Di dalam sebuah gua di sebuah hutan...
Kelihatan Tamaki/Kuro sedang membaluti luka-luka pada tubuhnya menggunakan cebisan kain skarf yang dikoyakkan olehnya. Sebaik saja dia selesai, dia hanya memandang Yuki yang sedang bersandar pada dinding gua dalam keadaan yang kelihatan sangat lemah.
Dia tidak menyangka yang Yuki mampu bersuara kerana Ashura. Walaupun begitu, dia masih bingung memikirkan hal itu. Masih banyak perkara yang dia masih belum ingat tentang dirinya. Dia terus saja mengalihkan pandangannya ke arah Shila yang sedang menangis sambil merantapi kematian ayahnya itu, Encik Jennifer.
"Shila,"kata Tamaki/Kuro perlahan.
Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menunggu. Dia sudah kehabisan tenaga untuk berlawan mahupun melindungi dirinya apatah lagi yang lain. Keadaan bertambah teruk sebaik saja dia mengalami kecederaan saat dia melawan Ashura, Zarien & para pengawal istana untuk menyelamatkan Yuki.
Tiba-tiba, Shila terus saja bangun & berjalan keluar dari gua itu. Tamaki/Kuro yang sedar akan hal itu terus saja mengikuti Shila. Walaupun begitu, langkah Shila semakin lama semakin laju. Dari berjalan kepada berlari. Tamaki/Kuro keliru akan perilaku Shila yang bertindak seperti itu lalu terus saja mengejar Shila & menarik tangan Shila.
"Mana kau nak pergi hah?!"tanya Tamaki/Kuro sambil menggenggam tangan sang remaja perempuan itu.
"L.. lepaskan! Lepaskan saya, Tamaki! Biarkan saya pergi! Saya tak boleh hidup tanpa ayah! Dialah satu-satunya orang tersayang yang saya ada! Saya tak nak lagi hidup di dunia ni! Mereka bencikan saya! Awak & Yuki pun sama kan!"jerit Shila sambil meronta-ronta.
"Tak! Aku takkan biarkan kau pergi! Lagipun nyawa kau dalam bahaya! Ashura akan bunuh kau sebaik saja dia jumpa kau!"marah Tamaki/Kuro
"Saya tak kisah! Saya lebih rela mati dari hidup tanpa ayah! Hisk..hisk, s..saya cuma nak bersama dengan ayah saya. Lepaskan saya!"jerit Shila sambil meronta-ronta dengan kuat.
Tiba-tiba, Tamaki/Kuro terus saja memegang kedua bahu Shila sehingga menyebabkan sang remaja itu terkaku lalu memandangnya.
"Apa yang kau merepek ni?! Dengar sini, Shila! Ayah kau takkan suka dengan tindakan kau ni! Ini adalah takdir, Shila! Tiada sesiapa boleh ubah takdir yang dah berlaku tapi kau boleh ubah takdir yang bakal berlaku termasuklah masa depan kau. Jangan jadikan kehilangan orang tersayang kau sebagai sebuah kelemahan tetapi kekuatan. Walau apapun yang terjadi, kau kena teruskan hidup selagi boleh, Shila. Jangan hampakan harapan yang ayah kau berikan. Dia korbankan nyawa dia demi kau jadi jangan mempersia-siakan pengorbanan dia,"kata Tamaki/Kuro.
Shila terkaku diam sebaik saja mendengar kata-kata Tamaki/Kuro. Dia mulai sedar akan kesilapannya & hanya mampu menangis teresak-esak di situ sambil diperhatikan oleh Tamaki/Kuro.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasyYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...