Pada masa yang sama, kesemua orang yang berada didalam istana telah merasai gegaran & bunyi bising yang kuat akibat serangan Reiki. Hal itu turut menarik perhatian sahabat Yuki & kedua raja yang baru saja sedang mengejar seseorang tadi.
"Bunyi apa tu?"tanya Tanaka.
"Aku rasa orang yang kita kejar tu cuma bayangan. Kita dah termakan umpan!"kata Ryuu sambil memandang mantel yang dipakai oleh orang yang mereka kejar tadi yang sebenarnya hanyalah bayangan kuasa.
"Lebih baik kita cepat ke sana!"kata Reiki.
Mereka semua terus saja berlari ke tempat dimana Yuki & Zarien sedang bertarung.
Di padang istana...
Zarien hanya memandang Yuki yang sudah terbaring itu. Sang remaja berambut putih itu cuba untuk bangun tapi sayangnya terus saja diserang tanpa henti oleh putera raja yang tidak berhati perut itu. Raina hanya mampu menangis. Melihat seseorang yang disayangi disakiti seperti itu amat menyakitkan. Dia tidak mampu melepaskan dirinya dari ikatan bayang Zarien.
"Kau dah kalah, Yuki. Mengaku sajalah & Raina akan jadi milik aku. Aku pasti akan berhenti sebaik saja kau buat macam tu,"kata Zarien sambil tersenyum sinis.
Yuki menggeleng perlahan. Zarien hanya memandang Yuki sebelum berlari dengan sangat pantas ke arahnya. Yuki terus saja mengelak tapi sayangnya, Zarien lebih pantas & dia terus saja menendang sisi kiri dada Yuki.
Yuki terus saja terpelanting sehingga terlanggar pokok yang berada di kawasan itu sehingga patah. Zarien hanya menggenggam penumbuknya sambil memandang remaja berambut putih itu. Dia geram kerana Yuki sama sekali tidak mahu mengalah.
"Dasar tak guna!! Kenapa susah sangat kau nak mengalah hah?! Aku tak faham kenapa Raina suka pada kau. Sedangkan kau hanyalah budak bisu yang takde apa-apa!"kata Zarien.
"Tak! Kau salah! Kau yang takde apa yang Yuki ada! Yuki tak kejam macam kau & dia ada hati yang baik! Sebab tu, aku suka dia lebih dari kau, putera tak berhati perut!! Aku benci kau, Zarien!!"jerit Raina.
Zarien terkaku lalu memandang Raina dengan penuh amarahnya. Dia semakin geram & marah sebaik saja mendengar kata-kata Raina. Dia terus saja memandang Yuki yang mulai berdiri itu. Tiba-tiba, badannya terasa seperti diikat sehingga tidak mampu bergerak.
"Apa ni!!?"jerit Zarien yang sudah tidak mampu bergerak.
Tiba-tiba, dagger yang dipegang oleh Zarien telah jatuh akibat ikatan yang dirasainya itu. Yuki hanya memandang sang putera itu lalu bergerak dengan pantas ke arahnya. Zarien cuba melepaskan dirinya tetapi ikatan itu jauh lebih kuat. Dia hairan & terkejut dengan hal itu. Bukankah dia jauh lebih kuat dengan Yuki kerana remaja itu masih lemah? Tapi macam mana Yuki masih mampu menghasilkan serangan yang kuat seperti itu?
Yuki terus saja melibas pedangnya sehingga menyebabkan Zarien terpelanting jauh & terjatuh di atas semak pokok yang ada di kawasan padang itu. Serangan Yuki sangat kuat sehingga mengakibatkan dia pengsan. Raina hanya tersenyum kelat sebaik saja melihat Yuki yang sudah berjaya mengalahkan Yuki. Tanpa sedar, ikatan Zarien mulai lenyap laku terus saja dia berlari mendapatkan Yuki.
Yuki hanya melepaskan lelahnya. Dia bersyukur kerana masih ada kudrat untuk melawan Zarien walaupun dalam keadaan seperti itu. Walaupun begitu, rasa sakit semakin terasa di dadanya sebaik saja serangan tendang Zarien mengenai sisi kiri dadanya. Yuki membuka mask nya kerana berasa sesak nafas & dia juga turut terbatuk tanpa henti. Raina hanya memandang Yuki.
"Yuki, kau tak apa-apa ke?"tanya Raina sambil memandang Yuki yang sedang memegang sisi kiri dadanya.
Dia hanya memandang Raina sebelum dia terbatuk tanpa henti. Tanpa dia jangkakan, cecair berwarna merah pekat mulai mengalir dari mulutnya. Raina berasa cemas & terkejut sebaik saja memandang remaja itu. Yuki hanya terbatuk tanpa henti sebelum jatuh terbaring.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...
![Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]](https://img.wattpad.com/cover/245440076-64-k663609.jpg)