Sebenarnya ketika kedatangan Tanaka & Rito, mereka berdua memberitahu Yuki bahawa mereka juga akan tinggal di sini bersama Yuki mulai sekarang.
Perkara itu membuatkan Yuki makin gembira. Tak pernah dia sebahagia ini malah Raja Aruka ada katakan sesuatu padanya sebelum yang dia akan memberikan Yuki satu hadiah yang istimewa.
Yuki faham apa yang Raja Aruka cuba katakan. Hadiah istimewa yang dimaksudkan itu adalah sahabatnya sendiri.
Di meja makan...
Mereka semua makan di situ kecuali Yuki kerana Yuki memberitahu Raja Aruka, yang dia ingin berehat & tidur lebih awal dari biasa.
"Apa ni ayahanda?! Ayahanda bawa 2 orang asing lagi!"marah Reiki.
"Diamlah! Ayah kau sendiri yang minta kan! Sebagai anak kau kena hormat bukan melawan!"marah Tanaka.
Reiki terdiam sejenak. Raina hanya buat tak endah lalu memandang kerusi yang pernah diduduki oleh Yuki. Dia pun hairan dengan dirinya sendiri. Kenapa dia merasakan dirinya risau kerana ketiadaan Yuki di situ?
"Dasar putera sombong & tak pandai hormat orang,"kata Rito sambil makan.
"Kau ni! Berani betul ya!"marah Reiki.
"Shhh! Abang! Lily nak makan ni! Hormat tetamu kita tu!"marah Lily.
"Pfft, adik dia lagi matang,"kata Tanaka dengan nada mengejek.
Reiki terdiam lalu makan.
"Sebenarnya, ayahanda nak bagitau kamu semua yang, pesta bunga api akan diadakan di Taman Bunga sakura malam esok. Jadi ayahanda mahu bawa kamu semua ke sana,"kata Raja Aruka.
"Yeay! Tak sabar nya. Nanti Lily nak bagitau abang Yuki,"kata Lily.
"Wah, macam menarik saja kanda. Dinda dah lama tak pergi ke pesta bunga api tu,"kata Permaisuri Amiko.
"Baiklah, kita pergi pada jam 8.30 malam esok ya. Jangan lupa bagitau Yuki untuk bersiap malam esok,"kata Raja Aruka
"Baiklah, Tuanku,"kata Tanaka.
Keesokannya..
Lily menceritakan segalanya pada Yuki di taman istana. Yuki kelihatan teruja begitu juga Tanaka.
"Pesta bunga api tu apa?"tulis Yuki.
Tanaka & Lily terdiam sejenak lalu memandang Yuki dengan muka tidak percaya begitu juga dengan Rito.
"Apa?! Kau tak pernah pergi ke pesta bunga api ke sebelum ni?!"tanya Tanaka senang nada tidak percaya.
"Sebenarnya,boleh dikatakan macam tu. Aku dulu selalu duduk dalam rumah je. Hahaha,maaf,"tulis Yuki sambil mengetuk kepala nya sendiri.
(Tu lah gaya yang Yuki buat)
"Haih,nakal lah kau ni,"kata Rito sambil mengeluh dengan gaya Yuki tu.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]
FantasiaYuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kera...