Bab 45:Sang Jejaka Istimewa

1.1K 130 0
                                    

Pada petang itu...

Kelihatan semua pekerja di istana sedang sibuk menguruskan persiapan majlis hari lahir Puteri Tirana sebelum ia bermula pada jam 8 malam. Azaki hanya memerhatikan gerak-geri mereka semua. Sementara itu, Tirana pula kelihatan sangat mesra kerana mahu membantu para maid melakukan kerja di situ.

Zarien pula buat tak kisah. Lagi pun, pekerja di istana itu, sama sekali tidak menyukai sang putera itu tetapi berbeza dengan abangnya yang baik dari dalam mahupun luaran. Dia lokek dalam senyuman & ramahnya terhadap orang lain begitu juga sang puteri.

Yuki pula masih berada di dalam biliknya sambil ditemani oleh kesemua sahabatnya. Mereka semua kelihatan senang & gembira sebaik saja melihat Yuki mulai kelihatan baik.

"Oh! Yuki! Senpai mu ini amat merindui mu!"kata Tanaka dengan penuh drama sekali.

Yang lain hanya menggeleng-gelengkan kepalanya termasuklah Ryuu. Setakat umur dia yang sekarang, tak pernah lagi dia jumpa mana-mana orang yang buat perangai tak senonoh macam Tanaka tu. Haih, Tanaka memang tak malu betul lah. Orang yang dah hidup beratus-ratusan tahun macam Ryuu pun tak pernah tengok orang sepelik Tanaka.

Yuki hanya ketawa kecil melihat gelagat Tanaka itu. Seniornya itu tidak pernah berhenti membuatnya ketawa tanpa henti. Yang lain hanya senang melihat Yuki yang kelihatan ceria. Tanpa Yuki, rasa macam mereka tak boleh je lalui hari yang cerah & indah seperti biasa.

"Baguslah kau tak apa-apa sekarang, Yuki,"kata Rito.

"Ya! Kau nak pergi tak majlis malam ni?"tanya Ayumi yang kelihatan teruja.

"Oh, tentang tu, aku tak pasti lagi tapi kalau aku larat mungkin aku akan pergi,"tulis Yuki.

"Baiklah, pastikan kau rehat baik-baik,"kata Raina.

Yuki hanya mengangguk perlahan. Dia sebenarnya mahu menghadiri majlis itu agar dapat membuatkan sahabatnya yang lain bergembira. Dia berasa senang bila melihat sahabat nya yang lain tersenyum bahagia. Itu sudah memadai untuk membuatkan dirinya terasa gembira walaupun dia sebenarnya sunyi mahupun sendirian.

Pada malam itu...

Semua mulai bersiap untuk pergi ke majlis itu kecuali Yuki & Ryuu yang tidak hadir pada majlis itu. Raina hanya berasa sedikit kecewa akan hal itu. Dia teringin sekali mahu menarik bersama Yuki. Biarlah hanya sekejap sekali pun, itu sudah memadai untuk dirinya.

"Haih, Yuki tak dapat nak datang. Ryuu cakap Yuki penat tiba-tiba tadi jadi dia sambung rehat lagi,"kata Tanak yang juga kelihatan kecewa akan hal itu.

Pada masa yang sama, mereka juga dapat melihat ramai orang mulai memenuhi dewan besar istana itu. Walaupun begitu, Raina hanya mengendahkan hal itu kerana dia hanya mahu melihat Yuki. Pada waktu itu, Zarien datang mendekati si puteri dingin itu.

"Hai, Raina. Kau nampak cantik sangat malam ni,"kata Zarien.

Yang lain mulai menyampah dengan Zarien termasuklah Raina. Dia adalah satu-satunya yang paling tidak suka dengan Zarien yang seringkali menganggu dirinya itu.

"Pergi kau, Zarien. Aku nak berseronok dengan sahabat aku & bukannya dengan kau tahu,"kata Raina dengan dinginnya.

"Janganlah macam tu, kau kena ingat yang hari ni adalah majlis hari lahir adik aku. Jadi jaga adab kau baik-baik, tuan puteri dingin,"kata Zarien sambil tersenyum sinis.

Tiba-tiba, Azaki datang lalu menarik adiknya itu. Dia tahu Raina tidak menyukai suasana itu lalu dia segera mengambil tindakan & menarik Zarien menjauhi sang puteri dingin itu.

"Haih, syukur ada Azaki tadi. Aku dah geram dah tendang muka budak tu,"kata Reiki dengan geramnya.

