Bab 83: Terperangkap Didalam Kegelapan

1K 117 2
                                    

Di sebuah tempat yang gelap...

Yuki mulai membuka matanya & melihat keadaan disekeliling kawasan itu. Dia sedar yang dia sedang berada di sebuah tempat yang ingin dia tujui iaitu minda Ashura.

Dia terus saja berjalan & mencari kelibat diri Ashura yang dikatakan oleh Matsuki di saat mereka bertemu. Di setiap langkah dia berjalan, dia mulai mengingati setiap satu memori & kata-kata Matsuki.

Imbas kembali...

(SILA RUJUK BAB 77 UNTUK MEMAHAMI JALAN CERITA)

Yuki hanya mengangguk sambil memandang Matsuki. Sang remaja itu hanya tersenyum sambil memandang Yuki. Walaupun begitu, senyuman itu perlahan-lahan mulai menghilang tanpa sesiapa sedari, air mata seseorang mulai berlinangan.

"M.. Matsuki? Kenapa ni?"tanya Yuki sambil memandang sang remaja itu.

"M..maaf, aku nak cakap yang..sebaik saja aku serahkan kuasa aku pada kau, aku akan lenyap, Yuki,"kata Matsuki sambil menangis & tersenyum.

Yuki terkaku sebaik saja mendengar apa yang dikatakan oleh sang remaja itu. Dia tidak menyangka yang hal penting yang harus dia tahu jauh lebih menyedihkan dari apa yang dia bayangkan.

"Tak! M..macam mana dengan kau, Matsuki?! Ayah kau pasti akan sedih kalau dia tahu yang kau aka jadi macam tu! A..aku..aku tak boleh,"kata Yuki sambil air matanya mulai berlinangan.

"Yuki, dengar sini. Ini demi kebaikan kau. Kau terpilih untuk mewarisi kesemua kuasa ni termasuklah milik aku,"kata Matsuki.

"Ta.. tapi kenapa aku yang terpilih? Lagipun masih ada ramai lagi bangsa kita yang terpilih?"tanya Yuki sambil mengesat air matanya.

"Walaupun kau bukan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir, kau sebenarnya adalah pewaris kesemua kuasa bangsa kita. Kerana kau lah satu-satunya & yang terakhir yang mampu mewarisi malah menggunakan kesemua kuasa ni, Yuki,"kata Matsuki.

"T..tak! Aku tak sanggup! Mesti ada cara lain kan? Ada kan?"tanya Yuki yang semakin sebak.

"Dengar sini, Yuki. Aku takkan boleh pergi selagi aku tidak menjalankan apa yang aku belum selesaikan & keadaan akan bertambah teruk. Tolonglah, aku merayu, Yuki. Ambil kuasa aku & hadapi kesemua kebenaran yang sedang berlaku atau yang bakal berlaku,"rayu Matsuki.

"B.. baiklah, a..aku akan cuba,"kata Yuki sambil mengesat air matanya.

Matsuki terus saja meletakkan tangan pada dadanya & mengeluarkan sebuah bebola kuasa berwarna putih kebiruan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matsuki terus saja meletakkan tangan pada dadanya & mengeluarkan sebuah bebola kuasa berwarna putih kebiruan. Dia hanya memandang Yuki sambil menghulurkan bebola kuasa itu.

"Ambillah, inilah kuasa yang akan melengkapkan kesemua kuasa yang sudah kau miliki. Berjanjilah untuk gunakan kesemua kuasa ni dengan sebaik yang mungkin untuk menghentikan Ashura & bukan membunuhnya kerana sumpahan akan tetap kekal sekiranya kau membunuh dia,"kata Matsuki.

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now