Bab 39: Kerajaan Hizzelter (Part 3)

1.2K 132 4
                                        

Pada malam itu...

Raina sedang duduk di dalam biliknya & perasaan risau selalu saja menghantui dirinya. Dia tak senang duduk sebaik saja melihat situasi dimana Yuki tiba-tiba terbaring di dalam perpustakaan atau senang kata, tertidur tanpa sedar. Jadi dia mengambil keputusan untuk menjenguk Yuki pada malam itu.

Di dalam bilik Yuki...

Raina tidak mengetuk pintu sebaliknya terus membuka pintu bilik Yuki yang tidak tertutup kemas itu perlahan-lahan.

Ketika dia sedang membuka pintu, dia terpandang Yuki yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca buku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ketika dia sedang membuka pintu, dia terpandang Yuki yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca buku. Raina terus saja berjalan perlahan-lahan ke arah Yuki.

Tiba-tiba, Yuki terbatuk sehingga menyebabkan langkah Raina terhenti. Tanpa sedar, Yuki tanpa sengaja telah berpaling ke arahnya.

"Umm, Yuki. A..aku cuma datang nak tengok kau. I..itu je,"kata Raina sambil pipinya mulai berona kemerahan.

Yuki hanya memandang Raina dengan perasaan pelik. Dia pelik macam mana Raina boleh datang ke biliknya pada malam-malam yang macam ni lalu menutup bukunya & berjalan ke arah Raina.

"Ada apa ni?"tulis Yuki.

"Jangan lupa, esok kita akan pergi ke Kerajaan Hizzelter jadi pastikan kau bangun awal tau?"pesan Raina.

Sebenarnya dia cuba untuk mengelak, dia tidak mahu Yuki mengetahui tujuannya yang sebenar datang ke bilik Yuki pada malam itu.

"Oh, ok. Aku akan ingat tu,"tulis Yuki.

"Baiklah! Selamat malam!"ucapan Raina lalu berlari keluar dari bilik Yuki dengan perasaan yang penuh malu.

Yuki hanya mampu menggaru kepalanya. Dia hairan kenapa Raina bertindak pelik macam tu. Dia terus saja menutup pintunya lalu berjalan mendekati katilnya & berbaring di atasnya.

"Huh, lega rasanya. Kan bagus kalau aku boleh tidur hari-hari je kat sini,"kata Yuki dalam hati.

Dia terus saja menarik selimutnya. Dia memandang buku yang selalu dia gunakan untuk menulis kata-katanya. Tanpa sedar, dia mulai terasa rindu akan ibunya. Dia terus saja memejamkan matanya & tidur dengan lenanya. Dia sudah penat melakukan banyak perkara pada hari itu. Biarlah dia berehat & tidur awal dari kebiasaannya. Lagipun, dia kebelakangan ni tidak begitu sihat.

Keesokannya...

Kali ni Yuki bersiap lebih awal dari yang lain & hanya menunggu diruang tamu sambil tertidur. Pada masa yang sama, Puan Rose, maid yang sentiasa membersihkan pinggan makanan milik Yuki hanya tersenyum puas kerana Yuki mulai menghabiskan makanannya. Itu serba sedikit tidak membuatkan dirinya berasa risau lagi.

Di ruang tamu istana...

Mereka semua mulai berjalan mendekati ruangan itu untuk menunggu Raja Aruka yang sedikit sibuk dengan kerjanya. Tanpa sedar mereka terpandang Yuki yang sedang tertidur itu. Pada masa yang sama juga, Ayumi, sahabat Raina turut berada di situ kerana Raina mengajaknya untuk menyertai mereka kerana mereka kan satu pasukan pahlawan.

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang