"Mianhae... Jinjja mianhae... Beri aku peluang, aku berjanji akan pergi." Kedengaran ssuara lirih seorang yeoja meminta simpati.
"Huh... Aku telah memberi peringatan padamu sebanyak 2 kali. Tapi kau masih mengabaikannya, jangan kau fikir aku tidak mengetahui perbuatanmu. Gambar-gambar itu juga angkaramu juga. Iya kan?" Balas seorang namja sambil tersenyum sinis.
"Jadi terima akibat atas berbuatan busukmu itu. Ingat ya ini hanya sedikit, masih ada lagi perbuatan burukmu yang akanku bongkarkan jika kau masih berani mencabarku." Tambah namja itu sambil matanya tajam menatap si yeoja.
"Andwae... Andwae... Baik, aku mengalah. Aku berjanji akan pergi secepatnya. Aku mohon jangan merosakkan perkerjaanku Sooyoung-ssi." Pinta si yeoja.
"Bagus. Ini amaranku yang penghabisan Victoria-ssi. Jika masih berlaku, bersiap sedia untuk tidak melihat dunia lagi." Ujar Sooyoung lalu pergi meninggalkan Victoria yang ketakutan dengan ugutannya itu. Sooyoung melakukan hal ini kerna yeoja jahat ini masih menjadi penganggu rumah tangga sahabat serta dongsaeng kesayangannya. Ia sangat marah apabila ia mengetahui bahawa Jessica tiba-tiba hilang.
Flashback
"Aku pulang!!!" Teriak seorang namja saat ia masuk ke dalam rumah. Suasa sedikit sunyi dan gelap ini membuatkan ia pelik kerana setahunya sang istri menunggu kepulangannya. Baru 2 jam yang lalu ia menghubungi sang istri untuk memberitahu bahawa ia akan sampai pada pukul 8 malam ini.
"Sica-ahh.. Aku pulang." Panggilnya sambil membuka lampu agar pandanganya lebih jelas. Sangkanya mungkin sang istri tertidur tapi ternyata rumah ini kosong tanpa penghuni yang ia cari. Yuri mencari di seluruh pelusuk rumah namun nihil, Jessica tidak dapat ditemui. Ia mulai panik terlebih saat membuka almari semua baju Jessica yang dibawa olehnya tiada yang tinggal semuanya baju yang dibeli oleh Yuri dan ia juga menemui sepucuk surat.
Seobang-ahh...,
Anni.. Yuri-ssi... Mianhae kerana selama ini aku telah menyusahkan kehidupan serta hubungan antara kau dan kekasihmu. Aku tahu aku ini bukan siapa bagimu. Aku juga sudah tahu alasan kenapa kau mahu menikahiku. Bukan kerana kau menyayangi 'bayi kita', apa lagi kerana cinta tapi kerana kau takut kehilangan kuasa di syarikatmu. Iya kan? Selama ini aku bertahan demi anakku tapi hari ini aku mengalah. Pasti kau terseksa melakukan semua ini. Aku pergi agar kau bisa kembali memiliki cintamu bersama Victoria. Disini aku juga menolak pemberian Appa iaitu saham yang kemarin kalian bincangkan. Aku tahu kau menikahiku kerana syarat yang diberi Appa. Jadikanlah surat ini sebagai bukti bahawa aku memberi semula saham itu padamu. Saat 'bayi kita' ini lahir nanti akanku kirimkan padamu fotonya. Tapi jika kau tidak mahu, kau bisa membuangnya. Mianhae kerana lancang menyebut 'bayi kita' tapi ini juga anakmu. Jangan khuatir, aku berjanji bahawa anak ini tidak akan pernah meminta atau mengganggu hidupmu lagi. Gumawo atas segala kebaikan yang telah kau lakukan padaku. Sampaikan juga ucapan terima kasihku kepada Appa dan Eomma kerana selama aku menjadi menantu mereka, aku bahagia sekali. Seperti aku kembali mempunyai orang tua yang menyayangi. Aku pergi...
Salam Sayang,
Jessica.Fikirannya kosong setelah selesai membaca surat yang ia temukan di atas meja makan. Air mata mengalir di wajah tampannya. Dadanya pedih dan sebak kerana kini istrinya pergi tanpa kata apatah lagi kini ia mengetahui bahawa apa yang ia dan sang appa bincangkan di dengari Jessica. Sungguh ini salah faham tetapi ia hairan jika istrinya pergi kerana Jessica mendengar perbualannya dan sang Appa pasti Jessica telah pergi seminggu yang lalu. Tapi kenapa baru hari ini Jessica nekad sehingga pergi. Ini pasti kerana hal lain.
"Yul... kau kenapa? Jessicanya mana?" Tanya seseorang mematikan lamunannya.
"Apa yang kalian lakukan di sini Tae?" Tanya Yuri pula sambil menghapus air matanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)
Fanfiction"Maafkan aku...maafkan aku...Aku janji tidak akan menyakitimu lagi. Kembali lah kepadaku." ~ Yuri/Yul "Aku pergi...pergi jauh darimu dan aku mengembalikan segalanya namun tidak dengan bayiku kerana kau tidak menginginkannya." ~ Jessica Start : 24/01...