Pada keesokkan paginya...
Tepat pada jam 8 pagi..
Yuki sedang tidur nyenyak sambil ditemani oleh Ryuu. Dia sebenarnya sudah biasa berjaga jadi itu takkan menjadi masalah padanya. Dia hanya mengawasi Yuki sambil membaca buku catatannya itu. Masih banyak yang dia kena kaji agar dapat membantu sang remaja itu.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka oleh seseorang. Ryuu dengan segera terus saja menutup bukunya & memandang orang yang amat dia kenal itu sambil melepaskan nafas lega. Ia hanyalah Lily & Raina.
"Hai, abang Ryuu. Maaf menganggu. Sebenarnya Lily datang bawakan sarapan untuk abang Yuki & Abang Ryuu. Silalah makan ya,"kata Lily sambil tersenyum.
"Oh, T..terima kasih,"ucap Ryuu yang sedikit kekok apabila dilayan seperti itu oleh Lily.
"Yuki belum bangun ke?"tanya Raina sambil memandang Yuki yang masih sedang nyenyak tidur itu.
"Dia dah sedar semalam cuma dia sedang berehat sekarang jadi jangan ganggu dia buat masa sekarang,"kata Ryuu lalu menghirup tehnya.
"Ouh, Lily boleh keluar kejap tak? Akak ada something nak cakap dengan Abang Ryuu,"kata Raina.
"Baiklah, Lily keluar dulu,"kata Lily lalu keluar dari situ.
Raina berjalan mendekati mereka lalu duduk di sebuah kerusi & memandang Ryuu. Dia risau sangat dengan keadaan Yuki.
"Ryuu, sebenarnya Yuki sakit ke?"tanya Raina.
"Tak, dia cuma terlalu tertekan aku rasa. Kenapa kau tanya?"tanya Ryuu yang cuba menyembunyikan hal sebenar.
"Aku cuma terlalu risaukan dia. Kebelakangan ni banyak perkara yang berubah pada dia,"kata Raina.
Ryuu hanya memandang Raina. Dia tahu Raina risau tentang keadaan sang remaja berambut putih itu. Walaupun begitu, dia harus merahsiakan hal itu. Dia tahu, perit rasanya kalau dia bagitau hal itu pada Raina. Dia risau keadaan akan bertambah teruk.
Tiba-tiba, Yuki bangun lalu menggosok kedua-dua matanya. Ryuu & Raina hanya memandang sang remaja yang baru saja tersedar dari buaian mimpinya itu. Yuki meregangkan tangan & badannya sedikit selepas tidur dalam jangka masa yang panjang.
"Raina? Apa yang kau buat kat sini?"tanya Yuki menggunakan bahasa isyarat.
Raina tidak menjawab sebaliknya terus memeluk sang remaja itu. Yuki terkejut dengan apa yang berlaku. Dia terkaku seketika sebelum memandang Raina. Sang puteri dingin itu hanya memeluknya tanpa berkata apa-apa.
"Maaf, aku silap sebab tak bantu kau, Yuki. Aku sepatutnya bantu kau, lindungi kau & jaga kau seperti mana yang kau buat tapi aku gagal. Maafkan aku,"kata Raina perlahan.
Yuki terus saja memandang Raina lalu mengusap perlahan kepala puteri itu. Rasa bersalah semakin dirasainya. Perlukah dia merahsiakan hal ini lagi atau terus saja memberitahu hak sebenar? Dia memandang Raina yang kelihatan sedih itu. Mungkin belum tiba masanya dia memberitahu hal itu pada sang puteri itu.
"Oi, dah lah tu. Biarlah Yuki makan sarapan dia dulu,"kata Ryuu yang mulai kelihatan menyampah dengan situasi itu.
"Maaf, aku keluar dulu ya. Makan sarapan kau tu,"kata Raina sambil tersenyum lalu mencubit perlahan pipi Yuki & keluar dari bilik itu.
Yuki terdiam seketika. Dia keliru dengan keputusannya sendiri. Tak pernah dia bayangan hak seperti ini akan terjadi. Walaupun begitu, dia harus menerima hakikat tentang hal itu. Tiba-tiba, Ryuu mencuit tangannya.
"Kau ni dah kenapa, atuk? Makan jelah sarapan kau tu. Aku tahu kau risaukan keadaan kau sendiri & rasa bersalah nak bagitau hak sebenar tapi buat masa sekarang kau kena terus merahsiakan hal itu & bertahan selama yang boleh,"kata Ryuu lalu memakan pankek miliknya.
