Mereka semua hanya ternganga sebab terkejut dengan cerita Reiki. Nak cakap mengarut, takde lah mengarut tapi kalau nak cakap pelik, adalah juga tapi kalau nak cakap luar biasa tapi bukanlah luar biasa tetapi agak merisaukan.
"Serius lah dia macam tu? Aku risau semacam pulak dengar. Kau tak tipu kan?"tanya Rito ingin kepastian.
"Takkanlah aku nak tipu. Walaupun aku ni nampak ego & sombong pun, aku takkan tipu dengan apa yang aku nampak,"kata Reiki.
"Boleh percaya ke kau ni? Jangan-jangan imaginasi kau je kot?"kata Tanaka sambil memandang Reiki.
"Bergantung pada korang jelah. Aku just cerita apa yang aku syak je,"kata Reiki.
"Weh, serius ni? Akak pun macam tak percaya tapi betul ke memang Yuki kadang-kadang tidur tak bertempat?"tanya Raina ingin kepastian.
"Ya, betul kak. Tak percaya sudah,"kata Reiki.
Tiba-tiba diorang terdengar bunyi benda jatuh laku terpandang Yuki yang terbaring dekat atas lantai kat tepi rak buku. Mereka baru je nak bangun & lari kat Yuki tapi sang remaja berambut putih itu bangun dulu.
"Yuki? Kau ok ke?"tanya Rito yang pelik dengan hal itu.
Yuki hanya mengangguk lalu menyapu habuk yang ada pada pakaian miliknya akibat terjatuh tadi.
Mereka semua hanya mampu memandang Yuki dengan perasaan pelik. Sekarang baru mereka percaya apa yang Reiki cakap.
"Kau betul, Reiki. Aku rasa Yuki memang ada masalah,"kata Tanaka.
Sebenarnya masa Yuki tengah pilih-pilih buku kat rak. Tiba-tiba, dia rasa mengantuk tanpa sebab sehingga memaksa diri dia tidur. Yuki pun sedar yang kebelakangan ni diri dia asyik tertidur tanpa sedar atau sengaja.
"Yuki, kau pasti ke yang kau ok? Ke kau ada masalah ni?"tanya Raina.
"Ya, aku ok. Asal korang risau semacam je ni?"tulis Yuki.
"Bukan apa tapi kebelakangan ni, kita orang nampak kau asyik tertidur tanpa sengaja je. Masa tengah berlatih lawan kau tertidur. Masa tengah memanah pun kau boleh tidur apatah lagi baca buku pun kau boleh tertidur. Apa masalah kau ni? Buang tabiat ke apa ni?"kata Tanaka.
Yuki hanya mengusap belakang lehernya. Rasa bersalah pula buat diorang risau dalam keadaan macam ni. Apa boleh buat, dia tak boleh dah nak elak semua masalah tu. Dia sendiri pun dah tak mampu kawal tidur dia macam biasa.
"Lebih baik kau cakap Yuki. Apa masalah kau sekarang ni?"tanya Reiki.
Pada masa yang sama, Ryuu turut berada di situ lalu berjalan mendekati mereka.
"Biar aku ceritakan. Sebenarnya, Yuki tolong aku buat kajian jadi dia asyik jaga lewat malam je tolong aku. Sebab tak biasa, dia asyik tertidur tanpa sedar je,"kata Ryuu pendek.
"Oh, macam tu ke? Ingat kan apalah tadi,"kata Tanaka.
Yuki hanya mampu menghembuskan nafas lega sebaik saja Ryuu datang menyelamatkan dirinya. Mereka semua telah termakan umpan Ryuu kerana mempercayai kata-kata Ryuu untuk menutup masalah sebenar Yuki. Nasib baik percaya kalau tak mesti dah kantoi.
"Aku nak pinjam Yuki kejap. Korang study kah dulu,"kata Ryuu lalu menarik Yuki keluar dari situ & berjalan pergi ke biliknya.
Di bilik Ryuu...
Yuki duduk di atas sofa sambil melepaskan lelahnya. Dia tidak pernah berasa seletih ini sebelum mengalami masalah itu. Ryuu hanya memandang Yuki. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya berharap.
"Yuki, aku dah temui keturunan yang telah menganiayai keturunan kita,"kata Ryuu.
"Betul ke? Siapa dia?"tulis Yuki.
