Bab 70: Rancangan Sang Ashura (Part 2)

1K 116 5
                                    

Kuro/Tamaki terus saja melindungi Yuki & Shila. Walaupun begitu, mereka sudah dikepung oleh Zarien & pengawal istana. Dia tidak dapat melarikan diri melainkan mempertahankan diri mereka. Yuki ha ya berada dalam keadaan lemah didalam pangkuan abangnya itu.

"Kasihannya adik kau. Nampaknya umur dia dah tak panjang lagi. Lebih baik kau serahkan Yuki & aku janji takkan apa-apakan korang,"kata Zariel sambil tersenyum sinis.

"Tak! Aku takkan!! Kau & ayah kau tipu aku!! Berani betul kau pisahkan kami berdua! Aku takkan benarkan benda tu dari berlaku lagi!"marah Kuro/Tamaki.

"Kuro, apa yang kau merepek ni? Adik kau tetap akan mati walaupun kau lindungi dia sekuat hati kau pun. Itu dah jadi takdir dia,"kata Zarien.

"Nama aku bukan Kuro tapi Tamaki! Jangan kau panggil aku dengan nama tu lagi!"marah Kuro/Tamaki.

Tiba-tiba kelihatan seseorang berjalan mendekati mereka. Zarien & para pengawal mulai tunduk hormat padanya. Kuro/Tamaki hanya melindungi Yuki. Dia benar-benar mengenali sang insan yang datang ke arahnya itu.

"Menarik sekali. Tak sia-sia aku pisahkan korang dulu. Betul tak, Tamaki?"kata Ashura sambil tersenyum sinis.

"T.. tolonglah,"kata Yuki perlahan sambil menggenggam skarf abangnya.

"Hahaha, kau pasti terkejut kan kenapa adik kau boleh bercakap. Ingat, aku boleh kawal sumpahan mereka. Itulah cara dia boleh bercakap. Ianya disebabkan oleh aku,"kata Ashura.

"Jangan kau berani dekati dia!"marah Kuro/Tamaki.

"Heh, kau fikir kau boleh halang aku? Lebih baik kau menyerah saja & serahkan adik kau. Dengan cara tu aku akan pastikan kau selamat & berikan kau kuasa ayang paling kuat di dunia,"kata Ashura.

Kuro/Tamaki hanya terdiam. Dia terus saja memandang Yuki yang sedang berada didalam pangkuannya itu. Dia kehabisan idea. Dirinya sudah terperangkap. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melawan.

"Aku tak nak!! Aku akan tetap lindungi dia!!"marah sang remaja itu.

"Degil!! Rasakan ni!!"marah Ashura laku membelit tubuh Kuro/Tamaki & terus saja menggunakan kuasanya & menarik Yuki.

"Yuki!!! Jangan sentuh adik aku!!!"marah Kuro/Tamaki lalu menghancurkan ikatan itu lalu menyerang Ashura menggunakan pedang.

Ashura terus saja mengelak serangan itu & menyerangnya sehingga dia terpelanting. Sang remaja itu hanya mengerang kesakitan & terus saja bangun. Shila hanya mampu melihat hal itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya melihat perkara itu dengan penuh rasa sedih.

"T..Tamaki,"kata Shila perlahan.

"L.. lepaskan dia!"marah Kuro/Tamaki lalu menyerang Ashura.

Walaupun begitu, serangannya tetap saja dielakkan lalu Ashura tanpa belas kasihannya, terus saja menumbuk dada Kuro/Tamaki dengan kuat sehingga dia terpelanting. Sang remaja itu terus saja terbatuk darah & jatuh terduduk sambil memegang dadanya itu.

"A..aku m..masih  b..belum men..ngalah,"mata Kuro/Tamaki & tetap saja cuba bangun sambil memegang pedangnya itu agar tetap berdiri.

"Heh, Zarien, habiskan dia & bawa dia ke istana sebaik saja selesai,"kata Ashura laku membawa Yuki menggunakan kuasanya.

"Y..Yuki!!"jerit Kuro/Tamaki.

Zarien & para pengawal mulai menyerang sang remaja itu. Sang abang cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan adiknya,Yuki tapi sayangnya dia dihalang oleh para musuhnya itu.

