Ashura hanya memandang Yuki yang sudah terbaring di atas tanah yang sedang mengerang kesakitan. Dia hanya tersenyum sinis lalu mencapai tombaknya & mengubah tombak itu menjadi sebuah penukul yang besar.
"Kau dah bosan kan kena tikam? Jadi, apa kata kita main pukul-memukul pulak. Rasakan ni!!!"kata Ashura lalu menghempas penukul itu ke atas Yuki.
Yuki yang tidak sempat mengelak hanya menahan kesakitan daripada serangan itu. Ashura hanya memukul tubuh sang remaja itu tanpa henti. Ryuu yang melihat hal itu hanya terkaku.
Tiba-tiba, seseorang muncul daripada belakang Ashura & menendangnya. Ashura hanya menahan kaki sang penyerang itu menggunakan tangannya.
"Lepaskan adik aku!!!"jerit Kuro/Tamaki & terus saja menumbuk dada Ashura sehingga menyebabkan sang lelaki itu melepaskan kakinya.
"Heh, tak sangka kau masih berani datang ke sini ya? Baiklah, mari kita bermain sikit!"kata Ashura lalu menyerang Kuro/Tamaki.
Yuki masih lagi terbaring di situ setelah menerima pukulan yang bertubi-tubi tanpa henti. Pada masa yang sama, kelihatan seekor naga lain yang besar datang & menghembuskan nafas berapi ke arah Ashura.
"Dasar naga tak guna!!"marah Shura laku menyerang naga itu tetapi gagal.
Naga itu jauh lebih pantas & terus saja mengelak. Kuro/Tamaki terus saja mengeluarkan pedangnya & menyerang Ashura bersama-sama dengan naga itu.
Pada masa yang sama, kelihatan Shila sedang berjalan ke arah Ryuu & sahabat Yuki yang lain untuk membantu mereka. Sang remaja itu terus saja berubah ke bentuk semangat musang lalu menggunakan kuasa penyembuhan miliknya untuk merawat mereka semua.
"Jangan risau, semuanya akan baik-baik,"kata Shila sbio memandang Ryuu.
Walaupun begitu, Ryuu hanya terdiam sambil memandang sang naga itu. Dia sedar akan siapakah naga itu yang sebenarnya.
"Seikatsu, aku tak sangka dia mampu berubah bentuk dia demi Yuki. Dia memang naga yang tersangatlah setia untuk melindungi tuannya,"kata Ryuu.
Kuro/Tamaki & sang naga, Seikatsu berkerjasama dalam berlawan Ashura. Mereka tetap saja berlawan tanpa penat & lelah untuk melindungi orang tersayang mereka, Yuki.
"Tak guna!!! Hentikan!!!"jerit Ashura lalu menghasilkan sebuah bebola kuasa & menyebabkan bebola kuasa itu menghasilkan sebuah letupan impak yang kuat sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting.
Ashura hanya tersenyum sinis melihat mereka berdua yang sedang menyerang kesakitan itu & terus saja menikam sayap sang anak naga itu. Seikatsu terus saja meraung kesakitan. Kuro/Tamaki yang melihat hal itu terus saja menyerang Ashura tetapi gagal & dia terus saja ditumbuk di bahagian dada oleh Ashura sehingga terpelanting jauh dari situ.
"Oh, Kuro, budak yang malang sekali. Kenapa kau kena melawan aku? Apa kata kalau kau sertai aku? Aku cuba selamatkan kau, Kuro. Tiada gunanya kalau kau terus bersama dengan adik kau. Dia hanyalah bangsa yang akan mati akibat sumpahan ni. sedangkan kau tidak, Kuro,"kata Ashura.
"D.. diamlah! Aku takkan sertai kau!!"jerit Kuro/Tamaki.
Ashura hanya merenung sang remaja itu & terus saja muncul dihadapan Kuro/Tamaki lalu mencekiknya dengan kuat. Sang remaja itu hanya meronta-ronta kelemasan akibat dicekik dengan sangat kuat.
Seikatsu terus saja berlari ke arah Ashura untuk menyerangnya tetapi kakinya tiba-tiba saja ditikam oleh tombak Ashura & akhirnya terjatuh sambil meraung-raung kesakitan.
"S...seik..katsu,"kata Kuro/Tamaki perlahan.
"Menyedihkan sekali. Ucapkan selamat tinggal,"kata Ashura lalu mengeluarkan sebuah pedang kecil & mahu menikam sang remaja itu.