Pada masa yang sama, kelihatan Lily & Tirana sedang berseronok bersama Puteri & putera kecil yang lain manakala pada raja & permaisuri dari kerajaan yang berbeza saling berbual diantara mereka. Suasana majlis itu kelihatan sangat meriah. Pada masa yang sama, kedengaran muzik yang indah & sangat romantik mulai dimainkan. Para tetamu yang datang mulai menari di tengah dewan itu bersama dengan pasangan mereka.

Rito berjalan mendekati Ayumi lalu menghulurkan tangannya. Sang remaja itu hanya memandang Rito yang kelihatan menarik perhatiannya itu.

"Nak menari?"tanya Rito sambil menghulurkan tangannya.

"Baiklah, Rito,"kata Ayumi yang sedikit malu lalu menyambut tangan si remaja berambut ungu itu.

Mereka mulai menari bersama di tengah dewan itu seperti pasangan tetamu yang lain. Tanaka hanya memandang sahabatnya itu sambil mengelap air mata palsunya dengan penuh drama.

"Bangganya aku dengan kau, Rito. Sahabat aku dah ada pasangan sekarang ya,"kata Tanaka sambil mengelap air mata palsunya itu.

Pada masa yang sama, puteri & perempuan bangsawan yang lain sedang mengelilingi Reiki kerana kekacakan putera itu begitu juga dengan Azaki & Zarien. Tetapi Zarien tidak mempunyai perasaan pada mana-mana perempuan selain dari Raina lalu berjalan mendekati sang puteri dingin itu.

"Apa kau nak hah?"tanya Raina sambil berpaling ke arah lain.

"Aku nak menari dengan kau. Marilah Raina,"kata Zarien.

"Tak, aku tak nak dengan kau. Aku lebih rela menunggu orang lain. Aku menunggu seseorang yang jauh lebih baik dari kau. Jauh lebih menarik & kacak dari kau,"ejek Raina.

"Kau cantik tapi mulut kau agak berbisa juga ya. Aku semakin tertarik dengan kau, Raina,"kata Zarien sambil tersenyum sinis.

Pada masa yang sama, puteri & perempuan bangsawan hanya kecewa malah cemburu dengan Zarien yang lebih memberikan perhatian kepada sang puteri dingin itu.

Pada masa yang sama, Kuro juga berada di situ cuma dia hanya berpakaian biasa saja kerana tidak mahu dianggap pelik & mencurigakan pada pandangan orang lain.

"Haih, putera tak guna tu memang tak pernah berhenti buat masalah bukan?"kata Kuro sambil memandang Zarien.

Dia sudah masak dengan perangai para puteri & puteri di Kerajaan Hizzelter. Dia sama sekali tidak menyukai sikap Zarien yang suka memaksa, kasar & nakal itu. Dia lebih senang berada di sisi Azaki & Tirana yang lebih ramah darinya itu. Tugas Kuro hanyalah mengawasi kedua-dua Putera & puteri itu.

"Kuro, kau tak nak berseronok macam yang lain ke?"tanya Azaki sambil memandang Kuro.

"Takpe, aku nak duduk awasi adik tuan putera tu. Silap besar dia buat benda tak patut kan nanti,"kata Kuro dengan muka menyampah.

"Oh, sebenarnya aku nak tanya lah Kuro. Kau kenal tak Yuki Amane yang datang dengan diorang tu?"tanya Azaki.

"Tak, kenapa tuan Putera?"tanya Kuro.

"Sebab, beta risau kalau-kalau dia jatuh sakit lagi. Boleh tolong tengok-tengokkan dia juga?"minta Azaki.

Kuro tidak mampu melawan. Walaupun begitu, dia juga diperintahkan oleh Raja Ayato untuk melakukan perkara yang sama tapi cuma untuk tujuan yang berbeza.

"Baiklah, tuan Putera. Saya akan lakukan yang terbaik,"kata Kuro.

Pada masa yang sama, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan menuruni tangga sehingga para puteri & perempuan bangsawan memandang sang jejaka yang kelihatan segak malah bergaya itu. Tanpa sedar mereka jatuh hati padanya & mulai menyimpan perasaan pada dirinya itu.

Raina memandang sang jejaka itu. Dia hanya tersenyum sambil memandangnya. Zarien turut memandang orang itu & hanya mengigit bibir tanda geram & tidak puas hati.

Bersambung...

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now