Bab 1:Yuki Si Budak Berambut Putih

6K 326 45
                                    

Pada Zaman Dahulu,Terdapat Sebuah Kerajaan yang besar,kaya & disanjung tinggi oleh ramai orang.

Kerajaan itu tersangat lah terkenal kerana memiliki sebuah bangsa ahli sihir yang hebat dikenali sebagai Bangsa Ahli sihir White Sky.

Bangsa White Sky adalah bangsa ahli sihir yang terkuat diantara bangsa ahli sihir yang lain. Bangsa ini bukan sahaja terkenal sebagai bangsa yang terkuat malah kerana mereka adalah bangsa yang paling peramah & baik dari bangsa-bangsa yang lain sehingga disenangi oleh orang lain.

Tetapi disebabkan sebuah sifat Cemburu & benci, beberapa orang yang membenci bangsa itu merancang sebuah rancangan untuk menghapuskan bangsa itu.

Rancangan mereka telah berjaya sehingga bangsa-bangsa itu dihalau keluar dari kerajaan itu.

Sayang sekali, kemegahan kerajaan itu tidak bertahan lama lalu diserang oleh ramai musuh sehingga kerajaan itu musnah lalu lenyap ditelan zaman.

Bangsa White Sky yang melihat perkara itu hanya mampu bersimpati lalu meneruskan kehidupan mereka sehinggalah bangsa mereka pupus pada generasi ke-7.

Beberapa Dekad kemudian..

Terdapat sebuah kampung yang bernama Vilderia, tinggal sebuah keluarga yang tersangatlah bahagia.

Iaitu Keluarga Kirana & Sukeri. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Anak Pertama mereka bernama Tamaki Aizawa manakala anak ke-2 mereka pula Ialah Yuki Amane.

Walaupun begitu,Yuki dilahirkan berbeza dari abangnya, Tamaki kerana dia mempunyai rambut berwarna putih.

Tetapi walaupun dia berbeza, dia tetapi disayangi oleh keluarga nya. Keluarga mereka hidup bahagia tapi sayang sekali, kebahagiaan itu tak kekal lama.

Ayah Yuki telah dibuang kerja tanpa alasan sebarang alasan & itu membuatkan ayahnya tersangat kecewa malah berputus asa. Disebabkan terlalu tertekan ayah Yuki telah ketagihan Alkohol.

Kerana ketagihan, ayahnya hilang kesedaran sehingga hampir setiap hari ibunya dipukul begitu juga Yuki & abangnya.

Penduduk yang melihat perkara itu hanya mempu bersimpati, mereka tidak mampu membantu mereka kerana terlalu takut dengan Sukeri. Itu kerana Sukeri memiliki kuasa yang jauh lebih kuat dari penduduk di situ.

Suatu hari, Sukeri pulang dalam keadaan marah lalu menuju ke dapur & melihat ke arah isterinya yang sedang sibuk memasak.

"Sini kau!!!kau buat apa hah?!!"jerit Sukeri lalu menarik rambut isterinya,Kirana lalu menolak nya jatuh.

"M..maaf abang!sayang cuma memasak untuk anak-anak kita. Mereka lapar,"kata Kirana sambil menangis.

"Berani betul kau!kau ingat senang ke aku nak dapat duit hah?!kau tahu tak mereka tu tak patut makan!kalau nak jugak cari sendiri!!"marah Sukeri lalu memukul-mukul Kirana.

Kirana hanya mampu meraung kesakitan. Tamaki & Yuki yang mendengar jeritan ibu mereka segera melindungi Kirana.

"Ketepi budak!!biar aku ajar ibu kau ni!!"marah Sukeri.

"Berhenti!ayah tak boleh buat ni!"marah Tamaki.

Sukeri semakin hilang sabar lalu mencapai sebuah pisau dapur lalu berjalan menuju ke arah mereka.

"Kalau itu yang kau kata,biar aku bunuh je dia!!!baru tak menyusahkan aku!!,"jerit Sukeri lalu berjalan mendekati mereka.

"Jangan!!,"jerit Tamaki lalu menghalang Sukeri.