"Kasihan sekali. Aku pasti yang penderitaan kau akan hilang nanti. Jadi bersabarlah, Yuki,"kata Ashura sambil memandang Yuki.

Yuki hanya memandang lemah ke arah Ashura. Dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi untuk melakukan sesuatu. Apa yang dia boleh buat sekarang, hanyalah terbaring lemah sambil dibawa oleh Kuasa Ashura yang membaluti dirinya itu.

Tiba-tiba, Kuro/Tamaki muncul dibelakang Ashura lalu menarik Yuki sehingga terlepas dari balutan kuasa itu. Ashura hanya merenung sang remaja itu. Walaupun sang remaja itu berada didalam keadaan berlumuran darah & cedera, dia tetap saja menggagahkan dirinya untuk melindungi adiknya.

"Heh, kau nak main ya,"kata Ashura laku menarik Encik Jennifer & menolaknya dihadapan dirinya.

"Ayah!!"jerit Shila lalu berlari ke arah ayahnya itu.

"J..jangan Shila!"jerit Encik Jennifer.

Tiba-tiba, kepala Encik Jennifer telah terpisah dari tubuhnya. Shila terus saja berhenti & terkaku diam sebaik saja melihat hal itu. Kuro/Tamaki turut terkejut akan hal itu.

"Heh, inilah balasan kau sebab sembunyikan barang kepunyaan aku,"kata Ashura laku mengelap pipinya yang terkena percikan darah itu.

"A..ayah,"kata Shila lalu jatuh terduduk & menangis.

"Kasihan, kau mesti sayangkan dia kan? Apa kata kau sertai dia sekali,"kata Ashura sambil tersenyum sinis.

Tiba-tiba, Shila menghilang dari pandangannya begitu juga Kuro/Tamaki & Yuki. Ashura hanya berdecit tanda geram.

"Cari mereka sampai dapat!!!"jerit Ashura.

"Baiklah!!"kata Zarien lalu mengejar mereka bersama dengan para pengawal istana yang masih ada selepas dikalahkan oleh sang remaja itu tadi.

Di sesuatu tempat di dalam hutan yang sama....

Kuro/Tamaki menggunakan kuasanya untuk memuncul serigala bayangan agar dapat lari dari situ begitu juga dengan Shila. Sang remaja itu hanya memandang Shila yang sedang menangis itu.

"Maaf tentang apa yang jadi,"kata Kuro/Tamaki perlahan.

Sebaik saja berada jauh dari tempat itu, serigala-serigala tadi terus saja lenyap sehingga menyebabkan mereka terjatuh di atas timbunan salji. Shila terus saja bangun lalu memandang ke arah yang lain.

"Tak guna, aku dah guna terlalu banyak tenaga. Apa patut kita buat?"kata Kuro/Tamaki perlahan lalu memandang Yuki.

Yuki hanya memandang lemah ke arah abangnya itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada saat itu. Nampaknya mereka dalam bahaya & takde apa yang mereka boleh lakukan sekarang ni.

"Ini semua salah awak, Tamaki!"marah Shila.

Kuro/Tamaki terus saja tersentak sebaik saja mendengar kata-kata Shila lalu bangun  & berjalan ke arah Shila sambil mengendong Yuki.

"Shila, aku tak berniat pun. A..aku minta maaf sebab gagal selamatkan ayah kau,"kata sang remaja itu.

"Tak! Saya benci awak, Tamaki! Benci!! Ini semua salah awak! Ayah saya mati disebabkan awak! Kalau saya tak tolong awak dulu mesti ayah masih hidup! Sekarang, saya hanya tinggal bersendirian! Saya benci awak!"marah Shila sambil menangis.

Kuro/Tamaki hanya memandang Shila yang sedang menangis itu. Dia tahu Shila marah & sedih atas pemergian ayahnya yang berpunca dari mereka itu. Walaupun begitu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya melarikan diri dari situ.

"Shila, bukan awak sorang je yang alami semua tu,"kata Kuro/Tamaki perlahan.

Shila hanya memandang Kuro/Tamaki sebaik saja mendengar kata-katanya. Sang remaja lelaki itu hanya menunduk kepalanya lalu berjalan menuju ke sebuah gua yang berada berdekatan kawasan itu. Yuki hanya memandang abangnya itu. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh abangnya itu. Walaupun begitu, dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menjadi pemerhati.

Bersambung.....

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now