Saat ini Yuri sudah berada di hadapan pintu rumah milik pasangan SooSun. Ia sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi Jessica dan memujuk yeoja itu menikah dengannya. Iya, ia akan menikahi Jessica untuk kebahagiaan kedua orang tua yang selama ini ia sakiti. Yuri berjanji akan berubah demi menggembirakan Kwon Appa dan Eomma. Hampir 15 minit ia mengelamun akhirnya ia mengetuk pintu di depannya.
Tokk...tokk...tokkk...
"Yul?" Sunny yang membuka pintu itu sedikit terkejut dengan kehadiran Yuri ke rumahnya pagi ini. Lalu mempersilakan ia masuk ke dalam, Sooyoung yang sedang sarapan juga kaget melihat Yuri datang pagi ini.
"Ada apa Yul? Kau sudah sarapan? Jika belum mari makan denganku." Tanya Sooyoung lalu mengajak sahabatnya ke ruang makan.
"Aku sudah makan di rumah tadi. Soo, sebenarnya aku ke sini kerana aku ingin berjumpa dengan Jessica. Boleh?" Tanya Yuri berhati-hati.
"Kenapa kau mahu berjumpa Jessica?" Tanya Sooyoung serius.
"Jika kau kemari hanya kerana ingin menunaikan janjimu ketika itu, aku rasa tidak perlu. Aku masih mampu untuk menanggung kebajikan dongsaengku, tambahan pula ia sekarang terlihat sudah menerima kehadiran anaknya." Tambah Sooyoung tanpa menatap ke arah Yuri sambil makan.
"Anni Sooyoung-ahh. Aku tahu aku salah dan aku akan bertanggungjawab. Aku akan menikah dengannya. Aku mohon Soo untuk berjumpa dengannya." Rayu Yuri. Kini Sooyoung menatapnya tajam. Ia terima segala kelakuan sahabatnya itu asalkan ia dapat menemui Jessica.
"Benarkan saja yeobo. Biarkan mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Pergi lah Yul. Jessica berada di bilik tamu tingkat atas sebelah kanan." Ujar Sunny memberitahu bilik yang didiami Jessica.
"Chagiya!!!" Bantah Sooyoung kerana ia masih belum puas mendengar penjelasan dari Yuri. Sunny hanya menggelengkan kepalanya sambil mengusap lengan sang suami. Sooyoung pasrah lalu membenarkannya. Yuri yang mendapat kebenaran terus menuju ke arah yang telah diberitahu oleh Sunny.
"Aku tahu kau masih marah yeobo. Tapi kau harus tahu mereka juga berbicara dan berbincang." Ujar Sunny lembut kepada Sooyoung.
"Tapi chagi, bagaimana jika kata-katanya nanti melukai Jessica. Kau tahukan Yuri pernah membuat syarat denganku?" Jelas Sooyoung mengenai kekhuwatirannya.
"Aku pasti Yuri tidak bermaksud saat itu, jika benar pasti ia tidak akan kemari untuk bertemu Sica." Terang Sunny pula. Ia yakin Yuri sama sekali tidak bermaksud membuat perjanjian seperti itu. Keadaan ketika itu yang menyebabkan ia berkata seperti itu.
"Kajja, aku berikanmu sarapan istimewa hanya untuk suamiku tercinta." Goda Sunny pada suaminya.
Sementara itu Yuri yang menuju ke bilik Jessica berasa gugup menunggu penghuni bilik itu buka pintu. Ia telah mengetuk pintu bilik Jessica berkali-kali namun tiada jawapan. Ia memberanikan diri membuka pintu, dilihat bilik itu kosong lalu ia masuk. Tiba-tiba...
Cleeekkk...
"AAARRRGGHHH..." Suara jeritan terdengar kuat menggegarkan.
Prannggg...
Sooyoung dan Sunny yang mendengar jeritan dan pecahan kaca itu bergegas naik ke tingkat atas menuju ke bilik Jessica. Mereka berdua terkejut melihat Yuri sudah terlentang di lantai tidak sedarkan diri, malah dahinya mengeluarkan darah.
