Orang itu memegang mask Yuki lalu menariknya ke bawah perlahan. Belum sempat dia melihat rupa sebenar Yuki, Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.
"Errm, bila lah dia ni nak bangun?"kata Ryuu sambil berjalan mendekati katil Yuki.
Pada masa yang sama, dia terpandang tingkap yang terbuka lalu segera menutupnya. Orang yang berada di dalam bilik Yuki tadi itu sebenarnya mengambil kesempatan untuk keluar melalui tingkap agar tidak ditangkap.
Ryuu hanya memandang Yuki. Dia kebosanan menunggu di situ. Walaupun begitu, dia harus juga bersabar kerana dia risau kalau-kalau Yuki akan dicederakan atau sesuatu yang lebih teruk mungkin akan berlaku.
Sementara itu, yang lain sedang berada di dewan besar istana untuk melihat persiapan majlis hari lahir Puteri Tirana sebelum berjalan pergi ke taman istana.
"Tak sabarnya aku nak menari pada malam esok. Apakah kau sudi, Puteri Raina?"tanya Zarien.
"Diam jelah, Zarien. Aku takde mood lah nak menari dengan kau,"kata Raina sambil memeluk tubuhnya.
"Hmm, lebih baik kau jauhkan diri kau dari kakak aku atau siaplah kau,"kata Reiki.
Mereka terus saja berjalan pergi ke taman istana dengan Azaki tanpa menghiraukan putera itu. Zarien hanya mampu mendengus tanda tidak puas hati dengan jawapan Raina. Dia hairan mengapa puteri seperti Raina tidak menyukai dirinya itu.
Di taman istana...
Kelihatan Tirana sedang bermain di taman bunga istana bersama Lily. Mereka kelihatan sangat akrab & seronok bersama. Permaisuri Amiko hanya tersenyum memandang puteri kecil kesayangannya itu. Walaupun begitu, hatinya sedang dibelanggu kerisauan yang amat sangat pada Yuki.
"Apakah dia benar-benar menyembunyikan sesuatu?"kata hati kecil permaisuri itu.
"Amiko? Kenapa ni? Ada Masalah ke? Kamu kelihatan risau saja,"tanya Permaisuri Ayana.
"Takde apa-apa, saya cuma risaukan Yuki. Kebelakangan ni dia nampak tidak begitu sihat & dia nampak macam menyembunyikan sesuatu saja,"kata Permaisuri Amiko.
"Macam tu ya. Lebih baik bawa dia jumpa doktor bila majlis ni dah selesai. Mungkin dia sakit atau ada apa-apa masalah kesihatan,"kata Permaisuri Ayana.
Permaisuri Amiko hanya mengangguk lalu memandang cawan tehnya itu. Dia mulai teringat waktu dimana Yuki pernah menghidangkan teh istimewa padanya. Rasakan sangat sedap malah bau teh itu tersangatlah wangi sehingga memikat hatinya malah dirinya terasa tenang sebaik saja meminum teh buatan sang remaja itu. Apakah Yuki menyembunyikan sesuatu lagi?
Pada masa yang sama, Raina hanya memandang bunga-bunga mawar berwarna merah di taman istana itu. Dia mulai teringat waktu dimana Yuki pernah memberikannya sejambak bunga mawar seperti itu. Apa yang sama sekali dia tidak pernah lupa ialah waktu dimana Yuki pernah memberikannya seutas rantai yang cantik & dia masih memakainya sehingga sekarang.
(Sila Rujuk Bab 14)
"Yuki, apakah kau sembunyikan masalah kau lagi?"kata Raina perlahan sambil memandang sekuntum bunga mawar berwarna putih.
Banyak memori yang tidak pernah lupakan tentang Yuki. Setiap kali Yuki pergi ke mana-mana, dia pasti akan teringat pada Yuki malah tanpa sedar, dia tahu yang hatinya takkan menerima orang lain selain dari Yuki dengan semudah itu. Yuki jauh lebih baik dari mana-mana lelaki yang dia pernah kenal. Jauh lebih baik dari Zarien.
Zarien berjalan mendekati Raina lalu terus saja memandang Raina. Dia takkan melepaskan Raina selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu.
"Oh, Raina. Kau nampak cantik sangat hari ni. Aku pasti kau belum ada pasangan menari lagi kan? Apa kata kau jadi pasangan aku. Nak tak?"tanya Zarien.
"Pergi kau dari aku, Zarien. Aku takde masa nak cakap dengan kau sekarang. Lebih baik kau pergi atau siaplah kau,"kata Raina yang menyampah dengan hal itu.
