Bab 10:Kedatangan Sahabat Tersayang

1.9K 192 4
                                    

Ketika pintunya diketuk, Yuki bangun dari katilnya laku membuka pintu

(Sila Rujuk Bab 9 untuk faham alur cerita bab kali ini)

Kelihatan Rito & Tanak berdiri dihadapan pintu biliknya sambil membawa buah tangan.

"Huwaaa! Yuki si junior kesayangan ku!! Baguslah kau tak apa-apa!!"nangis Tanaka lalu memeluk Yuki.

Yuki hanya terkejut dengan tindakan Tanaka yang tiba-tiba itu manakala Rito pula kelihatan sedang mengawal linangan air matanya.

"Kau memang bodoh lah sebab buat macam tu. K..k..kau tahu tak..b..betapa r...risau nya kami. Bodoh!"marah Rito yang semakin lamanya mulai sebak.

Yuki berasa bersalah sebab buat sahabat-sahabat nya macam tu lalu memeluk mereka.

"Maaf, aku tahu apa yang aku buat ni bodoh. Aku minta maaf sangat. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Aku bahagia sebab dapat sahabat & senpai macam korang. Terima kasih,"kata Yuki melalui suara hatinya.

"Bodoh! Jangan buat lagi!"kata Rito yang mulai tidak dapat mengawal dirinya dari menangis.

Setelah Yuki menenangkan mereka, Yuki mempelawa mereka berdua untuk duduk di dalam biliknya.

"Jadi, apa yang korang buat kat sini ya?"tanya Yuki.

"Datang melawat kau lah dasar bodoh"marah Rito yang masih marah akan perbuatan Yuki itu.

"Yelah-yelah,maaf ya. Aku janji tak buat macam tu dah,"kata Yuki melalui suara hatinya yang cuba menenangkan Rito.

"Hahaha,mengada je kau tu. Kau tu buatkan main panik masa tu. Dah lah nangis mengalahkan budak-budak weh,"kata Tanaka dengan nada mengejek.

"Diam kau!"marah Rito.

Lalu Rito menceritakan segala-galanya pada Yuki & semakin lama dia bercerita, semakin lama muka Rito mulai memerah kerana malu.

Imbas semula..

Rito menjumpai Yuki terbaring di atas lantai & dalam keadaan berlumuran darah.

"Yuki!!!"jerit Rito lalu berlari ke arah Yuki.

(Sila Rujuk Bab 6 untuk memahami alur cerita bab ini)

"Bertahan Yuki!"jerit Rito sambil memangku Yuki.

Jeritan Rito didengari oleh Tanaka lalu segera menuju ke sana.

"Yuki! Kau ok ?!!"jerit Tanaka lalu mendekati mereka.

"Encik Ken!! Pengetua Akito! Kami dah jumpa Yuki!!!"jerit Tanaka.

Pengetua Akito & Encik Ken segera menuju ke arah mereka & melihat Yuki.

Encik Ken segera bertindak pantas. Dia mengambil sehelai kain yang sederhana besar lalu menekup luka Yuki bagi memberhentikan perdarahan lalu segera mengangkat Yuki.

"Cepat! Bawa Yuki ke hospital!"arah Pengetua Akito.

Lalu Encik Ken membawa mereka ke hospital & segera membawa Yuki ke bilik rawatan kecemasan.

Imbas semula tamat..

Rito baru saja selesai menceritakan segalanya lalu memandang ke arah lain kerana malu yang teramat sangat.

"Betul ke? Tak sangka aku. Terima kasih sebab selamatkan nyawa aku,"kata Yuki melalui suara hatinya.

"Diamlah, kau kan junior & sahabat aku. Mestilah aku akan buat macam tu kan?"kata Rito yang segan.

Tiba-tiba, sebuah linangan air mata mengalir & itu membuatkan Tanaka & begitu juga Rito terkejut lalu memandang Yuki.

"M..maaf, aku ok. Aku cuma..hisk..hisk..aku ok. Jangan risau,"kata Yuki yang mulai sebak. Pipinya dibanjiri dengan linangan air matanya.

Tanaka & Rito berjalan mendekati Yuki lalu memeluknya dengan erat. Yuki menangis sekuat hatinya sambil mengucapkan terima kasih tidak henti-henti.

"huwaaa!Terima kasih! Terima kasih sangat-sangat!"ucap Yuki yang kini masih sebak.

"Itu lah gunanya kami sebagai sahabat Yuki! Berjanji lah yang sahabat ini akan kekal utuh!"kata Tanaka & Rito serentak lalu sedaya upaya menenangkan Yuki yang kini dalam sebak.

Yuki menangis kebahagiaan. Tidak pernah sesiapa pun mengucapkan sesuatu yang macam tu pada dirinya. Hanya umpatan,cacian & hinaan yang selalu diterima nya dahulu sehingga dia susah untuk mendapat sahabat walaupun seorang.

Kini,berdiri 2 orang sahabat yang setia dihadapan dirinya. Dia bahagia. Tersangat-sangatlah bahagia yang tidak terkata bagi dirinya.

"Ibu, Yuki dah jumpa sahabat yang setia bersama Yuki. Terima kasih atas segala nasihat ibu. Yuki rindu ibu,"kata Yuki di dalam hatinya.

Kini, Yuki bukan saja bertekad untuk melindungi diri atau maruahnya malah dia juga akan melindungi orang yang dia sayangi.

Bersambung...

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now