Di istana Kerajaan Permata Malam...
Raja Aruka terus saja membuka sebuah sampul surat peribadi yang dikirim dari Kerajaan Hizzelter. Dia berasa sedikit risau kalau-kalau raja kerajaan itu sedang mengesyakinya & kerajaannya itu.
Dia terus saja membuka sampul surat itu lalu membaca apa yang tertulis pada surat itu. Dia kelihatan terkejut sebaik saja dia membaca isi surat itu. Nampaknya Raja Ayato dah mulai bertindak untuk mewujudkan peperangan diantara 2 kerajaan itu.
"Habislah macam ni,"kata Raja Aruka.
Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang berada di dalam sampul surat itu lalu mencapainya.
"Tablet mini? Apa yang ada dalam tablet ni?"tanya Raja Aruka lalu memandang skrin tablet yang terpapar sebuah video.
Di dalam Video....
"Hai, Aruka. Kau memang raja yang bijak & licik. Kau fikir kau boleh sembunyikan segalanya dari aku ya? Lebih baik kau fikirkan balik sebelum kau bertindak. Senang saja, kau jangan ganggu aku & aku takkan ganggu kau. Lagipun orang Bangsa Ahli Sihir White Sky adalah milik aku termasuklah budak bernama Yuki Amane. Dia adalah satu-satunya benda apa yang aku mahukan. Lebih baik kau undurkan diri & kerajaan kau dari menganggu urusan aku atau kau akan terima akibatnya. Ini adalah amaran Datu aku, Aruka. Lebih baik kau jangan berani melawan kalau kau lemah,"kata Raja Ayato.
Video tamat...
Raja Aruka hanya berdecit tanda geram. Dia tidak menyangka yang misi rahsia mereka telah terbongkar. Mungkin ada pengintip rahsia yang dihantar untuk memerhatikan mereka.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang datang dari tablet mini itu. Raja Aruka yang perasan akan hal itu terus saja mencampakkan tablet mini itu laku melompat keluar dari bilik itu melalui tingkap. Tiba-tiba, tempat itu terus saja meletup sehingga menarik perhatian yang lain.
Di arena latihan..
"Alamak! Itu bilik ayahanda!"kata Raina lalu bergegas menuju ke arah sana.
"Apa yang dah jadi!?"tanya Tanaka lalu mengejar Raina.
Mereka semua terus saja bergegas ke sana & tanpa sengaja telah bertembung dengan Raja Aruka yang berjaya keluar dari tempat letupan itu.
"Ayahanda! Ayahanda tak apa-apa ke?"tanya Reiki.
"Jangan risau, ayahanda tak apa-apa,"kata Raja Aruka.
Tiba-tiba Rin datang bersama dengan Permaisuri Amiko.
"Kanda! Apa dia jadi?! Semuanya baik-baik ke?"tanya Amiko sambil memeluk suaminya itu.
"Jangan risau. Semuanya baik-baik saja. Tapi nampaknya Raja Ayato dah tahu rancangan kita,"kata Raja Aruka sambil mengeluh.
"Apa?!"jerit Tanaka yang tidak mempercayai hal itu.
"Nanti?! Dia dah tahu?! Tapi macam mana?!"tanya Reiki.
"Pelik, aku pasti dia ada hantar seorang pengintip untuk intip kita,"kata Rito.
"Aku rasa itu mesti Azaki! Dia pembelot!"marah Tanaka
Tiba-tiba, kepalanya diketuk oleh Rito. Itulah Tanaka, kadangkala suka saja menuduh benda yang bukan-bukan sampai menimbulkan masalah yang lainnya pula. Mereka semua hanya memikirkan hal tersebut.
Pada masa yang sama, Rin ternampak seseorang yang memakai hood hitam sedang bersembunyi tidak jauh di sebalik tiang berdekatan kawasan itu lalu terus saja melarikan diri sebaik saja orang itu menyedari yang keberadaan dirinya sudah diketahui.
"Nanti!!"jerit Rin lalu mengejar orang itu.
Yang lain terus saja mengikuti Rin sebaik saja mendengar jeritan sang lelaki itu. Orang itu terus saja melarikan diri sehingga tiba dia sebuah tempat. Dia mulai panik sebaik saja menyedari yang dia sudah terperangkap. Tiba-tiba mereka semua muncul lalu mengepung orang itu di setiap sudut kawasan itu.
