Bab 73: Penderitaan Yang Bakal Ditamatkan

1K 111 4
                                    

Pada sebuah malam, di dalam sebuah hutan...

Kelihatan Zarien & para pengawal sedang mencari Yuki & yang lain sebaik saja mereka berjaya melarikan diri. Walaupun sudah lama mereka mencari, mereka masih gagal menemui mereka.

Tiba-tiba, Ashura muncul & memandang mereka semua. Zarien & para pengawal terus saja menunduk hormat kepadanya.

"Macam mana? Kau dah jumpa mereka?"tanya Ashura.

"M..maaf, Tuan. Kami gagal menemui mereka,"kata Zarien.

"Tak mengapa, aku boleh cari mereka dengan lebih mudah. Lihatlah nanti,"mata Ashura sambil tersenyum sinis.

Zarien hanya memandang ketuanya itu. Dia tidak pasti apa yang difikirkan olehnya. Walaupun begitu, dia hanya menuruti apa yang dikatakan oleh Ashura.

Pada ketika itu, Ashura mulai mengangkat sebelah tangannya lalu mengeluarkan aura kuasa berwarna merah gelap pada tangannya sambil tersenyum sinis.

Pada ketika itu, Ashura mulai mengangkat sebelah tangannya lalu mengeluarkan aura kuasa berwarna merah gelap pada tangannya sambil tersenyum sinis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Datanglah kepada aku, Yuki. Ikuti segala arahan aku. Datanglah & aku akan tamatkan segala penderitaan kau. Datanglah ke mari,"kata Ashura sambil membacakan sesuatu jampi sehingga matanya mulai berubah menjadi merah.

Pada malam itu, di gua..

Kelihatan Shila & yang lain sudah tertidur nyenyak disekeliling unggun api kerana kepenatan & kesejukan pada malam itu. Suasana kelihatan sunyi & menenangkan pada ketika itu sehingga lah sesuatu yang tidak diduga terjadi.

Tiba-tiba, Shila terbangun dari tidurnya sebaik saja mendengar sesuatu. Ketika dia bangun, dia terpandang Yuki yang sedang berjalan keluar dari gua. Shila yang pelik akan hal itu segera mendekati Yuki.

"Yuki, awak nak ke mana tu?"tanya Shila sambil memegang bahu Yuki.

Walaupun begitu, Yuki tidak berkata apa-apa & hanya terus berjalan menuju ke sesuatu tempat. Shila yang semakin risau akan hal itu segera berlari ke hadapan Yuki & menghalangnya.

"Berhenti, Yuki! Ke mana awak nak pergi ni?"tanya Shila dengan suara yang sedikit kuat.

Tiba-tiba, Yuki merenungnya sehingga menyebabkan Shila terkaku sebaik saja terpandang anak matanya yang berwarna merah terang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba, Yuki merenungnya sehingga menyebabkan Shila terkaku sebaik saja terpandang anak matanya yang berwarna merah terang itu.

Yuki terus saja berjalan pergi tanpa mengendahkan Shila. Walaupun begitu, Shila tetap saja menghalangnya tetapi terus saja ditolak oleh Yuki.

"Tak! Saya takkan benarkan awak pergi!jerit Shila sambil menarik tangan Yuki.

"Lepaskan aku!!!"jerit Yuki.

Jeritan Yuki menyebabkan sang remaja itu terkaku. Suara yang dia dengar bukanlah suara yang pernah dia dengar di saat pertama kali Yuki mulai bersuara.

(Sila Rujuk Bab 69 untuk memahami cerita ini)

"Kau fikir kau boleh halang aku? Ingat lah, diri dia adalah hak aku & akan tetap saja menjadi hak aku terutamanya nyawa dia. Jadi, lebih baik kau menyerah sajalah. Kau hanya akan bazirkan tenaga & masa kau saja tentang hak ni,"kata Yuki lagi.

"Tak! Lepaskan Yuki! Saya takkan benarkan awak ambil Yuki dari Tamaki termasuklah dari saya jugak!"marah Shila lalu berubah menjadi semangat musang & memeluk Yuki lalu mengeluarkan sebuah aura bercahaya dari dirinya.

