Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik.
Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...
Kuro/Tamaki terus saja berlari sekuat hatinya sambil mengendong Yuki yang berada di belakangnya itu. Kerana berkat kuasa halimunan miliknya, mereka tidak dapat ditangkap oleh para pengawal istana itu.
Walaupun begitu, ia bukanlah senang kerana dia perlu memikirkan cara untuk membuka pintu gerbang istana yang tertutup itu malah dikawal oleh ramai pegawal istana. Dia tidak boleh meletakkan Yuki ke bawah kerana Yuki mungkin akan dikesan kerana kuasa halimunan miliknya tidak dapat digunakan oleh Yuki apabila dia tidak bersentuhan.
Dia tiba-tiba mendapat satu idea lalu dia mengeluarkan 2 ekor serigala bayangan miliknya lalu mengawal serigala itu untuk menarik perhatian para pengawal itu. 2 ekor serigala itu telah menyerang para pengawal istana sehingga menarik perhatian hampir semua yang ada di situ lalu serigal-serigala itu berlari meninggalkan mereka berdua.
"Bertahan Yuki. Kita akan keluar dari sini,"kata Kuro/Tamaki lalu berjalan keluar sebaik saja membuka pintu gerbang itu.
Beberapa minit kemudian..
Dia terus saja berlari meninggalkan kawasan istana itu laku menuju ke kawasan bandar. Pada masa yang sama juga, serigal-serigala tadi telah lenyap sehingga membuat para pengawal istana itu kebingungan & keliru. Mereka mulai kembali ke kawasan penjagaan masing-masing sebaik saja mendapati diri mereka telah diperdayakan.
"Tak guna!! Ada orang telah melarikan diri dari istana! Laporkan hal ini pada Raja Ayato sekarang!!"kata ketua pengawal istana itu.
Pada masa yang sama juga, mereka akhirnya telah keluar dari kawasan bandar & hanya berjalan perlahan menuju ke Kerajaan Permata Malam melalui jalan kawasan pedalaman. Pada ketika itu juga, Kuro/Tamaki dapat melihat suasa kawasan pedalaman yang amat jauh dari kawasan bandar & jtidka diurus dengan baik. Dia juga tidak menyangka yang Raja Ayato tidak pernah pun menggunakan hartanya untuk membantu penduduk yang ada di situ.
Walaupun begitu, dia terpaksa berhenti untuk melepaskan lelahnya setelah berlari & berjalan dalam jarak yang jauh itu. Berkat kelajuan & ketangkasannya, dia mampu tiba sejauh itu dalam masa beberapa minit. Tapi pada masa yang sama, dia diselubungi kerisauan yang amat sangat pada Yuki kerana tubuh adiknya terasa sangat sejuk dari biasa.
"Yuki, kamu tak apa-apa ke?"tanya Kuro/Tamaki.
Walaupun begitu, Yuki tidak menjawab. Kuro/Tamaki mulai sedar yang adiknya sudah tidak sedarkan diri lalu bergegas menuju ke salah sebuah rumah yang ada dikawasan pedalaman itu. Ketika dalam kepanikan itu, dia terpandang sebuah rumah yang sedikit jauh dari yang lainnya lalu berlari mendekati rumah itu lalu mengetuk pintunya.
Pintu rumah itu terus saja dibuka oleh seorang remaja perempuan yang kelihatan berusia dalam 13 tahun itu. Sang remaja itu hanya memandang Kuro/Tamaki yang sedang mengendong adiknya itu.
"Baiklah! Mari masuk ke dalam cepat!"kata sang remaja itu.
Kuro/Tamaki terus saja masuk ke dalam lalu pintu segera ditutup & dikunci. Sang remaja itu terus saja melepaskan lelahnya. Sang remaja itu terus saja menarik tangan Kuro/Tamaki agar mengikutinya bertemu ayahnya.
Sebaik saja tiba dihadapan ayahnya, sang remaja itu terus saja menceritakan sesuatu yang baru saja berlaku tadi. Sang ayah terus saja bangun lalu berjalan mendekati Kuro/Tamaki.
"Shila, tolong ambilkan tilam & ubat-ubatan ayah ya,"arah sang ayah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.