Di istana di Kerajaan Permata Malam..
Kelihatan Sahabat-sahabat Yuki sedang berada di ruang tamu. Sementara itu, Tanaka hanya mundar-mandir memikirkan sahabatnya yang baru saja diculik sebelum ni.
"Tak guna, mereka dan bawa Yuki pergi. Macam mana ni?"tanya Tanaka.
"Apa boleh buat. Kita kenalah tunggu berita dari ayahanda aku,"kata Reiki.
"Haih, kalau kita bertindak atau cari Yuki sekarang pun, memang takde guna sebab kita pun tak tahu mana Yuki dibawa pergi,"kata Raina.
Mereka semua hanya termenung. Suasana mulai sepi. Mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk menyelamatkan sahabat mereka yang diculik itu. Apa yang lagi merisaukan, waktu yang dikatakan oleh Ryuu sebelum ni akan tiba dalam masa beberapa hari saja lagi.
"Yuki, mana kau dibawa pergi? Aku risaukan kau,"kata Raina perlahan sambil memandang ke luar tingkap.
Tiba-tiba, Rin, Raja Aruka & 2 orang asing Berhood hitam masuk ke dalam ruang tamu itu lalu berdiri di hadapan mereka semua.
"Siapa dia, ayahanda?"tanya Raina sambil memandang mereka.
"Nampaknya, kita dah dapat petunjuk dengan keberadaan Yuki,"kata Rin.
"Apa?! Dia di mana?!"tanya Tanaka.
"Azaki & Tirana, semua dah selamat. Tanggalkan je hood tu,"kata Raja Aruka.
Azaki & Tirana terus saja menanggalkan hood itu lalu memandang mereka semua sambil tersenyum kelat. Mereka semua kelihatan terkejut sebaik saja melihat Putera sulung & Puteri bongsu Kerajaan Hizzelter sedang berada di hadapan mereka.
Sebelumnya... Imbas kembali...
Kelihatan Kuro sedang berada di sebuah kafe bersama dengan Azaki yang sedang menyamar. Mereka saling berpandangan sementara Azaki hanya menunggu penjelasan dari Kuro.
"Baiklah, aku akan bagitau kau tapi kau pun kena buat apa yang aku cakap tau,"kata Kuro sambil memberikan beberapa syarat.
"Baiklah, aku akan dengar apa yang kau cakap,"kata Azaki.
"Baiklah, sebenarnya budak yang ayahanda kau cakapkan tu sebenarnya, Yuki Amane,"kata Kuro.
"A..apa? T..tak mungkin. Apa yang ayahanda aku nak buat pada dia?"tanya Azaki sambil memandang Kuro.
Kuro hanya mengeluh lalu menceritakan segalanya tentang rahsia, perancangan malah tentang para Bangsa Ahli Sihir White Sky yang dikurung itu. Azaki kelihatan terkejut & mulai terkaku diam. Dia tidak menyangka ya g ayahanda yang amat dikenali dengan sifat yang penyayang, baik & bertanggungjawab di hadapan mereka, rupa-rupanya seorang yang keji & tidak ada rasa belas kasihan.
"Aku tahu kau terkejut, Azaki. Tapi nyawa kau & Tirana mungkin diancam oleh ayahanda kau. Jadi aku nak kau pergi ke Kerajaan Permata Malam & bagitau mereka tentang ni. Kalau boleh jangan pulang ke sini selagi belum selamat,"kata Kuro.
"Tunggu, jadi bonda & Zarien pun terbabit sekali ke dalam semua ni?"tanya Azaki.
"Ya, Maafkan aku, Azaki. Tolonglah jangan bertindak melulu & dengarlah apa yang aku cakap. Lebih baik kau segera pergi ke kerajaan tu. Jangan risau, aku dah bagitau mereka tentang ni,"kata Kuro.
"Baiklah, aku akan buat apa yang kau cakap. Tapi berjanjilah pada aku Kuro, kau berada dalam keadaan selamat begitu juga dengan Yuki. Aku tahu kau kuat, Kuro,"kata Azaki sambil tersenyum kelat.
Kuro hanya mengangguk perlahan sambil memandang sang putera itu. Dia tahu Azaki mungkin takkan dapat menerima kenyataan itu tapi dalam situasi yang tegang seperti ini, ia adalah sebuah tindakan yang baik untuk dia melakukan apa yang dikatakan oleh dirinya itu.