"Siapa kau hah?! Apa tujuan kau dihantar ke sini!?"tanya Reiki dengan penuh amarahnya.
Orang itu tidak menjawab sebaliknya hanya terdengar bunyi tangisan. Mereka semai hanya memandang orang itu sehinggalah orang itu menurunkan hoodnya. Mereka kelihatan terkaku sebaik saja melihat orang itu.
"T.. Tirana?!!"jerit mereka dengan penuh terkejutnya.
"Huwaaa! Maafkan Tirana!"nangis Tirana.
Tiba-tiba, Azaki muncul bersama Raja Aruka & yang lain lalu memandang mereka. Dia kelihatan terkejut sebaik saja terpandang adiknya yang sedang menangis itu.
"Tirana? Apa dah jadi ni?"tanya Azaki.
"M.. maafkan Tirana, abang! Tirana hanya buat apa yang Ayahanda suruh. Hisk, Tirana tak tahu pun yang semua marah,"kata Tirana sambil mengesat-ngesat air matanya.
"Memang pun!"marah Reiki.
Tiba-tiba kepalanya terus saja diketuk menggunakan sarung pedang milik Raina. Yang lain kelihatan terkaku sebaik saja melihat hal itu. Azaki terus saja memeluk adiknya sambil cuba menenangkan sang kanak-kanak itu.
"Habislah macam ni. Sekarang Raja Ayato dah tahu rancangan kita. Apa kita kena buat sekarang?"tanya Tanaka.
"Sebenarnya, m..masa Tirana nak bagi laporan kat ayahanda, Tirana terdengar tentang rancangan ayahanda & dia sedang berbincang dengan seseorang yang Tirana tak kenal,"kata Tirana.
"Rancangan ayahanda?"tanya Azaki.
"Ya, Ayahanda cakap, dia akan lenyapkan semua Bangsa Ahli Sihir White Sky dengan merampas kesemua mana/kuasa mereka. Dia cakap dengan kuasa tu, ayahanda nak takluk seluruh dunia ni. Dia pun ada cakap pasal kawan abang. Dia cakap dia akan bunuh kawan abang untuk dapatkan sesuatu yang Tirana tak pasti apa bendanya tu,"kata Tirana sambil mengesat-ngesat air matanya lagi.
"Apa?!! Habislah! Kalau kita tak buat apa-apa, Yuki akan mati!!"jerit Tanaka dengan penuh paniknya.
"Diamlah! Kau ni hanya memburukkan keadaan je!"marah Raina lalu mengetuk kepala Tanaka menggunakan kuali.
Mereka semua hanya terdiam. Sekarang, rancangan mereka sudah terbongkar malah kebuntuan rancangan mahupun idea. Mereka tidak mempunyai cara lain melainkan cara itu saja. Tiba-tiba, kelihatan Ryuu sedang berjalan ke arah mereka bersama dengan 2 ekor naga kecil iaitu, Flora & Seikatsu.
Mereka kelihatan terpegun sebaik saja terpandang kedua ekor naga yang sedang mengekori sang remaja itu. Ryuu terus saja berjalan sehingga dia memberhentikan langkahnya & berdiri di hadapan mereka semua sambil tersenyum sinis.
"Dia main tektik kotor ya? Dia ingat dia sorang je ke yang boleh? Apa kata kita pun buat benda yang sama tapi dengan cara yang lebih ekstrem,"kata Ryuu sambil tersenyum sinis.
"Hahaha!! Aku akan pastikan yang raja tak guna tu akan menyesal kerana culik budak baik tu! Aku takkan maafkan dia selepas apa yang dia dah buat apa tuan anak aku!"kata Flora dengan penuh geram & bangganya.
Mereka semua hanya ternganga sebaik saja memandang Flora & Seikatsu. Mereka tidak menyangka yang makhluk mitos atau kuno seperti naga itu wujud.
"Bersiap sedialah! Kita akan lancarkan serangan pada esok hari. Aku ada rancangan baru,"kata Ryuu.
Bersambung....
![](https://img.wattpad.com/cover/245440076-288-k663609.jpg)
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasíaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...