"L.. lepaskan aku!!! Arghh!!"raungan Yuki sehinggalah suasana mulai senyap.

Shila hanya memandang Yuki & tiba-tiba saja, sang remaja itu mulai jatuh tidak sedarkan diri & dipangku oleh Shila. Shila hanya menghembuskan nafas lega & mengusap lembut kepala sang remaja itu.

"Syukurlah, Yuki. S..saya takkan benarkan mereka ambil awak. S..saya tak nak Tamaki & awak menderita lagi. Jadi bertahanlah. Saya pasti kita akan temui cara untuk tamatkan semua ni,"kata Shila lalu memeluk Yuki sambil menangis.

Tiba-tiba, kelihatan beberapa orang pengawal mulai mengepung mereka & kedengaran bunyi tepukan tangan dari kalangan pengawal itu.

"Hahaha, drama yang menarik. Aku harap boleh tengok lagi tapi sayangnya ini adalah kali yang pertama & terakhir bukan?"kata Zarien sambil tersenyum sinis.

Shila kelihatan terkejut akan kedatangan musuh mereka itu laku terus saja melindungi Yuki. Tiba-tiba, lehernya telah dijerut dengan sesuatu sehingga menyebabkan sang remaja itu mulai sesak nafas & ditarik menjauhi Yuki.

"Y..Yuki,"kata Shila yang mulai terasa sesak nafas akibat dijerut oleh seseorang.

"Hahaha, malang sungguh musang ni. Walaupun begitu, kau agak berguna buat aku,"kata Ashura sambil tersenyum sinis lalu memunculkan rantai pada leher, kedua belah tangan & kaki Shila.

"Tidak! Jangan bawa Yuki pergi!!"jerit Shila.

"Jangan risau, aku cuma mahu menamatkan penderitaan dia,"kata Ashura.

"Jangan sentuh kawan aku & adik aku!!!"jerit Tamaki/Kuro yang tiba-tiba saja muncul lalu menyerang Ashura.

Kerana tidak sempat mengelak, lengan Ashura mengalami kecederaan. Ashura hanya tersenyum sinis memandang Tamaki/Kuro & tiba-tiba saja, kecederaan itu mulai sembuh. Sang remaja itu kelihatan terkejut sebaik saja terlihat hal itu.

Tiba-tiba, Tamaki/Kuro terjatuh di atas timbunan salji akibat dipukul curi dari belakang oleh Zarien. Sang putera itu hanya tersenyum puas.

"Bagus tu, sekarang bawa dia & budak musang tu,"arah Ashura sambil menunding jarinya ke arah Yuki & Shila.

"Macam mana dengan Kuro ni?"kata Zarien sambil memijak belakang Tamaki/Kuro yang kelihatan lemah itu.

"Tinggalkan dia. Biarkan dia mati kesejukan didalam ribut salji ni,"kata Ashura sambil memandang Zarien.

"Baiklah, tuan,"kata Zarien.

"Tidak! Lepaskan kami!! Tolonglah! Jangan buat kami macam ni! Tolonglah kami, Tamaki!! Bangunlah Tamaki! Tamaki!!"jerit Shila sambil diheret pergi oleh beberapa orang pegawal termasuklah Yuki.

"S..Shila..T..tidak, b..bukan Y..Yuki,"kata Tamaki/Kuro sambil memandang mereka dibawa pergi.

"Malam esok adalah malam yang paling indah buat semua. Tak sabar aku nak lihat penderitaan dia ditamatkan,"kata Ashura sambil memandang ke arah langit.

Dia hanya ketawa lalu lenyap dari situ bersama para pengikutnya yang lain & terus saja meninggal Tamaki/Kuro yang berada ditengah-tengah ribut salji yang kuat itu.

"T..tidak, a..aku mesti...s.. selamatkan..m.. mereka,"kata Tamaki/Kuro lalu memaksa dirinya untuk bangun & berjalan menuju ke tempat dimana Ashura berada dalam keadaan lemah malah terhuyung-hayang.

Walaupun dia berada dalam keadaan lemah & kesukaran untuk berjalan akibat salji yang mulai menebal kerana ribut salji yang lebat itu, dia tetap mengumpul segala kudratnya untuk menyelamatkan mereka.

Bersambung....

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now