"Waeya?" Soal pasangan itu bersama. Lalu Sooyoung bergerak pantas mengangkat tubuh Yuri berbaring di atas katil milik Jessica. Sunny pula turun semula untuk mengambil kotak peti kecemasan.
"Apa yang telah berlaku Sica-aah? Bagaimana ia boleh pengsan dan terluka?" Tanya Sunny sambil tangannya membersihkan luka di dahi Yuri. Nafas berat dikeluarkan oleh Jessica lalu ia mula bercerita.
Flashback
Yuri melangkah masuk ke dalam bilik Jessica namun yeoja itu tiada. Baru 3 langkah kakinya masuk ke dalam bilik tersebut, tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Jessica yang baru siap mandi keluar dari bilik mandi menjerit terkejut dengan kehadiran seorang namja di dalam biliknya dan mujur ia sedang memakai bathrobe.
"AARRGGHHH..." Jeritnya lalu dengan cepat ia mencapai sebuah pasu bunga ukuran kecil yang berdekatan dengannya lalu dilemparkan ke arah si namja. Pasu bunga itu tepat mengenai dahi kanan namja itu ia masih terkejut sehingga tidak menyedari bahawa namja itu adalah Yuri. Setelah Yuri pengsan baru ia ketahui kehadirannya.
Flashback end
Sunny yang mendengar penjelasan Jessica menepuk dahinya. Ia lupa memberitahu Yuri bahawa Jessica sedang mandi saat itu. Sooyoung pula menahan ketawa kerana merasa Yuri pantas mendapatkannya namun ia tahan kerana melihat raut bersalah di wajah Jessica. -Siapa suruh kau terjah begitu saja, rasakan Yul- batin Sooyoung tertawa. Jessica turut membantu Sunny membersihkan luka didahi Yuri, sungguh ia berasa bersalah. Matanya mulai merah seperti ingin menangis. Hormon kehamilan membuatnya sedikit emosi.
"Lukanya sudah bersih. Biarkan ia berehat sebentar disini." Ujar Sunny kepada Jessica. Ia dapat melihat pelupuk mata sahabatnya itu terdapat airmata.
"Uljima, Yuri baik-baik saja jangan bimbang." Ucap Sunny menenangkan Jessica.
"Kenapa ia ada di sini?" Tanya Jessica sambil menghapus air matanya.
"Yuri ingin berjumpa denganmu, katanya ada yang ingin ia bicarakan. Kalian berbincang secara baik ya. Ingat anakmu Sica." Jawab Sunny. Jessica mengerti dengan apa yang Sunny cuba sampaikan. Pasangan SooSun itu keluar dari bilik itu, meninggalkan Yuri yang masih belum sedar. Mujur lukanya kecil.
"Aegy-ahh, ini daddymu sayang." Ucapanya perlahan sesekali ia mengelus perut datarnya, namun ia masih memandang wajah tampan Yuri. Sejak kemarin ia sangat ingin menatap wajah Yuri, ia juga pelik. Mungkin bayi dalam kandungan ingin melihat ayahnya.
Jessica tersenyum menatap wajah damai Yuri yang masih sedar sambil mengingati kejadian sebentar tadi. Tiba-tiba dadanya berdegup kencang saat ia terus memandang wajah tampan Yuri. Lalu tanpa sedar ia membawa tangannya mengelus pipi Yuri.
~~TBC~~
Seperti biasa tembus 10 vote aku bakalan up next chapter ya..thanks for reading 🥰
GS_04/02/21
KAMU SEDANG MEMBACA
WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)
Fiksi Penggemar"Maafkan aku...maafkan aku...Aku janji tidak akan menyakitimu lagi. Kembali lah kepadaku." ~ Yuri/Yul "Aku pergi...pergi jauh darimu dan aku mengembalikan segalanya namun tidak dengan bayiku kerana kau tidak menginginkannya." ~ Jessica Start : 24/01...