Bab 3: Bertemu Rakan Sebilik

2.4K 224 9
                                    

Selepas mendapat rehat yang cukup, mereka meneruskan lagi perjalanan mereka & Tiba di sebuah kerajaan yang besar dikenali sebagai Kerajaan Permata Malam.

Kerajaan ini sangat terkenal sebagai kerajaan yang besar & kata dengan hasil bumi seperti emas, Perak,permata mahupun berlian.

Yuki terpegun melihat keindahan kerajaan itu, belum pernah dua melihat perkara sebegini sebelum ini.

Encik Ken yang melihat telatah Yuki hanya tersenyum. selepas melepasi pintu gerbang kerajaan, mereka menuju ke pusat bandar di mana kelihatan ramai penduduk sedang melakukan aktiviti masing-masing.

Setelah beberapa minit, mereka pun telah tiba di hadapan sebuah bangunan yang besar yang ibaratnya seperti istana yang mewah.

"Kita dah tiba. Selamat datang ke Cahaya Lazuli. Sekolah Elit yang paling hebat & terkenal di kerajaan ini,"kata Encik Ken.

Kawasan sekolah itu teramat lah luas. Malah terdapat banyak kemudahan terutamanya kemudahan teknologi.

Selepas itu, Encik Ken membawa Yuki ke bilik Pengetua untuk mendaftar dirinya.

Di pejabat...

Yuki melihat seorang lelaki yang kelihatan jauh lebih muda dari Ken duduk di kerusi. Malah dia nampak sangat ramah.

"Selamat datang ke Cahaya Lazuli, kamu mesti Yuki Amane. Silakan duduk ya. Hari ni saya akan terangkan beberapa perkara tentang sekolah kebangsaan ini,"katanya.

Yuki mengangguk lalu memegang bukunya.

"Baiklah, sebelum itu, nama saya Akito Yama. Pengetua di sekolah ini. Saya mendapati kamu memiliki prestasi yang agak luar biasa & itu menarik minat saya untuk menerima kamu. Apa pendapat kamu tentang sekolah ni?"tanya Akito.

"Semuanya nampak hebat & luar biasa. Sila terima & tunjuk ajar saya ya, Tuan Pengetua,"tulis Yuki.

"Kamu tak mampu berbicara rupanya. Maaf silap saya,saya harap kamu tak terasa hati,"kata Akito serba salah.

"Takpe, saya baik-baik saja. Ada apa-apa yang ingin Tuan Pengetua katakan lagi?"tulis Yuki lagi.

"Ini kunci bilik Dorm kamu. Di situ kamu akan memiliki 2 orang rakan sebilik. Jadi sekiranya kamu ada masalah sila maklumkan kepada saya ya,"kata Akito.

"Baik, ada apa-apa lagi?"tulis Yuki.

"Saya mahu kamu buat yang terbaik!kamu lah satu-satunya pelajar istimewa pertama yang saya pernah terima!jangan kecewakan saya ya!,"kata Akito dengan bersemangat.

"Baik!saya akan buat dengan sedaya upaya saya!,"tulis Yuki lagi.

"Kalau takde apa-apa lagi kamu dah boleh pergi ya,"kata Akito.

Yuki menuruti lalu pergi ke Dorm sambil ditemani oleh Encik Ken. Encik Ken memandang Yuki, dia dapat rasa sesuatu disebalik diri Yuki. Bagaikan satu aura yang pahit bercampur trauma.

"Yuki,adakah semuanya baik,"tanya Encik Ken dengan risau.

Yuki mengangguk. Lalu memeluk bukunya dengan erat.

Di bilik Dorm..

Encik Ken mengetuk pintu bilik Dorm itu lalu dibuka oleh seseorang.

"Ya! Ada apa? Oh! Encik Ken! Ada apa ni?"tanya orang itu.

"Saya ada bawa rakan sebilik baru kamu, sila layan dia dengan baik ya, Tanaka,"kata Encik Ken.

Yuki memandang tanaka yang kelihatan sedikit tinggi darinya.

"Baiklah!marilah masuk,"pelawa Tanaka.

