7

464 44 0
                                    

Hari ini Sooyoung melangkahkan kaki masuk ke gedung perusahaan milik keluarga Yuri iaitu Kwon Holding. Ia berharap agar fikiran sahabatnya itu lebih tenang dan mudah untuk berbincang.

"Annyeonghasayo, apa Yuri ada didalam?" Tanyanya kepada secretary Yuri.

"Ada tuan Choi. Silakan masuk." Ujarnya kerana ia tahu sahabat atasannya ini sering kemari jadi ia tidak perlu memberitahu kepada Yuri.

Tokkk...tokkk...

Yuri yang sedang asyik mengelamun membetulkan kedudukannya lalu memberi kebenaran. Ia menghela nafas ketika wajah Sooyoung di balik pintu ruangan kerjanya.

"Yul. Apa khabar?" Tanya Sooyoung gugup.

"Ermm.. seperti yang kau lihat, cuma kelmarin aku hampir mati dibelasah oleh sahabatku sendiri." Balasnya serta memberi senyuman sinis.

"Mianhae Yul. Aku terlalu emosi. Mianhae." Ucap Sooyoung perlahan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berdepan Yuri.

"Nae...memang kau harus rasa bersalah. Mujur Tae dan Hyo cepat kalau tidak pasti sekarang aku sudah menjadi hantu lalu menghantui hidupmu." Gurau Yuri lalu ketawa. Ia saja ingin menjahili sahabatnya. Ia tahu Sooyoung hanya terpaut emosi ketika itu, jika saja itu terjadi padanya pasti ia juga akan seperti Sooyoung.

"Aigoo, kau menakutkanku Yul. Tapi jujur mianhae kerana telah melukakanmu." Ucapnya.

"Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku bicarakan denganmu. Aku harap kau bisa menerimanya dengan hati yang terbuka." Tambahnya lagi.

Yuri menghela nafas berat, ia tahu apa yang ingin dibicarakan Sooyoung. Ia cuba menenangkan fikirannya.

"Aku rasa aku tahu apa yang ingin kau bicarakan. Sejujurnya aku minta maaf atas apa yang berlaku terhadap Jessica. Tapi mianhae, aku.. aku..." Ujar Yuri sedikit gagap kerana ia khuwatir jawapannya nanti mungkin mengakibatkan penumbuk Sooyoung menjadi hidangan makan tengaharinya.

"Apa kau tidak mahu bertanggungjawab Yul?" Tanya Sooyong.

"Entah lah Soo, aku buntu. Aku tahu aku salah dan kau mahu aku menikahinya kan?" Tanyanya dan Sooyoung menganggukkan kepalanya.

"Tapi Soo aku tidak mencintainya malah kenal saja tidak. Kenapa kau bertegas mahu aku bertanggungjawab Soo?" Tambahnya lagi.

"Aku mohon Yul, Jessica adalah sepupuku seperti kau dan Tiffany jadi mana mungkin aku tidak memohon padamu. Jika ini yang terjadi kepada Tiffany apa kau akan membiarkannya Yul?" Jelas Sooyong. Yuri agak terkejut mendengar kenyataan yang diberitahu oleh Sooyoung. Baru ia tahu kenapa Sooyoung mengamuk seperti orang gila ketika itu.

"Bagaimana jika aku menjamin kehidupannya sebagai tanda penyesalanku Soo? Akan ku berikan ia pekerjaan yang jauh lebih menjamin masa depannya? Aku belum siap untuk berkahwin Soo." Ujar Yuri.

"Tapi bagaiman jika Jessica hamil Yul? Aku mohon Yul fikirkan lagi." Kata Sooyoung.

"Baik la aku berjanji jika ia hamil aku akan menikahinya dengan syarat bagaimana?" Tanya Yuri lagi.

"Apa syaratnya Yul? Katakan, akanku jelaskan nanti kepada Jessica." Desak Sooyoung menggenggam lengan Yuri.

"Syaratnya aku akan menikah kontrak dengannya sehingga anak itu lahir. Bermakna ia dan aku berpisah setelah itu namun hak anak jatuh padaku." Ujar Yuri sedikit kejam.

"Bagaimana Soo? Apa terdengar kejam cadanganku?" Tanya Yuri setelah cadangannya tidak dibalas Sooyoung.

"Iya. Ia kedengaran kejam tapi padaku ia jauh lebih baik dari kau membiarkan dongsaengku. Aku tidak mahu nanti ia dimaki, dihina dan dicerca sekiranya ia hamil. Kau tahu Jessica sempat menyoal padaku kenapa takdir menjadikan ia seperti ini. Katanya apa kerana ia tidak mempunyai orang tua atau kerana ia miskin tidak seperti kita. Bahkan sehingga hari ini, ia sering mengurung diri di dalam bilik dan terus menangis. Aku harap kau pertimbangkan semula syaratmu. Mana mungkin seorang ibu tega meninggalkan anaknya walaupun kehadirannya tidak diingini. Aku harap Jessica tidak hamil jadi tidak mengapa jika kau tidak mahu. Arraso, kita bicara lagi nanti jadi kau jangan khawatir. Baiklah aku pulang dulu. Gomawo sudah mahu berjumpa denganku. Mianhae juga kerana telah memukulmu sehingga kau terluka." Ujar Sooyoung panjang lalu ia keluar dari ruangan tersebut.
Yuri menghela nafas berat sambil meraut wajahnya sebal. Ia merasa simpati mendengar cerita mengenai Jessica. Dan jauh di hati kecilnya berdoa semoga Jessica tidak hamil. Ya semoga saja tidak akan terjadi. Sebenarnya ia juga tidak tega memisahkan seorang ibu dari anaknya namun entah mengapa mulutnya lancang mengatakannya.

Namun sayang Tuhan berkehendak lain tepat 2 bulan setelah kejadian malang itu berlaku tiba-tiba...

"Hoeekk...hoeekk..."

Sudah hampir 30 minit Sunny menemani Jessica di dalam bilik mandi sambil mengusap belakangnya.

"Sica-ah, gwenchanayo?" Tanya Sunny mempamerkan wajah khawatirnya.

"Nan gwenchana Sunny, mungkin perutku masuk angin kerana tadi aku tidak sarapan." Ujar Jessica cuba menenangkan sahabatnya.

"Wajahmu pucat sekali, ayoh kita ke klinik periksa mana tahu mungkin kau keracunan." Pinta Sunny kerana wajah Jessica sangat pucat.

"Gwenchana. Aku tidak apa-apa. Bantu aku kembali ke bilik ya. Kepalaku pusing, jika aku tidur pasti nanti setelah bangun aku akan okey." Ujar Jessica pula. Sunny membantu Jessica kembali berbaring di katil lalu ia keluar mengambil ubat dan memasak bubur. Jessica memang agak sulit untuk makan akhir-akhir ini, ia sering demam.

"Aku pulang. Chagiya..." Panggil Sooyoung.

"Aku ada di dapur yeobo." Jawab Sunny.

"Oowh...bubur? Apa kau sakit?" Soal Sooyoung lalu membawa tangannya ke dahi istrinya.

"Anni. Ini untuk Sica. Ia tidak lalu makan dan asyik muntah dari tadi." Beritahu Sunny. Sooyoung yang mendengar terdiam, jantungnya berdegup kuat memikirkan sesuatu. Ia menggelengkan kepalanya dan kelakuannya diperhatikan oleh Sunny. Belum sempat ia bertanya Sooyoung tiba-tiba...

Prangggg...


~~TBC~~

GS_25/01/21

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang