Bab 15:Kehidupan Baru Yuki

1.8K 168 12
                                    

Yuki berbaring di atas katilnya sambil menutup mukanya dengan bantal. Dia masih lagi belum percaya yang dia telah memulakan langkah dalam alam percintaan.

Bagi Yuki itu bukannya biasa kerana dia menjadi pasangan kekasih dengan seorang puteri. Ia memang jauh beza daripada apa yang dia bayangkan.

Tapi pada masa yang sama, dia juga berasa bahagia tetapi dia tak boleh terlalu meletakkan harapan pada hubungan ni. Dia risau kalau-kalau hubungan ini takkan kekal lama.

Tiba-tiba, pintunya diketuk oleh Rito. Lalu Yuki membukakan pintu & dia melihat Rito & Tanaka sedang berdiri dihadapannya.

"Yuki, maaf sebab tinggalkan kau sorang-sorang semalam. Kami ada misi semalam,"kata Tanaka

"Misi?"tulis Yuki.

"Ya,misi. Itu adalah syarat Raja Aruka untuk kami tinggal di sini. Dia minta kami menjadi ahli kumpulan pahlawan tetapi belum cukup ahli,"kata Rito.

"Oh, kalau macam tu boleh aku sertai?"tulis Yuki.

"Haha, mestilah boleh juniorku! Ini lah semangat yang senpai mahu tengok!!"kata Tanaka dengan penuh semangat.

"Agaknya, apa yang kau buat masa kami takde di istana, Yuki?"tanya Rito sambil memandang Yuki.

Pipi Yuki mulai berona kemerahan kerana mengingati peristiwa kelmarin. Ingin saja dia memberitahu hak itu kepada sahabatnya tetapi dia harus menepati janji Raina.

Jadi Yuki mengambil buku yang dia pinjam dari perpustakaan lalu menunjukkan nya kepada Rito & Tanaka.

"Kau pergi ke perpustakaan awam rupanya. Aku lupa yang kau ulat buku, Yuki"kata Tanaka sambil melihat buku Yuki.

Tiba-tiba, Lyana datang ke arahnya. Yuki melihat kedatangan Lyana memberitahu nya agar pergi.

Tanaka & Rito faham dengan apa yang Yuki ingin beritahu mereka lalu mereka keluar.

"Ada apa ni?"tulis Yuki

"Mari main, abang Yuki! Lyana bosan lah! Kak Raina & Abang Reiki sibuk,"kata Lyana sambil membuat muka comel kerana inginkan perhatian Yuki.

Yuki memandang Lyana & timbul sebuah perasaan dalam diri Yuki. Jadi Yuki mengambil keputusan untuk..

Di taman istana..

"Yeay! Cantik dah!"kata Lyana yang sedang mengikat rambut Yuki.

Yuki sebenarnya mengalah & kesian dengan Lyana jadi dia pun terpaksalah korbankan dirinya untuk bermain dengan Lyana walaupun dia seorang lelaki.

"Jeng-jeng! Cantik tak?!"tanya Lyana lalu menghulurkan cermin pada Yuki.

Habis diri dia dikerjakan tapi dia tak kisah asalkan Lyana tak suruh dia buka mask dia je.

Tiba-tiba, Raja Aruka berjalan  ke arah mereka lalu menegur mereka.

"Yuki, kamu bermain dengan puteri beta ya?"tanya Raja Aruka yang semakin mendekati mereka.

Yuki terkejut dengan teguran itu lalu memandang Raja Aruka.

"Ya,Ayahanda! Seronok sangat! Lebih seronok bermain dengan Kak Raina & Abang Reiki!"kata Lyana lalu memeluk Raja Aruka.

"Oh, baguslah kalau macam tu. Yuki saya ada sesuatu nak bagitau kamu,"kata Raja Aruka.

"Ya, ada apa ,Tuanku?"kata Yuki melalui bahasa isyarat.

"Kamu setuju untuk menjadi pengasuh Lyana?"tanya Raja Aruka sambil tersenyum.

Yuki yang mendengar tawaran Raja Aruka itu terkejut & terkaku macam batu. Jadi pengasuh tuan puteri? Ini memang jauh dari jangkaan dia sendiri.

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now