Tiba-tiba, sebuah tendang mengenai kepala Zarien. Raina terus saja memandang Reiki yang kelihatan seperti sedang marah itu.
"Aku dah cakap kan, jangan dekati kakak aku!!!"marah Reiki.
"Dasar tak guna! Berani betul kau buat macam tu kat aku!!"marah Zarien.
"Dah lah tu. Takde gunanya kalau korang bergaduh tahu,"kata Rito.
"Apa-apa jelah. Aku takkan lepaskan kau macam tu je. Kau tunggulah Reiki,"kata Zarien sambil berlalu pergi dari situ.
Di bilik Yuki...
Pada masa yang sama, Yuki mulai membuka matanya lalu menukarkan posisinya dari baring ke duduk. Dia terpandang Ryuu yang sedang sibuk membaca buku yang ke-122 itu.
"Bangun pun kau, atuk. Aku ingatkan 3 tahun nanti lah baru kau nak bangun,"Kata Ryuu.
"Apa dah jadi, Ryuu?"tanya Yuki menggunakan bahasa isyarat.
"Haih, kau pengsan sebab sumpahan tu. Aku sarankan kau untuk tak dekati mereka. Kalau kau dekat jugak, mungkin makin banyak Mana/Kuasa kau yang mereka akan serap nanti,"kata Ryuu.
"Hmm, baiklah. Aku akan cuba,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.
"Tapi Yuki, aku rasakan Azaki & Tirana mesti tak tahu pasal ni sebab aku tengok diorang langsung tak kenal moyang mereka. Aku pasti yang mereka berdua takkan menjadi ancaman kita,"kata Ryuu lagi.
Yuki baru saja mahu bangun dari katilnya tetapi dilarang oleh Ryuu lalu di tolak perlahan oleh Ryuu agar dia tetap saja berada di atas katil itu. Yuki hanya mengeluh lalu baring di atas katil itu semula.
"Ini untuk kebaikan kau. Lagi pun, aku nak kau simpan tenaga kau untuk majlis tu,"kata Ryuu.
"Kenapa?"tanya Yuki menggunakan bahasa isyarat.
"Sebab aku tahu, kau mesti nak menari dengan awek kau kan?"usik Ryuu.
Pipi Yuki mulai berona kemerahan lalu terus saja menarik selimut & menutup mukanya. Ryuu ni tak habis-habis nak kenakan Yuki dengan usikan berkaitan cinta-cinta ni. Mentang-mentang umur dah tua terus je buat perangai macam tu. Apa kejadahnya perangai Ryuu ni?
"Ryuu, aku sebenarnya nak cakap satu benda lah,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.
"Apa pulak kali ni?"tanya Ryuu.
"Aku dapat rasakan ada seseorang sentuh mask aku lah tadi & aku ada terdengar suara dia. Suara dia macam aku pernah kenal je tapi aku tak pasti siapa,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.
Ryuu hanya diam lalu memandang Yuki. Dia mulai risau sebaik saja mendengar apa yang dikatakan oleh Yuki. Pasti ada seseorang sedang merancang sesuatu yang jahat terhadap Yuki. Cuma mereka saja yang tidak mengetahui hal itu.
"Ryuu, boleh kau tolong aku bersiap untuk majlis malam esok?"tanya Yuki menggunakan bahasa isyarat lagi.
"Hmm, mestilah boleh. Lagi pun, kau memang berhak pun dapat pertolongan aku,"kata Ryuu.
Yuki hanya tersenyum sambil memandang Ryuu. Walaupun dia nampak sedikit dingin, dia kadangkala boleh dikatakan agak baik & caring terhadap seseorang cuma dia saja yang menyembunyikan sifat dirinya itu.
"Terima kasih, Ryuu,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.
"Apa-apa jelah, cepat tanggalkan mask kau tu & pakai mask biasa ni je. Sekurang-kurangnya kau tak kemas sangat,"kata Ryuu lalu menghulurkan mask 3 lapisan yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman atau virus.
"Oh, ok,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat lalu mencapai mask itu.
Setelah itu, dia terus saja menanggalkan mask miliknya lalu memakai mask yang diberikan oleh Ryuu. Seperti yang Ryuu katakan, dia berasa sedikit lega & selepas sebaik saja memakai mask itu.
Ryuu hanya memandang Yuki dengan perasaan hampa & sedikit kecewa kerana tidak mampu membantu Yuki dari awal untuk menggelakkan hal ini berlaku. Dia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan membantu sang remaja itu walaupun dia berada dalam keadaan menderita kesakitan.
Bersambung...
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasyYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...
![Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]](https://img.wattpad.com/cover/245440076-64-k663609.jpg)