Yuki masuk ke dalam Dorm itu, sebelum encik Ken pergi dia mengucapkan selamat tinggal & lalu beredar dari situ.

"Oi! Semua! Kita ada rakan baru!"jerit Tanaka.

"Siapa dia ni?"tanya seorang budak lelaki yang memiliki tubuh yang sedikit tegap & jauh lebih tinggi dari Tanaka.

"Siapa nama kau?"tanya Tanaka.

"Nama saya, Yuki Amane. Saya dari Kampung Vilderia, sila terima & tunjuk ajar saya,"tulis Yuki.

"Nama aku Tanaka Yuichi! Lelaki yang tinggi ni namanya Rito Tsubashi,"kata Tanaka sambil memperkenalkan diri.

"Apa kau main-main ke?"tanya Rito.

"Hahaha,dia mempermainkan kau lah Rito!"ejek Tanaka

Yuki menggeleng & tunduk tanda minta maaf.

"Kau tak mampu bercakap ke?"tanya Tanaka.

"Ya, saya tidak boleh bercakap sejak kecil lagi,"tulis Yuki.

"Maaf atas kekasaran aku, aku ingat kau main-main tadi,"kata Rito.

"Takpe, boleh tunjukkan dimana bilik tidur?"tulis Yuki.

Tanaka menunjukkan bilik tidur buat Yuki. Bilik tidur itu tersangat lah besar dari sangkaannya. Bagaikan katil untuk para Raja saja!

Selepas itu, Tanaka menunjukkan dapur, bilik mandi, ruang tamu & banyak lagi. Boleh dikatakan bilik Dorm ni dah macam sebuah rumah! Macam-macam kelengkapan ada!

Pada malam hari, Yuki sedang memasak di dapur,tanpa dia sedari dia sedang diperhatikan oleh Tanaka & Rito.

"Apa kau buat tu?"tanya Tanaka.

Yuki menunjuk ke arah dapur & makanan bagi menunjukkan dia sedang memasak untuk makan malam.

"Kau masak?! Biar betul?!"kata Tanaka dengan tidak percaya.

Selepas memasak, Yuki menghidangkan makanan diatas meja & memanggil rakannya yang lain untuk makan.

"Saya makan dulu!"kata tanaka lalu makan.

"S..Sedapnya,"kata Rito sambil makan.

"Sedap sangat! Kalah cef yang memasak di rumah aku!"kata Tanaka.

Yuki gembira melihat Tanaka & Rito suka akan masakan nya. Tiba-tiba Rito menanyakan sesuatu pada Yuki.

"Yuki, kenapa kau pakai penutup mulut,"tanya Rito.

Yuki terkaku. Dia tidak tahu apa yang perlu dia buat. Patut ke dia ceritakan segalanya atau terus berdiam diri ataupun membohongi mereka?

"Sebenarnya,itu rahsia. Aku baru je kenal korang, jadi agak segan untuk bercerita itu je,"tulis Yuki.

"Takkan sebab tu je! Cubalah Cite!"kata Tanaka.

"Maaf,saya tak boleh,"tulis Yuki lalu bangun & pergi ke biliknya.

"Aku ada salah cakap ke?"kata Tanaka tertanya-tanya.

"Mungkin,"kata Rito.

Yuki baring di atas katil sambil menekup mukanya, air mata yang dia tahan selama ini terus saja dilepaskan.

Semua memori yang menakutkan itu mula menerjah ke dalam ingatannya. Yuki takut & trauma, kenapa semua memori ni datang semula?

Yuki memegang kepalanya, dia sedaya-upaya untuk menenangkan fikiran nya.

Dai mahu saja melupakan perkara itu lalu dia bangun & menuju ke sebuah cermin lalu membuka penutup mulut. Dia melihat ke dalam cermin rupanya yang kini jauh berbeza dari yang dulu.

Yuki menyentuh mukanya lalu memakai semula penutupan mulut lalu baring di atas katil & tidur bagi bersiap sedia untuk persekolahan pertamanya.

Bersambung...


Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now