Suatu pagi di istana....
Yuki tidak bangun pagi seperti biasa kerana tidur sedikit lewat pada malam semalam. Walaupun begitu, nasib baik ia adalah hari cuti. Dia tahu dia patut bangun pada pagi itu tetapi dirinya yang lelah itu memaksanya untuk ambil masa yang sedikit lama dari biasa.
Tanpa sedar, seseorang membuka pintunya lalu berjalan mendekati sang remaja berambut putih itu. Dia memandang remaja itu lalu terus saja mencuit pipi Yuki.
"Abang Yuki, bangunlah! Lamanya abang Yuki tidur!"rungut Lily yang cuba kejutkannya dari tidur.
Yuki sama sekali tak mahu bangun & sebaliknya menarik selimut itu sehingga menutupi mukanya. Lily hanya mengeluh sambil mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea lalu tersenyum nakal.
Dia terus saja naik ke atas katil Yuki laku melompat sekuat hatinya agar sang remaja berambut putih itu bangun. Akhirnya, Yuki mengalah & terus saja bangun sambil memandang Lily yang kelihatan bersemangat itu.
"Ada apa ni, Lily?"tanya Yuki menggunakan suara hatinya.
"Abang Yuki! Bangun pun abang! Jom lah! Ayahanda cakap dia nak bagitau something special hari ni!"kata Lily yang kelihatan teruja.
"Baiklah, abang turun kejap lagi ya? Abang nak pergi mandi ni,"kata Yuki menggunakan suara hatinya.
"Ok, sarapan abang dah ada kat atas meja tu! Lily pergi dulu ya!"kata Lily lalu turun dari katil & melambaikan tangannya sambil berjalan pergi dari bilik Yuki.
Yuki hanya memandang sang puteri kecil itu. Rasanya masih letih saja sehingga tanpa sedar, dia sambung tidur balik. Haih, penat katanya. Baik tidur, sedapnya tidur.
Beberapa minit kemudian...
Kali ni, Reiki yang datang ke bilik Yuki atas arahan bonda dia, Permaisuri Amiko. Dia hanya berjalan ke bilik Yuki sambil merungut seribu cemuhan.
"Haih, tak boleh ke hantar orang lain je kejutkan budak tu? Yuki pun satu, dia buang tabiat ke apa buat macam ni tiba-tiba hah?"rungut Reiki lalu terus saja menerjah masuk ke dalam bilik Yuki. Dia dapat melihat yang sang remaja berambut putih itu masih tidur dengan lenanya di atas katil yang empuk tu.
Reiki terus berjalan mendekati Yuki lalu menarik selimut miliknya. Akibat tarikan selimut itu, Yuki terbangun lalu memandang Reiki.
"Oi! Berapa lama lagi kau nak tidur ni, pak cik!? Kau tahu tak dah pukul 9 dah sekarang ni?! Pergi bangun mandi cepat! Buat menyusahkan aku je kejutkan kau pagi-pagi ni!"marah Reiki lalu mencampakkan tuala milik remaja itu ke mukanya.
Sebenarnya, dia sendiri yang nak pergi ke bilik Yuki lepas Lily merungut yang Yuki tak turun jadi dia pun ambil keputusan untuk pergi sambil pura-pura merungut. Dia sebenarnya caring je pasal Yuki tapi pura-pura je macam tak.
"Ingat! Lepas kau makan sarapan kau kat atas meja tu, kau turun cepat sebab ayahanda aku tu nak bagitau pengumuman penting,"kata Reiki laku berjalan pergi meninggalkan Yuki.
Yuki hanya mengangguk lalu turun dari katilnya sambil berjalan ke arah bilik air.
Beberapa minit kemudian...
Yuki baru saja selesai mandi lalu terus saja menyarung pakaiannya sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Selepas itu, dia memakan sedikit makanannya sebelum turun ke ruang tamu istana. Seperti kebiasaan, para maid akan membersihkan pinggan makanan yang dimakan oleh Yuki.