Sukeri menolak Tamaki dengan kuat sehingga kepala Tamaki terhantuk pada dinding. Yuki berlari ke arah abangnya.

"Y..Yuki,l.. lindungi i..ibu..T..tak kira.. apapun...y...yang berlaku..jan..ji ya,"kata Tamaki dengan lemah sebelum tidak sedarkan diri.

Yuki hanya mampu menangis lalu sedaya upaya melindungi ibunya. Sukeri semakin marah lalu menarik Yuki ke ruang tamu lalu menghukumnya habis-habisan.

Kirana dapat mendengar jeritan Yuki yang sedang mengerang kesakitan ketika dihukum oleh Sukeri.

"Hentikan!!jangan abang!!hentikan!!"jerit Kirana sambil menangis sekuat hati.

"Diam kau!!,"marah Sukeri lalu menikam-nikam Kirana. Setelah sedar dari pengaruh alkohol nya, Sukeri terus menjerit ketakutan lalu berlari keluar dari rumah & dilanggar oleh kenderaan malah meninggal di tempat kejadian.

Mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Sayang sekali, Tamaki meninggal dunia ditempat kejadian manakala ibunya separuh lumpuh & tidak mampu berjalan lagi.
Yuki pula selamat & cuma mengalami kecederaan serius saja.

Walaupun Yuki bersedih & trauma dengan apa yang berlaku, dia tetap perlu berusaha meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang yang masih lagi berada di sisinya itu.

Walaupun baru berusia 8 tahun pada ketika itu, Yuki telah mengambil upah bekerja separuh masa sebagai pelayan di sebuah restoran. Walaupun ibunya mempunyai gaji pencen awal sebagai seorang guru ketika itu, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Kini usianya telah mencecah 12 tahun, Yuki telah mengambil keputusan peperiksaan bagi menamatkan sekolah rendahnya.

Sebelum dia ke sekolah atau ke sesuatu tempat, Yuki akan memastikan kesemua keperluan ibunya telah lengkap.

"Yuki, datang sini kejap ya,"panggil Kirana.

Yuki yang mendengar panggilan ibunya itu segera datang.

"Hari ni peperiksaan ya?semoga berjaya ya. Ibu nak cakap yang walau apapun yang berlaku Yuki tetap kena teruskan hidup ya. Walaupun susah atau senang, ibu nak Yuki cari sahabat yang mahu bersama dengan Yuki ya,"kata Kirana.

Yuki hanya mengangguk sambil memegang & memeluk tangan ibunya.

"Ingat semua pesan ibu ya, Yuki. Ibu sayang sangat kat Yuki. Maaf ya Yuki, disebabkan ibulah kamu kena tanggung segala penderitaan ini,"kata Kirana sambil memeluk tangan Yuki pula.

Yuki menenangkan Kirana lalu mengucup pipi ibu nya lalu pergi ke sekolah.

Di sekolah..

Yuki telah lulus & mendapat markah yang paling tinggi dari orang lain di sekolahnya & itu membuatkan dia tersangat gembira & berlari pulang ke rumahnya untuk bertemu Kirana.

Di rumah..

Yuki melihat ibunya terbaring di atas katil lalu dia cuba mengejutkan ibunya perlahan-lahan.

Dia sedar yang ibunya tidak bergerak, mahupun bernafas. Dia tetap cuba sedaya upaya untuk mengejutkan ibunya bangun tapi sayangnya, ibunya telah meninggal dunia & kini, Yuki telah tinggal bersendirian di situ.

Yuki menangis sekuat hatinya sambil memeluk tubuh ibunya yang kini, ibunya tidak bergerak lagi. Kirana lah satu-satunya orang tersayang yang masih dia ada tapi kini, ibunya telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Setelah pemergian ibunya, Yuki kini meneruskan kehidupannya seperti apa yang ia telah janjikan pada Kirana. walaupun Hidup nya perit, dia tetap perlu teruskan hidup & itulah nasihat terakhir ibunya.

Ini adalah kisah..

"Hidup Yuki, Si Budak Berambut Putih"

Bersambung....

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now