Bab 24:Latihan Kekuatan

1.4K 152 12
                                    

Sejak daripada peristiwa itu, Ellen telah pun dijatuhkan hukuman gantung sekolah selama 2 minggu. Sekurang-kurangnya itu dapat mengajarnya daripada perbuatannya.

Disebabkan peristiwa itu, satu sekolah telah kecoh & mulalah tersebarnya gosip tentang peristiwa itu.

Di kelas...

Semua pelajar berkumpul dimeja Yuki kerana ingin mendapatkan kepastian & mengetahui cerita sebenar tentang peristiwa itu.

"Yuki! Cepatlah ceritakan perkara sebenar pada kami!"kata salah seorang dari mereka.

"Kami anak tahu perkara sebenar. Betul ke kau selamatkan Raina?!"tanya yang lain pula.

Pertanyaan mereka yang tidak henti-henti diajukan padanya itu menyebabkan Yuki keliru & panik. Dia tidak menjangkakan hal seperti ini akan terjadi.

Tiba-tiba Raina telah datang ke arah mereka & itu menyebabkan semua pelajar di situ mulai diam.

"Duduk kat tempat masing-masing sekarang! Bising tahu tak?! Aku nak ulang kaji pun tak senang! Kalau tak nak dengar, siap lah aku kerjakan!!"marah Raina sambil mengeluarkan pedang miliknya.

Semua pelajar lari lintang pukang & duduk di tempat masing-masing kerana terlalu takut dengan Raina. Sebelum Raina duduk di mejanya semula, dia sempat memandang Yuki sambil tersenyum.

Yuki pula hanya mampu menghembuskan nafas lega kerana Raina telah menyelamatkan dirinya tadi. Dia bersyukur sangat Raina datang sebelum keadaan bertambah lebih teruk.

Di padang sekolah...

Semua pelajar kelas Yuki telah pergi ke padang ketika waktu pendidikan jasmani. Ketika tiba di padang sekolah, mereka dapat melihat guru mereka, Aruna Ann sedang menyusun & meletakkan beberapa buah patung dengan bantuan daripada beberapa orang pelajar.

"Baiklah, semua dah ada di sini?"tanya Aruna.

"Dah, puan. Kami semua dah ada di sini,"kata Raina.

"Baiklah! Hari ini kamu semua akan menyerang patung itu sekuat hati kanu! Saya nak kamu buktikan kekuatan sebenar kamu kerana saya ingin memberikan markah kepada kamu semua & ianya sangat penting!"kata Aruna.

Semua pelajar mengangguk. Tiba-tiba, Rito mengangkat tangannya.

"Puan, saya nak tanya. Kalau pelajar yang  cedera macam Yuki perlu ke buat latihan ni?"tanya Rito.

"Ya! Ini kerana markah yang diambil ini akan diambil kira sepenuhnya!"kata Aruna.

Tak lama kemudian...

Semua pelajar berkumpul di hadapan patung yang diletakkan oleh Aruna tadi. Yuki memandang patung itu. Dia sama sekali tidak pernah melihat patung sebegitu.

Setiap seorang mulai mencuba sehingga tiba giliran Tanaka. Dia berjalan & berdiri di hadapan patung itu lalu mengeluarkan tombak miliknya. Dia menyerang patung itu sekuat hatinya. Walaupun begitu, patung itu tidak hancur.

"Menarik, kamu dapat 85 markah,"kata Aruna.

"Puan, kenapa patung ni tak hancur walaupun diserang dengan kuasa yang kuat?"tanya Rito.

"Kalau kamu semua nak tau, patung ni dikenali sebagai patung latihan penyerapan tenaga. Patung ini akan menyerap setiap hentaman & tenaga kamu jadi dia takkan hancur,"kata Aruna.

"Hebatnya,"kata Yuki dalam hati.

Dia belum pernah melihat patung yang hebat seperti itu. Dia berharap sangat yang dia masih boleh mendapatkan markah yang baik dalam latihan itu walaupun tangannya masih belum sembuh ketika itu.

Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete]Where stories live. Discover now