Tiba-tiba, Ashura ditumbuk sehingga terpelanting & Kuro/Tamaki terus saja terjatuh & disambut oleh seseorang. Sang remaja itu hanya memandang orang yang telah menyelamtkan dirinya itu & amat dia kenali itu.
"Y..Yuki,"kata Kuro/Tamaki dengan lemahnya sambil memandang sang adiknya itu.
Yuki hanya memandang sang abangnya itu & memeluknya sebelum mengangkat sang abangnya itu lalu berjalan ke arah sang naga nya itu. Sang naga itu terus saja berubah ke bentuk asalnya yang kecil itu lalu dengan segera memanjat naik ke atas bahu tuannya.
Sang remaja itu terus saja berjalan ke arah Shila sambil mengangkat abangnya itu lalu meletakkan sang abangnya & sang anak naganya itu dihadapan Shila. Yuki hanya mengusap sang naga itu sebelum berjalan pergi.
Seikatsu mahu mengikuti Yuki tetapi dihalang oleh Ryuu. Ryuu terus saja memegang sang anak naga itu kerana dia tahu yang Yuki masih belum selesai dalam perlawanan diantara sang musuhnya itu.
"Tak guna! Kau fikir aku akan menyerah! Marilah! Buktikan apa yang kau ada!!"jerit Ashura lalu membuka sayapnya & terbang tinggi ke atas langit.
Yuki terus saja membuka sayapnya & terus saja mengikuti Ashura sambil mengeluarkan sebuah panah miliknya. Ashura hanya merenung Yuki & mengeluarkan beribu-ribu tombak miliknya.
"Mari lihat sama ada siapa yang akan hidup lepas ni,"kata Ashura.
Ashura terus saja mengawal kesemua tombak itu menuju ke arah Yuki. Sang remaja itu hanya merenung Ashura tanpa bergerak dari tempatnya itu lalu menyasarkan panahnya ke arah Ashura & melepaskan beribu-ribu anak panas kuasa ke arah Ashura.
Sang lelaki itu hanya terkaku sebaik saja melihat hal itu. Dia tidak menyangka yang Yuki sekuat itu. Dia semakin marah kerana gagal melawan sang remaja itu & terus saja menukarkan tombaknya menjadi sebilah pedang malah meluru pantas ke arah Yuki.
Yuki terus saja mengeluarkan pedang Katana miliknya & terus saja meluru dengan pantas ke arah Ashura sehingga kedua-dua pedang mereka mulai berlagaan.
"Macam mana kau boleh hidup sedangkan kau sepatutnya mati kerana sumpahan aku seperti orang lain?! Kau takkan dapat kalah kan aku kerana kau pun tak boleh bercakap kerana sumpahan aku bukan?"sindir Ashura.
Yuki hanya terdiam sambil menunduk kepalanya sebelum merenung Ashura. Mereka berdua terus saja mengundurkan diri menjauhi diri masing-masing. Ashura terus saja menghasilkan sebuah aura kuasa kegelapan pada pedangnya begitu juga dengan Yuki yang sedang menghasilkan sebuah aura kuasa cahaya pada pedangnya.
"Semoga yang terkuat menang!"jerit Ashura.
Mereka berdua terus saja meluru ke arah diri masing-masing dengan aura kuasa tersendiri yang sedang menyelubungi diri mereka. Sebaik saja kedengaran bunyi lagaan pedang mereka, terus saja terhasil sebuah impak tolakan yang sangat kuat. Pedang mereka masih lagi saling berlagaan & masing-masing hanya saling memandang.
"M..macam mana kau masih boleh hidup?! Kau sepatutnya perlu mati macam yang lain?! Lagipun kau lemah sebab kau tak boleh bercakap kerana sumpahan aku bukan?"sindir Ashura.
Yuki hanya terdiam sambil menundukkan kepalanya sebelum merenung Ashura
"Tak, kau salah, Ashura. Walaupun mereka dah mati, kuasa mereka tetap akan diwarisi oleh generasi ke generasi yang kekal hidup sehingga sekarang. Kerana itulah, lagenda tentang mereka akan tetap kekal & legenda takkan pernah mati!!"kata Yuki yang mulai bersuara dengan sendirinya & terus saja mengeluarkan sebuah bebola cahaya lalu meletakkan tangannya pada dada Ashura.
Yuki hanya melakukan itu agar dapat mengalahkan Ashura & bukan membunuh sang lelaki itu kerana dia masih teringat akan kata-kata Matsuki.
"Tidak!!! Apa kau buat ni?!!"jerit Ashura sebelum pertembungan mereka akhirnya berakhir dengan sebuah letupan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasiaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...