"Sebenarnya aku dah buat beberapa pengintipan secara diam di kerajaan yang terdekat tapi aku tak pasti sama ada ia betul atau tak sebab orang yang kita cari tu, berada di Kerajaan Hizzelter,"kata Ryuu sambil mengeluh.
"Aku tak sangka betul. Kau pasti ke, Ryuu?"tulis Yuki lagi.
"Tapi sayangnya, orang tu dikatakan dah pindah keluar dari situ 10 tahun yang lepas,"keluh Ryuu.
Yuki hanya mampu kecewa dengan hal itu. Nampaknya, keadaan menjadi semakin sulit sebaik saja dia sedar yang keturunan orang yang menyumpah bangsanya itu sangat susah untuk ditemui. Tambahan pula, dia risau kalau-kalau dia gagal temui bangsa itu & akhirnya mengalami nasib yang sama seperti bangsanya yang lain.
"Jangan risau, Yuki. Aku pasti kita akan temui mereka. Aku takkan mengalah selagi kau masih hidup,"kata Ryuu yang cuba memberikan semangat pada Yuki.
Dia tahu sang remaja berambut putih itu sedang kecewa & susah hati. Apa yang dia boleh lakukan ialah berusaha untuk membantunya selagi boleh. Itulah misi utamanya sekarang.
"Ryuu, kalau aku gagal macam mana? Aku pasti akan kecewakan diri aku, keluarga aku malah bangsa aku sendiri. Aku pasti yang mereka semua akan benci aku kerana aku gagal,"tulis Yuki.
Tiba-tiba, pipi Yuki ditampar oleh Ryuu dengan kuat sehingga terjatuh. Yuki mengerang kesakitan sambil memandang Ryuu.
"Kau sedar tak apa yang kau baru cakap tadi?! Apa yang kau mengarut ni hah?! Kau sepatutnya bangga tau aku masih hidup & dapat tolong kau! Walaupun kau gagal, sekurang-kurangnya kau cuba dari tak buat apa-apa! Banggalah sikit dengan diri kau & bantuan aku ni!"marah Ryuu.
Yuki hanya menundukkan kepalanya sambil memegang pipinya itu. Dia sedar akan kesilapannya untuk menyerah kalah terlalu awal. Dia sepatutnya berusaha lebih keras seperti Ryuu. Kenapa dia terlalu mudah mengalah?
"Maaf & terima kasih, Ryuu sebab sedarkan aku tentang tujuan sebenar kita,"kata Yuki menggunakan suara hatinya.
"Baguslah, kau sedar kesilapan kau jadi buat masa sekarang aku nak kau buat beberapa perkara,"kata Ryuu.
"Apa dia, Ryuu?"tanya Yuki sambil memandang Ryuu.
"Pertama, jangan gunakan kuasa kau sesuka hati buat masa sekarang sebab semakin banyak kau guna kuasa kau, semakin kuat sumpahan tu rosakkan tubuh kau. Ke-2, pastikan kau rehat & makan dengan cukup, sebab aku risau kalau-kalau kau semakin lesu & sakit. Akhirnya sekali, yang ke-3, kau tidur sebanyak mana yang yang boleh untuk kurangkan kesan sampingan sumpahan tu sebab bila kau tidur, sumpahan tu tak dapat ambik kesempatan malah kuasa & tenaga kau pun sempat dipulihkan tapi aku bagi kau amaran Yuki. Jangan terlalu tertekan atau stres sebab itu akan lebih menganggu diri kau nanti,"kata Ryuu.
"Tapi, macam mana kalau diorang syak aku buat benda pelik-pelik lagi?"tulis Yuki.
"Kau buat je alasan kau putus cinta. Apa masalah?"usik Ryuu.
"Seriuslah sikit Ryuu! Aku tak sukalah gurau time tengah serius ni!"rungut Yuki sambil menulis.
"Haha, tahu takpe. Kau bagi je alasan yang kau penat sebab jaga lewat malam & cakap je kau buat macam tu sebab kau stres kerja banyak sangat. Apa susah? Diorang pun takkan syak sangat sebab kau kan buat kerja sampingan lagi,"kata Ryuu.
Ada bernas juga dengan cadangan Ryuu tu. Walaupun begitu, Yuki tak boleh selamanya merahsiakan hal itu. Dia tahu yang perkara itu pasti akan terbongkar juga. Tapi buat masa sekarang dia hanya perlu merahsiakan hal itu selagi mampu. Itu saja yang mampu mereka lakukan.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...