"Baiklah, terima kasih, Ryuu sebab selalu saja sokong aku,"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat.
Di ruang tamu istana...
Kelihatan Tanaka sedang baring di atas sofa kerana terlalu kebosanan. Biasanya dia akan bercakap bersama Yuki kerana sang remaja itu selalu saja melayan karenahnya berbanding Rito yang lebih serius, tenang & dingin itu.
"Urgh! Aku bosanlah! Bila kita boleh balik ni?"tanya Tanaka sambil mengeluh.
"Boleh diam tak? Aku tengah membaca ni,"kata Rito sambil membaca buku.
"Apa-apa jelah, Rito. Kalau Yuki ada kat sini, pasti aku takkan bosan sampai macam ni tau,"kata Tanaka.
Di ruang latihan pedang...
Kelihatan Reiki, Zarien, Azaki, Raja Ayato & Aruka sedang berada di situ. Sebenarnya Reiki mahu mencabar Zarien berlawan dengannya sementara Azaki hanya mahu berlatih menggunakan pedangnya.
"Oh, kau nak cabar aku ya?"tanya Zarien sambung tersenyum sinis.
"Ya, aku harap kau boleh kalah dalam perlawanan ni,"kata Reiki dengan dingin.
"Aku pun harap begitu juga, si lemah,"kata Zarien sambung tersenyum sinis.
Mereka berjalan masuk ke dalam padang latihan lalu mengeluarkan senjata mereka. Zarien terus saja mengeluarkan dagger miliknya lalu tersenyum sinis memandang Reiki.
Maka bermulalah perlawanan mereka. Reiki terus saja membuka langkah untuk menyerang. Raja Ayato & Raja Aruka hanya menjadi penonton perlawanan mereka itu.
"Hebat sungguh anak kamu, Aruka,"puji Raja Ayato.
"Takde lah, anak kamu pun sama, Ayato,"kata Aruka sambil tersenyum.
Reiki mengeluarkan pedangnya lalu menyerang Zarien. Tanpa sedar, Zarien terus saja mengelak dengan pantas lalu menendang Reiki satu belakang. Sang remaja itu terus saja terpelanting lalu memandang Zarien dengan geramnya. Mereka berdua terus saja berlawan sehingga kelajuan mereka semakin pantas malah kekuatan impak kuasa mereka semakin kuat setiap kali senjata mereka saling berlagaan.
Raja Aruka sedar yang keadaan mulai menjadi semakin serius sebaik saja mendapati yang mereka tidak berhenti berlawan malah ada diantara mereka mulai tercedera. Raja Aruka mahu menghalang mereka tetapi dihalang oleh Raja Ayato.
"Tunggu dulu, saya pasti yang keadaan akan menjadi lebih menarik,"kata Raja Ayato sambil tersenyum sinis.
"Tapi, keadaan dah jadi semakin tak terkawal. Kalau kita tak halang mereka sekarang, keadaan mungkin akan menjadi semakin teruk malah impak kuasa mereka akan mulai tidak stabil kalau keadaan macam ni berlaku secara berterusan,"kata Raja Aruka.
"Tak, kita tengok dulu. Saja pasti takde apa-apa yang akan berlaku,"kata Raja Ayato.
Pada masa yang sama, Yuki dapat merasai ada sesuatu yang buruk akan berlaku ketika dia sedang duduk di atas katilnya. Dia dapat merasai impak kuasa hasil dari lagaan senjata Reiki & Zarien mulai menunjukkan yang impak itu mulai tidak stabil.
"Ryuu, kau ada rasa apa-apa tak?"tulis Yuki.
"Tak, kenapa kau tanya?"tanya Ryuu yang sedang sibuk membaca buku sambil mencatat.
"Aku dapat rasakan yang ada impak kuasa yang mulai tak stabil. Lebih baik kita pergi cepat,"kata Yuki lalu bangun dari katilnya.
"Nanti, Yuki! Keadaan kau tak sihat lagi tu!"kata Ryuu sambil menghalang Yuki.
Sang remaja berambut putih itu tidak mengalah. Dia risau kalau-kalau ketidakseimbangan impak kuasa itu akan mengakibatkan berlakunya letupan, kemusnahan, kecederaan malah mungkin boleh melibatkan nyawa orang tidak bersalah. Yuki hanya terdiam lalu memandang Ryuu.
Bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/245440076-288-k663609.jpg)
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...