Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik.
Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...
Pada sebuah malam yang sunyi, Di Kerajaan Hizzelter...
Kelihatan Yuki & Shila mulai dibawa keluar dari bilik kurungan oleh beberapa orang pengawal. Sebaik saja dikeluarkan, mereka berdua terus saja dibawa ke sebuah tempat.
Ketika sedang berjalan menuju ke tempat itu, Shila hanya memandang Yuki yang mulai berjalan jauh lebih perlahan dari dirinya. Semakin lama mereka berjalan, semakin perlahan langkah sang remaja itu. Shila tersangatlah risau selepas melihat apa yang berlaku pada malam semalam itu.
"Jalan cepat! Jangan berani nak berhenti!"jerit salah seorang pengawal sambil menolak Shila & Yuki agar berjalan lebih pantas.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka berhenti dihadapan sebuah pintu besi yang besar & tiba-tiba saja terus terbuka dengan sendirinya. Mereka pun terus saja berjalan masuk ke dalam tempat itu sambil diiringi oleh para pengawal itu.
"Tempat apa ni?"tanya Shila pada dirinya sendiri.
Ruangan itu kelihatan sedikit gelap kerana pengurangan pencahayaan. Walaupun begitu, suasana perlahan-lahan mulai cerah sebaik saja mereka tiba di sebuah tempat yang terdapat sebuah singgah sana di situ.
Shila terus saja memandang ke atas & terlihat sebuah tingkap cermin yang sangat besar sehingga dapat membenarkan cahaya bulan menerangi seluruh kawasan tempat itu. Tiba-tiba saja Yuki jatuh terduduk. Shila yang melihat hal itu terus saja duduk seoaras Yuki.
"Yuki! Kenapa ni?"tanya Shila.
Yuki hanya menundukkan kepalanya sambil melepaskan lelahnya. Shila hanya mampu memandang Yuki yang kelihatan benar-benar kelelahan. Tiba-tiba, kelihatan beberapa orang mulai berjalan keluar dari kawasan yang gelap. Shila hanya mampu mendiamkan dirinya sebaik saja terpandang Ashura, Zarien & Raja Ayato yang datang ke arah mereka.
"Hehehe, inilah saat yang aku nantikan. Tak lama lagi, penderitaan kau bakal ditamatkan, Yuki. Kau patut gembira bukan?"kata Ashura sambil mencengkam kedua-dua pipi Yuki agar memandang wajahnya.
Yuki hanya memandang wajah Ashura. Dia tidak dapat berbuat apa-apa termasuklah melawan. Kalau dia cuba sekalipun, dia tahu yang keadaan pasti akan bertambah teruk. Ashura hanya tersenyum sinis lalu melepaskan cengkaman itu & berjalan menjauhi mereka lalu memunculkan sebuah batu besar yang berbentuk segi empat tempat yang hampir menyerupai meja.
"Letak & gari rantai pada tangan & kaki dia,"arah Ashura.
Para pengawal terus saja menarik Yuki dengan kadar & memaksa sang remaja itu untuk baring di atas meja batu itu lalu mengari kedua-dua belah kaki & tangan Yuki.
"Tutup mulut perempuan tu! Jangan benarkan dia ganggu upacara penting ni!"arah Zarien.
Para pengawal terus saja menutup mulut Shila dengan kain agar dia tidak mengeluarkan sebarang suara semasa upacara itu dilakukan. Shila hanya meronta-ronta sekuatnya tetapi gagal melepaskan diri. Dia hanya mampu memandang Yuki yang sedang terbaring diatas meja batu itu.
Tiba-tiba, suasana yang kelihatan cerah tadi perlahan-lahan mulai berubah menjadi merah. Ashura hanya tersenyum sinis melihat hal itu. Yuki yang terbaring itu hanya mampu memerhatikan bulan yang mulai berubah menjadi merah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.