Di sebuah tempat tersorok...
Kelihatan Azaki & Tirana sedang memakai hood bewarna hitam sambil menunggang kedatangan seseorang yang dikatakan oleh Kuro.
Tiba-tiba, muncul sebuah pintu telepotasi dihadapi mereka. Perlahan-lahan, seseorang berjalan keluar dari situ & hanya memandang mereka.
"Masuk cepat, aku tahu kau bukan pengkhianat,"kata Ryuu sambil memandang mereka.
Situasi sekarang..imbas kembali tamat..
Azaki & Tirana hanya duduk di atas sofa sementara yang lain hanya memandang mereka sambil menunggu keterangan dari Azaki. Sang putera itu hanya menarik nafas panjang. Berat hatinya untuk menerima mahupun menceritakan kenyataan yang dikatakan oleh Kuro. Walaupun begitu, Kuro sedang menaruh harapan padanya untuk membantu sang remaja itu, Yuki & bergitu juga dengan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang dikurung di sana.
"Baiklah, aku akan bagitau segalanya tentang apa yang sebenarnya terjadi tapi dengan syarat jangan bertindak secara melulu,"kata Azaki sambil memandang mereka semua.
Mereka semua hanya mengangguk tanda setuju. Mereka perlu patuh dengan para yang dikatakan oleh Azaki agar mereka dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi & ke mana Yuki dibawa pergi sebenarnya.
Azaki mulai menceritakan waktu dimana dia mendengar perbualan ayahandanya dengan Kuro yang merupakan pengawal peribadinya itu. Selepas itu, dia menceritakan waktu dimana Kuro menceritakan hal sebenar padanya ketika mereka berada di sebuah kafe di kerajaan Hizzelter.
Apa yang lebih menyedihkan, dia juga memberitahu yang masih ramai bangsa seperti Yuki & mereka Sebenarnya masih hidup malah dijadikan sebagai bahan eksperimen atau kuasa mereka akan diambil sehingga mereka lenyap dari dunia.
Mereka semua yang mendengar apa yang diceritakan itu. Mereka bagaikan tidak mempercayai yang Raja Ayato yang terkenal sebagai raja yang baik & suka menolong orang lain rupanya menyembunyikan sebuah niat keji yang sudah mengorbankan berpuluh atau ratusan nyawa manusia yang tidak bersalah itu. Yang tua mahupun yang muda, mereka tetap saja dipergunakan seperti alat pada Raja Ayato.
"Tak guna! Berani betul mereka! Apa yang mereka cuba buat sebenarnya?"tanya Reiki sambil melepaskan geramnya.
"Ya, saya tak sangka dia sanggup buat benda yang macam ni,"kata Raina pula.
"Sebenarnya, mereka buat semua tu untuk seseorang. Katanya seorang ahli sihir yang berkuasa & menjadi penyebab aku dilahirkan bersama simbol ni,"kata Azaki laku menunjukkan simbol yang ada pada tangannya.
"Jadi inilah simbol yang dikatakan oleh Ryuu dulu,"kata Raja Aruka.
"Di mana Ryuu pergi agaknya?"tanya Rin sambil memandang mereka semua.
Di sebuah tempat...
Kelihatan Ryuu sedang berada di dalam biliknya sambil melakukan sesuatu. Flora & Seikatsu hanya memandang sang lelaki itu.
"Apa yang kau buat yu, Ryuu?"tanya Flora.
"Aku cuma buat sedikit persiapan. Aku takkan pergi ke sana dengan tangan kosong je,"kata Ryuu sambil memandang Flora.
"Aku harap apa yang kau buat ni betul, Ryuu,"kata Flora.
Seikatsu hanya duduk di sisi ibunya sambil merintih kesedihan. Dia amat merisaukan & merindui tuannya itu. Dia tidak tahu ke mana tuannya pergi tapi apa yang lebih menyedihkan, dia hanya mampu merasai aura tuannya yang mulai pudar. Sang naga kecil itu hanya menanti waktu untuk menyelamatkan tuannya saja. Itu adalah apa yang dia mahukan.
Keselamatan Yuki adalah keutamaan dirinya sekarang. Walaupun dia masih muda dalam usia naga, dia tidak akan mengalah untuk melindungi tuannya itu.
Bersambung....
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasiaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...