Bab 13: Sebuah Kepercayaan

1.9K 184 19
                                        

Peristiwa yang berlaku ketika di Pesta Bunga Api itu, semua orang berasa sangat risau lalu seorang doktor perubatan dipanggil untuk memeriksa Yuki.

Setelah diperiksa, Yuki disahkan mengalami demam biasa & kemungkinan besar yang Yuki pengsan hanya kerana dia terlalu memaksa dirinya atau tidak mengambil rehat yang cukup apatah lagi dengan keadaan dia yang masih dalam proses penyembuhan juga.

Raja Aruka berasa serba salah kerana terlalu memaksa Yuki mengikuti mereka ke Pesta Bunga Api itu. Dia juga tidak menyangka hal seperti ini akan berlaku.

Lily juga berasa begitu, dia sangat risaukan Yuki setelah mendapat tahu perkara yang berlaku.

Tambahan pula Katsuro yang menjadi saksi peristiwa itu terpaksa memberitahu segalanya walaupun dia takut yang Raja Aruka akan memarahinya kerana tidak ada bersama dengan mereka ketika itu.

Setelah itu, mereka semua ingin keluar dari bilik Yuki bagi membenarkan Yuki berehat buat sementara waktu. Tetapi Raina meminta keizinan ayahanda nya kerana dia mahu menunggu di situ.

Raja Aruka membenarkan Raina berada disitu tetapi dengan syarat, Raina tidak boleh mengganggu Yuki ketika ia sedang berehat.

Setelah semua orang keluar, Raina duduk di meja sambil membaca buku nya sementara menunggu Yuki sedarkan diri.

Pada masa yang sama, Yuki sedang bermimpi kan sesuatu. Di dalam mimpi itu, dia dapat melihat rumah nya.

Yang pada ketika itu, dia masih lagi budak kecil. Dia sedang seronok berlari-lari dengan abangnya, Tamaki.

Suasana nampak baik sahaja. Tiba-tiba suasana mulai berubah suram & gelap. Di situ dia dapat melihat abangnya Tamaki terbaring di atas lantai & kepala berlumuran darah. Ibunya juga berlumuran darah kerana ditikam berkali-kali oleh ayahnya & ayah Yuki pula telah mati kerana dilanggar oleh kereta.

Bagaikan semua memori yang menakutkan itu mulai menghantui dirinya. Tak lama selepas itu, dia dapat melihat dirinya yang ketika masih kanak-kanak berlumuran darah kerana dihukum dengan teruk oleh ayahnya.

(Rujuk Bab 1 Untuk Fahami Cerita Bab Ini)

Nafasnya terasa tersekat, badannya menggigil ketakutan & mukanya mulai pucat. Dia trauma lalu meraung sekuat hatinya.

Bagaikan memori hitam itu berlegar-legar di dalam mimpinya. Dia melihat abangnya, Tamaki yang pada ketika itu sudah meninggal dunia. Dia masih ingat lagi akan kesakitan hukuman yang dia terima dari ayahnya. Dia tersangat menderita mengingati semua benda itu.

Raina yang sedang kusyuk membaca tiba-tiba berasa terganggu lalu memandang Yuki.

Yuki kelihatan sedang menggenggam selimut nya sambil menangis. Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu nya.

Raina yang melihat perkara itu segera mendekati Yuki lalu memegang tangan Yuki agar dapat membuatkan Yuki tenang.

Tak lama selepas itu, Yuki serba sedikit mulai tenang & mulai membuka matanya sambil memandang Raina yang ada dihadapannya.

Raina mengesat air mata Yuki. Dia tidak tahu apa yang Yuki alami & itu membuatkan Raina ingin mengenali Yuki dengan lebih dekat.

Yuki pun bangun perlahan-lahan lalu duduk di atas katil sambil mengesat air matanya itu. Tak sangka dia akan menangis di hadapan Raina.

"Adakah semuanya baik-baik?"tanya Raina yang kelihatan risau.

Yuki mengangguk perlahan lalu menundukkan kepalanya. Raina yang melihat perbuatan Yuki itu terus memegang tangan Yuki lalu mengusap kepala dia.

Yuki memandang Raina. Dia tidak pasti mengapa Raina berbuat begitu.

"Kalau kau ada masalah, tolonglah kongsikan pada aku sekiranya kau sudi. Aku tak nak lagi tengok kau menangis. Aku tak nak,"kata Raina.

Yuki yang mendengar kata-kata Raina itu menyebabkan dia teringat semula akan abangnya yang pernah berkata begitu padanya.

Lalu linangan air mata mulai mengalir di pipi Yuki. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang Raina katakan padanya. Kenapa ia hampir sama dengan kata-kata abangnya?

"Yuki, aku percaya pada kau. Aku minta maaf sebab aku. Kau menderita. Tolonglah bagitau aku tentang diri kau. Agar aku dapat tolong kau,"kata Raina.

Yuki berasa semakin sebak. Kata-kata Raina itu membuatkan dirinya semakin terharu. Apakah ini sebuah kepercayaan?

Yuki menangis teresak-esak sambil kepalanya diusap oleh Raina. Sudah terlalu lama dia tidak mendengar kata-kata seperti itu. Malah dia juga amat rindukan keluarganya.

Setelah menenangkan Yuki, Raina menceritakan perkara yang telah berlaku kepada Yuki sebelum dia pengsan &  meminta keizinan untuk pergi berjumpa Raja Aruka bagi memberitahu tentang keadaan Yuki yang sudah sedarkan diri.

Yuki membaringkan dirinya di atas katil. Tubuhnya berasa sedikit lemah daripada biasa mungkin ini kerana dia masih lagi demam.

Cuaca sekarang pun agak sejuk & membuatkan Yuki tak terhenti-henti menggigil. Dah lama betul dia tak demam macam ni. Ni baru je demam biasa bukanya demam denggi ke apa pun.

Tak lama kemudian, Raina datang semua sambil membawa semangkuk bubur,sebotol ubat demam, segelas air & pek berisi air panas lalu memberikannya pada Yuki.

Yuki mencapai pek itu lalu memeluknya. Rasanya sangat hangat & selepas buat dirinya. Raina yang memandang Yuki hanya mampu ketawa melihat gelagat Yuki. Selesa betul nampaknya dia ya.

Walaupun begitu, Yuki tetap bersin kerana masih kesejukan & cara Yuki bersin tu comel sangat macam ala-ala anak kucing.

"Pfft, kau bersin ke apa tu?"ejek Raina yang sedang menahan tawanya.

Yuki berasa malu dengan ejekkan Raina lalu menutup mukanya dengan selimut.

Raina rasa bahagia je bila lihat Yuki gembira. Dia pun tak pasti dengan apa yang berlaku pada dirinya. Tetapi dia dapat merasakan yang dirinya sudah jatuh hati pada Yuki tanpa dia sedari.

Bersambung...

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang