Di hospital....
Mereka semua terus saja berjalan sehingga tiba dihadapan pintu wad bilik Yuki lalu membukanya. Ketika mereka sedang membuka pintu, mereka terpandang Yuki yang sedang duduk di atas katil sambil membaca buku.
"Hai, Yuki. Macam mana dengan keadaan kau sekarang?"tanya Tangaka.
"Hai, maaf buat korang semua risau,"tulis Yuki.
Mereka terus saja berjalan mendekati sang remaja itu. Yuki hanya memandang mereka sambil meneguk air liurnya. Hentah kenapa dia dapat merasai suasana yang seram sejuk saja. Dia terus saja memandang sahabatnya yang lain & mereka kelihatan seperti tersangat-sangatlah senang.
"Yuki, kenapa lah kau selalu je buat orang risau ya? Kau ingat lawak ke buat orang risau hah?"tanya Raina sambil merenung Yuki dengan pandangan maut.
"Maaf!! Maafkan aku!!"kata Yuki menggunakan bahasa isyarat sambil menggeletar ketakutan.
"Nanti, Yuki? Kenapa warna anak mata kau berwarna merah?"tanya Rito yang tanpa sengaja terpandang mata sahabatnya.
Yuki terus saja menutup kedua matanya menggunakan tangan. Dia sebenarnya sudah hampir melupai hal itu. Nampaknya satu lagi masalah akan timbul tak lama lagi.
"Kau pakai contects lens warna merah ke? Masuk hospital pun sempat pakai lens ke?"tanya Tanaka.
Yuki hanya terdiam begitu juga sahabatnya yang lain. Mereka semua hanya menepuk dahi dengan pertanyaan Tanaka yang langsung takde kaitan apatah lagi tak masuk akal dengan hal itu. Sebenarnya, Yuki sendiri pun tak pasti macam mana dia nak terangkan hal itu pada sahabatnya. Dia berfikir sejenak.
Pada masa yang sama, Ryuu baru saja memasuki bilik itu bersama dengan begnya. Ryuu hanya memandang budak-budak penyibuk yang datang ke wad Yuki itu. Siapa lagi kalau bukan sahabat Yuki? Mereka je yang selalu ganggu urusan Yuki dengan dirinya itu. Serabut je rasa dengan sikap budak-budak tu. Dah lah tak hormat orang tua, lepas tu ada hati pulak nak ganggu urusan orang tua ni.
"Ryuu, apa sebenarnya yang terjadi pada Yuki?"tanya Raina.
"Haih, doktor cakap kadar tekanan darah dia rendah dari paras normal & tambahan pula kadar gula dalam darah dia pun sama. Itu je,"kata Ryuu.
Mereka semua terus saja memandang Yuki. Keadaan sang remaja itu sebenarnya jauh lebih teruk dari apa yang mereka bayangkan. Ryuu hanya merenung mereka dengan pandangan maut sehingga membuat mereka terkaku.
"You all better get out or I force you in a very good way,"kata Ryuu sambil tersenyum sinis.
Mereka semua terus saja menerpa keluar kerana ugutan Ryuu yang sangat bermakna itu. Memang kedengaran baik saja bunyinya tapi dengan senyuman sinis tu. Ia mungkin tak bermakna baik atau senang kata sedang mencari maut lah.
Sebaik saja memastikan mereka semua keluar, Ryuu terus saja membuka begnya itu. Sebaik saja dia membuka beg itu, Seikatsu terus saja melompat keluar & berlari ke arah tuannya kaku terus saja memeluk Yuki. Flora yang melihat perkara itu terus saja keluar dari beg Ryuu.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasyYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...