14

413 42 0
                                    

Tepat 2 hari kemudian seperti yang dijanjikan, Yuri datang kali ini tidak sendiri malah ia turut membawa Kwon Appa dan Kwon Eomma. Kini mereka sedang berbincang di ruang keluarga, pasangan SooSun turut ada di bersama mereka. Orang tua Yuri menjelaskan sebab kedatangan mereka serta memohon kemaafan di atas kelakuan anak kesayangan mereka. Mereka juga memohon agar Yuri dan Jessica di satukan kerana mereka ingin sang cucu mendapat status yang jelas.

"Jessica, eomma mohon maaf bagi pihak Yuri atas kesalahnya. Eomma mengerti perasaanmu dan eomma juga marah dengan kelakuan jahatnya." Ujar Kwon Eomma sambil memeluk Jessica.

"Maafkan kami sayang. Kami gagal mendidiknya. Appa mohon demi anak kalian, menikah lah dengannya." Ujar Kwon Appa pula.

"Eomma tahu kalian tidak saling mencintai. Tapi cinta itu boleh dipupuk sayang." Ujar Kwon Eomma seperti mengetahui isi hati Jessica.

"Boleh benarkan kami berdua berbicara sebentar?" Tanya Jessica setelah ia tahu maksud kedatangan keluarga Kwon. Lalu ia pergi menuju ke halaman belakang rumah di ikuti oleh Yuri.

"Sukar untuk aku membuat keputusan Yul. Apa perlu sehingga ke tahap itu?" Tanya Jessica menatap Yuri.

"Perlu. Kita perlu ke tahap itu kerana masalah ini bukan hanya ada kita berdua tapi juga uri aegy Sica." Ujar Yuri tanpa ragu. Hati Jessica bersorak gembira mendengar ucapan Yuri, namja itu mengakui bayi ini sebagai uri aegy.

"Tapi kita tidak saling mencintai Yul. Bahkan kita sama sekali tidak mengenali. Bagaimana kita mahu hidup sebagai suami istri nantinya?" Tanya Jessica meluahkan rasa hatinya.

Yuri terdiam, ia akuinya bahawa mereka saling tidak mencintai dan mengenali. Namun hatinya tidak tega membiarkan anaknya mempunyai status tidak jelas dimata dunia.

"Bukankah kau bilang pada Sooyoung mahu melakukan pernikahan kontrak? Jika itu mahumu maaf Yul, aku tidak mahu." Tanya Jessica dingin.

"Pernikahan bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan Yul. Aku punya impian untuk memiliki keluarga kecil yang saling mencintai." Ujar Jessica lagi. Sooyoung telah memberitahunya tentang perkara ini setelah namja itu pulang dari pertemuan mereka 2 bulan lalu.

"Anni... Aku juga tidak mahu melakukannya. Pikiranku masih buntu saat itu Sica-ah. Aku juga mempunyai impianku sendiri tentang perkahwinan. Aku juga tidak mampu menjanjikan cinta tapi aku berjanji akan sentiasa menjamin status dirimu dan uri aegy." Kata Yuri pula.

"Kau mahu menikah denganku bukan kerana paksaan atau mungkin kau diugut oleh mereka kan?" Tanya Jessica lagi sedikit ragu. Baginya biarpun pernikahan mereka nanti tanpa cinta, namun ia tidak mahu Yuri melakukannya kerana terpaksa. Yuri terkejut mendengar pertanyaannya Jessica seolah yeoja itu mengetahuinya.

"Awalnya appa memaksaku." Jawab Yuri menundukkan wajahnya lalu menarik nafas panjang. Jessica yang mendengar merasa sedikit kecewa.

"Iya. Awalnya aku terpaksa tapi eomma menasihatiku dan memintaku untuk menjadi namja yang bertanggungjawab. Menyakiti yeoja lain sama seperti menyakitinya. Jadi aku menerima permintaan mereka atas dasar tanggungjawab." Tambahnya lagi.

"Tapi Yul, aku punya banyak kekurangan. Aku hanya pekerja bawahan di sebuah hotel. Malah aku hanya yatim piatu." Ujar Jessica.

"Jadi apa masalahnya dengan semua itu?" Tanya Yuri menaikkan alis matanya hairan.

"Apa keluargamu nanti tidak malu jika ada yang tahu tentangku?" Tanya Jessica.

"Appa mengetahui segala tentangmu tanpa harus aku jelaskan. Eomma pula sangat suka kerana akhirnya ia akan mempunyai temannya untuk berbelanja." Jelas Yuri tersenyum.

"Jika kita berkahwin apa aku perlu untuk melayanimu?" Tanya Jessica menunduk malu. Ia masih trauma untuk melakukan hubungan.

"Aku akan menjalankan tugasku sebagai suami dan bakal daddy yang baik buat kalian. Cukup kau hanya perlu menjaga makan pakaiku dan uri aegy. Mengenai soal lainnya biar masa yang tentukan." Balas Yuri tenang kerana ia faham arah pertanyaan Jessica.

Ia juga tidak akan memaksa Jessica untuk melakukan hubungan suami istri tanpa kerelaan yeoja itu. Cukup hanya sekali ia lakukan kesalahan besar terhadap Jessica.

"Aku juga akan mencuba untuk menjadi istri dan bakal mommy yang baik untuk kau dan uri aegy." Ujar Jessica tersenyum sambil mengusap perut datarnya.

"Jika begitu mari kita cuba untuk belajar saling mencintai. Mungkin awalnya agak sukar tapi sekurangnya kita mencuba." Ujar Yuri tidak putus asa.

"Aku mohon Sica. Izinkan aku untuk menebus segala dosaku padamu. Aku janji tidak akan melukaimu lagi dan aku mohon supaya sentiasa percaya padaku." Tambah Yuri lagi.

"Aku tidak suka dibohongi dan dikhianati Yul. Aku memberikan kepercayaanku padamu. Dan kau juga harus mempercayaiku." Kata Jessica.

"Baik. Aku tidak akan mematahkan kepercayaanmu padaku. Kau perlu tahu bahawa aku adalah namja yang berpegang pada janji." Balas Yuri tersenyum.

"Jadi...Jessica Jung,will you marry me and be the only one Mrs Kwon?" Tanya Yuri berlutut dihadapan  Jessica sambil mempamerkan sebentuk cincin berlian ditangannya. Jessica yang melihat kelakuan Yuri menggigit bibirnya lalu tersenyum malu.

"Yes. I do." Balasnya.

"YEAYYY!!!" Suara orang bersorak milik Kwon Appa dan Eomma serta pasangan SooSun. Sebenarnya sejak awal pasangan Yulsic itu ke halaman belakang, mereka berempat memasang telinga untuk mendengar perbincangan pasangan itu. Kelakuan mereka menyebabkan wajah Jessica merah menahan malu manakala Yuri pula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Baik, kalian akan menikah lagi 2 minggu." Ujar Kwon Appa.

"MMWOO!!!" Jerit mereka yang lain.

"Appa!!! Mana mungkin segala persiapan akan selesai dalam masa 2 minggu saja." Ujar Yuri sedikit tidak setuju dengan keputusan sang appa.

"Majja... kalian jangan bimbang biar eomma dan appa yang uruskan. Aigooo, yeobo akhirnya aku mempunyai teman untuk menghabiskan uang kalian." Ujar Kwon Eomma kegembiraan terus memeluk Jessica. Akhirnya mereka bernafas lega kerana satu masalah telah berjaya diatasi.

~~TBC~~

GS_06/07/21

WONDERFUL LOVE||YULSIC|| ~ (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang