ini ia salah menilai sahabatnya. Nyatanya sahabatnya ini sama saja seperti namja-namja bajingan diluar sana.
"Anni Yul. Aku tidak berbohong. Kalau kau tidak percaya mari ikut denganku. Aku akan membuktikannya padamu." Balas Sooyoung menahan kekesalannya. Matanya juga merah, jika ia tidak ingat Tiffany yang punya rancangan tersendiri sudah pasti Yuri sekali lagi dihabiskan olehnya.
"Kajja, kita masuk. Tapi belumnya mianhae Boo." Ucap Tiffany kepada suaminya.
"Yahh..wae..wae. Wae Fany-ah?" Tanya Taeyeon kebingungan.
~~TBC~~
GS_26/01/21
KAMU SEDANG MEMBACA
WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)
Fanfiction"Maafkan aku...maafkan aku...Aku janji tidak akan menyakitimu lagi. Kembali lah kepadaku." ~ Yuri/Yul "Aku pergi...pergi jauh darimu dan aku mengembalikan segalanya namun tidak dengan bayiku kerana kau tidak menginginkannya." ~ Jessica Start : 24/01...