Maid yang melakukan tugas itu adalah Puan Rose Maria. Dia adalah maid yang selalu mengemas pinggan makanan atau gelas minuman milik Yuki. Dia sedar yang kebelakangan ini, Yuki tidak menghabiskan makanannya seperti kebiasaan. Perasaan risau mulai menyelubungi dirinya. Dia risau akan sang remaja itu kerana dia seringkali menolong Puan Rose melakukan kerja di dapur jadi dia mengambil keputusan untuk memberitahu hal itu kepada Permaisuri Amiko secara diam tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah Yuki.
Di ruang tamu istana...
Kelihatan Raja Aruka bersama yang lain sedang menunggu Yuki. Reiki hanya menghentak kakinya perlahan untuk mengawal amarah & geramnya. Dia bisa menunggu sebab banyak benda lagi dia nak buat.
"Haih, lama lagi ke dia ni? Rito, kau lah pulak pergi jenguk dia,"kata Tanaka.
"Haih, aku pulak? Kau tu? Kenapa tak pergi je, asyik suruh aku je,"rungut Rito sambil membaca buku.
Tak lama selepas itu, Yuki berjalan ke arah mereka sambil meminta maaf menggunakan bahasa isyarat. Dia sedar yang dia sudah terlebih tidur dari biasa. Ryuu hanya memandang Yuki. Hanya dia saja yang tahu mengapa Yuki berbuat begitu. Mungkin akibat sumpahan itu, tubuhnya semakin lama semakin melemah dari kebiasaannya.
"Baiklah, sekarang semua dah ada. Sebenarnya, ayahanda nak bagitau kamu semua yang, esok kita akan pergi ke kerajaan Hizzelter,"kata Raja Aruka.
"Hah? Kerajaan Hizzelter? Kenapa ayahanda!? Raina tak suka lah jumpa dia,"rungut Raina.
"Nak tak nak, kita kena pergi jugak sebab Raja Ayato Kawasaki dah jumpa kita hadir untuk hari lahir Puteri Tirana Kawasaki , puteri ke-3 nya,"kata Permaisuri Amiko.
"Baiklah, kita akan pergi tapi mereka boleh ikut ke?"tanya Raina.
"Mestilah boleh, kita dibenarkan membawa sesiapa saja yang kita mahu tapi cuma pasti ia ada hubungan dengan kita,"kata Raja Aruka.
Mereka semua hanya mengangguk. Walaupun begitu, Kerajaan Hizzelter itu sebenarnya terletak jauh sedikit dari kerajaan itu jadi perjalanan mereka untuk pergi ke sana mungkin ambil masa sekurang-kurangnya 1 hari untuk tiba.
Di perpustakaan istana...
Mereka semua hanya memandang Yuki yang sedang berada di tepi rak buku sambil sibuk mencari buku. Mereka mengesyaki Yuki dengan perasaan penuh curiga dengan perangainya yang berubah sejak kebelakangan ini
"Aku rasa ada sesuatu tak kenalah dengan dia. Sejak kebelakangan ni, dia asyik bangun lambat dari biasa je tapi cuma time cuti sekolah je,"kata Tanaka.
"Mungkin sebab dia sibuk buat kerja kot. Maklumlah kebelakangan ni banyak kerja yang cikgu bagi kot,"kata Rito.
"Tak mungkinlah, takkan hari-hari dia nak buat kerja sekolah tu je? Mesti ada sebab lain kot,"kata Raina.
"Mungkin sebab dia selalu jaga lewat malam agaknya,"kata Rito.
"Tapi takkanlah sampai macam ni? Aku pasti dia ada masalah,"kata Raina.
"Sebenarnya, aku syak sesuatu lah pasal dia,"kata Reiki.
"Eh? Sejak bila kau caring pasal dia, Putera sombong?"ejek Tanaka.
"Diamlah kau, budak bebal!! Aku kerjakan kau baru tahu!"marah Reiki.
"Dah lah, cepat bagitau aku, Reiki. Apa yang kau syak sangat kat Yuki tu?"tanya Raina yang ingin tahu.
Reiki hanya memandang mereka. Dia tak pasti mahu menceritakan hal itu tetapi kerana caring pasal Yuki mungkin dia perlu agaknya.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/245440076-288-k663609.jpg)
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasyYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...